I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, October 26, 2011

Pengacara Majlis

Assalamualaikum wbt.
nak cerita harini, yang aku akan menjadi MC pada esok hari untuk Majlis Akujanji Pembida...
Tetiba gerun pulak rasa. Majlis Besar dalam hidup akulah katakan. yerlah, Master Of Ceremony nie besar tanggungjawabnyer..takperlah, nanti aku upload skit2 gambo yang berkaitan. n akan ku kongsi bersama2 pembaca yang membaca blog aku sedikit sebanyak teks pengacara majlis...:)

Di bawah ni adalah teks mc yang aku dah buat untuk majlis pembida. lambat sikit update post yang nie. Walau apapun, harap boleh jadi rujukan n silakan pada sapa2 yang nak guna. aku pun takderlah 100% mengarang. ada jugak baca2, ceduk sikit2 ilmu dari orang lain..:)..
n satu lagi, aku ada membuat kesilapan sedikit. silap mention nama tuan penceramah n ditegur dengan tn. timbalan jkr selangor. ia adalah sesuatu yang memalukan tapi aku rasa, ia adalah pelajaran yang terbaik supaya kita peka pada masa akan datang. :)


MASA
PERISTIWA
BUTIRAN PENYAMPAIAN
2.00 PTG
Ketibaan Tetamu Khas
Mengumumkan Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Dr. Hassan bin Mohd Ali. Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diiringi Y. Bhg. Dato’ Ir Abdullah B. Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.


Tetamu Khas Duduk



Selesai tetamu khas duduk
Bersimpuh duduk mengayam mengkuang
Diayam oleh Si Anak Dara
Pemanis Kata Selamat Datang
Lafaz Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Yg. Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohd Ali Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam.

Yg. Bhg. Dato’ Ir Abdullah B. Abdul Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor

Yang Dihormati Ir. Abd Hamid Bin Md Daud, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, Tuan Hamzah Bin Ibrahim,  Penolong Kanan Penguasa  Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Putrajaya ,

Ketua-Ketua Jabatan, Jurutera-Jurutera Daerah, Pihak Media, Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian.



Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Aku Janji Pembida Berjaya untuk Projek Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.


Bacaan doa oleh En. Azmi
Bagi Menambah keberkatan majlis kita pada petang ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Azmi Bin Sajadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.



Untuk makluman semua yang hadir , sebanyak 14 bilangan Surat Setujuterima Tender telah dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya bermula pada Bulan FEB 2011 hingga Bulan Okt. 2011. Maka dengan ini,  Majlis Akujanji diadakan sekali lagi selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP 10/2011) yang mewajibkan para kontraktor untuk melaksanakan akujanji (Integrity Pact) selepas Surat Setujuterima dikeluarkan. Objektif utama integrity pact ini adalah untuk meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan negeri yang dijangka akan mengurangkan dan sekaligus berjaya membasmi gejala rasuah.


UCAPAN DATO PENGARAH
Tanpa melengahkan masa, majlis pada petang ini diteruskan dengan menjemput Yg. Bhg. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, Dato’ Ir Abdullah Bin Abd Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Dato’Pengarah JKR Selangor. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


UCAPAN Yg. Bhg Dato' Dr HASAN ALI
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg. Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamad Ali Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam untuk menyampaikan uacapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS AKUJANJI PEMBIDA BERJAYA BAGI PROJEK-PROJEK DIBAWAH PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh Yang berhormat Dato’ Dr Hassan Bin Mohd Ali itu tadi.

CENDERAHATI KEPADA Yg. Bhg. Dato' Dr. HASAN ALI
Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Yg. Berhormat Dato’ Dr. Hasan b. Mohd Ali tidak dapat bersama-sama kita hingga ke penghujung majlis. Begitu juga Yg. Berbahagia Dato’ Pengarah JKR Selangor. Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir ke Majlis kita pada petang ini.





Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Yg. Berbahagia Dato’ Pengarah JKR Selangor untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohd Ali  dengan diiringi Tuan Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis mempersilakan…



Majlis berehat seketika. Para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Pihak majlis meminta kerjasama para hadirin untuk berkumpul semula ke dalam pada jam …… petang. Sekian terima kasih.



Alhamdulillah…
Gendang gendut tali kecapi
Dah kenyang perut, boleh kita teruskan sesi..




Majlis diteruskan dengan Penyampaian Taklimat Oleh Wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Penolong Kanan Penguasa, Tn. Hamzah b Mohamad. Majlis mempersilakan…



Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Hamzah B. Ibrahim di atas taklimat itu tadi.



Saban hari, JKR berhadapan dengan tataurus dalam pelaksanaan kontrak yang sentiasa dinamik, berubah-ubah mengikut keperluan semasa, perubahan dasar, yang memerlukan usaha penambahbaikan, dari masa-ke masa. Kita seringkali terleka dan tidak mengendahkan perubahan yang berlaku ke atas segala prosedur- prosedur yang terlibat. Kelekaan ini mengakibatkan banyak masalah yang berlaku antaranya kelulusan lewat diperolehi disebabkan kesalahan mengisi borang- borang dan maklumat tidak lengkap. Lebih serius lagi jika ia mengakibatkan kemajuan kerja projek menjadi lewat.
Secara ringkas tapi padat dengan informasi, majlis menjemput Pn. Zuraida bt Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan untuk menyampaikan taklimat berkaitan pentadbiran kontrak.



Untuk meneruskan majlis, pihak kami akan menayangkan slide show untuk memperkenalkan projek-projek yang telah di awad kepada 14 kontraktor yang terlibat di dalam Majlis Akujanji kali ini.



Tibalah masanya untuk kita menyaksikan pembacaan ikrar akujanji oleh 14 orang wakil syarikat kontraktor dan majlis penyerahan surat akujanji pembida berjaya kepada Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tahniah kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya. Besar harapan kami agar projek-projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Majlis menjemput kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk menyerahkan surat akujanji yang telah ditandatangani kepada Tuan Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis mempersilakan

PANGGIL SYARIKAT KONTRAKTOR BASED ON LIST YANG DAH DIBAGI. GREEN COLOUR.



Usai sudah penyerahan surat akujanji sebentar tadi


Cenderahati kepada Penceramah SPRM
Sebagai tanda Penghargaan,  majlis menjemput Timbalan Pengarah JKR Selangor untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Penceramah kita, Tuan Hamzah Bin Ibrahim dan Pn. Zuraida bt Abu Hassan.



Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Pengarah JKR Selangor.


SELESAI MAJLIS
Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Akujanji Pembida Berjaya bagi projek-projek Negeri Di bawah Penyeliaan JKR Negeri Selangor.
MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YAB Dato’ Dr. Hassan bin Mohd Ali, Pengarah JKR Selangor, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ketua-ketua Jabatan, Jurutera-jurutera Daerah, Pihak Media, Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini.

Sawah bendang hijau menawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan
Ada hayat kita bertemu




wabillahitaufikwalhidayah.......

Monday, October 24, 2011

Untuk ayah

ayah, susah ayah membesarkan wa, hanya ayah yang tahu. betapa ayah usaha mencari sesuap nasi untuk tak membiarkan wa dan adik-adik lapar. pernah kita makan nasi dan garam. masa tu mak dan ayah masih lagi bersama. kami redha...malahan, sedap pulak rasanya berlaukkan garam kan?
ayah balik penat2 dari menjala ikan air tawar. ada talapia, haruan, keli dan mcm2 lagi. nampak ayah, kitorang senyum. ayah pun senyum. kadang, dalam hujan ayah balik bawak sekarung ikan di tangan. jari2 ayah kecut dek kesejukan berendam air sungai...kesian ayah.
anim dan adik2 siang ikan dalam ujan. mak dah siap2 tenggek nasi. masa tu kita bahagiakan ayah? walaupun kita tak mewah, kita bahagia..ikan goreng, ikan bakar, ikan sambal..sumerlah..kita belasah jer kan ayah?
usai sudah waktu petang, malamnya, wa atau anim akan buatkan ayah secawan kopi. ayah kata, air kopi wa buat sedap. hehehe.hari2 ayah minum air kopi..
dulu, ayah kata, ayah suka bau bantal wa selalu guna. ayah kata wangi. bau rambut wa wangi. mak pun cakap mcm tu..mak kata, bau wa wangi sgt. mak ayah suka..heheh
dulu, kalau mak bantai wa, ayah mesti datang bela wa. selalu gaklah kene bantai ngan mak. asyik main pondok2 je kat longkang, tak hingat nak balik kata mak..tapi ayah tetap bela wa walaupun wa tahu ayah pun marah mcm mak. tapi tak nak tunjuk...
yang paling wa ingat sgt, ayah marah kalau wa tak balik dah nak pukul 6ptg. gara-gara syok main teng teng ngan anak cik arah, ngan erin dulu...ayah kata kalau dah tak ingat nak balik, tido luar. tapi wa degil..kadang2 balik ngaji, (dahlah curi pakai mak nyer tudung...), selalu melencong tempat lain..tak ingat nak balik jugak..ayah tak bagi tido umah..ayah tutup pintu, suh tido luar..wa nangis2 pun, ayah tak pedulik..ayah kata, jgn nakal lagi. rasa sikit tido luar. biar dimakan dek anjing. masa tu ayah marah...wa pun ttido dgn mata bengkak...sedar2, pagi dah ada kat atas katil. ayah kata, ayah bukan sampai hati nak letak lama2..cuma tu hukumannya...lepas tu, wa dah tak buat lagi... wa janji ngan ayah masa tu...


Masa wa kene denggi dulu, ayah datang dgn mak ke shah alam. alhamdulillah, ada jugak kawan wa yang sudi amik ayah n mak kat pudu..mak nangis2 nampak wa terlantar kat hospital. ayah tenangkan mak. ..ayah tak nangis. ayah cium dahi wa, pipi wa..malamnyer, ayah tido luar. kesian ayah, ada nyamuk bnyk kat luar tu. tapi ayah diam jer..tak bunyik apa pun. ayah ngan mak tunggu sampai wa sembuh...bila dah dapat kuar hospital, ayah dan mak, wa balik johor. dalam perjalanan, wa bnyk cerita tentang nak makan itu dan ini.. reaksi mak ngan ayah toya jer..rilek jer..wa malas nak cakap, sebab tahu tak dapat. tapi rupa2nya....
pagi esoknya ayah tak da kat umah. mak pun tak tahu ayah pergi mana..rupa2nya, ayah pergi batu pahat cari pisang tanduk..ayah kata, ayah kesian dengan wa teringin nak makan pisang tanduk goreng. tu yang ayah usaha carikan..ayah, ingatkan masa tu?
sekarang..
kita sedikit jauh ayah 2 tahun lepas. lagi kita jauh...jauh jarak, jauh hati..ayah dengan hal ayah, wa dgn mak...ayah merajuk dgn wa...ayah sakit hati dgn wa...
wa mintak maaf dgn ayah ye..dari hujung rambut sampai hujung kaki...
untuk ayah, ayah adalah anugerah yang paling besar dalam hidup wa...takde ayah, tak delah wa..terima kasih Allah kerana meniupkan nyawa aku untuk menjadi anak ayah. halalkan makan minum wa, ayah...sakit hati wa dgn ayah masa dulu tak sesakit hati ayah berpisah dgn mak...merajuk wa tak setanding merajuk ayah dgn wa..apalah yang wa patut kirakan untuk berkira dgn ayah yang menjaga wa selama ni?..ayah, wa rindukan ayah..


Thursday, October 20, 2011

Untuk ayah

ayah, dulu ayah suka belikan wa hadiah. ayah bagi jam tangan kulit, masa darjah 3 wa dapat no. 1. masa tue, ayah amik wa balik sekolah, ayah cium wa pastu ayah bagi jam tu kat wa. wa lompat2 suka sgt bila dapat. dulu jugak, ayah selalu cubit peha wa. sebabnya, wa selalu cicirkan kasut atau selipar yang ayah belikan. mak pon sama. yelah, zaman dulukan? naik moto jer..tak der kete lagi..
ayah lagi suka kalau wa cium ketiak ayah masa ayah baru-baru sampai rumah (lepas balik dr keje). ayah selalu cakap "sapa sayang ayah, cium ketiak ayah!" wa pun ngan anim, terkedek2 lari kat ayah..
sekarang, ayah semakin dimamah usia, tapi masih kuat meneruskan hidup tanpa mak. kesedihan yang amat sangat dapat aku lihat dari anak mata ayah masa mula-mula ayah dan mak berpisah..ayah sedih, tapi ayah terpaksa..aku tahu apa rasa ayah..
masa selepas majlis pertunangan aku, ayah tak ada. ayah kerja. tapi petang tu, aku jumpa ayah dengan anim dan hafiz. ayah sempat lagi bergurau mcm2 dgn kami. ayah bnyk nasihat tentang kehidupan. ayah dah potong rambut. nampak bersih dan kemas. urat2 tangan ayah timbul sebab ayah makin kurus. walaupun begitu, ayah tetap hensem di hati wa. heheh
ayah, wa mmg jarang meluahkan yang wa sayang kat ayah. jarang sangat. kalau ada pun, masa hari raya.
tapi ayah taukan wa sayang ayah. biarlah apa pun yang berlaku, ayah tetap ayah wa...:)

Jangan Nangis, mak..

hati yang terluka boleh disembuhkan, tapi kesan rasanya sampai bila-bila kita akan ingat.
hari ni badan aku tak sedap, sakit2 kepala, pening2...macam nak baring2 jer kat opis nie..
semalam, tangisan mak membuatkan aku sakit hati..pedihnya..!
tapi, mungkin tak sepedih hati mak aku..mak menangis mengenang anak2 yang lain buat mak seperti tak wujud.
Aku mengerti apa yang mak rasa, tapi setakat yang mana boleh aku tolong, aku tolong..
Hidup mak penuh liku. pengalaman mak hidup bersama ayah, hanya mereka saja yang tahu segala isi rahsianya. sebagai anak, hanya memandang walaupun seakan mengerti apa yang mereka lalui. sepanjang mak hidup dgn ayah, banyak airmata kami sekeluarga. namun, siapa tahu?. 
ayah yang garang tu pun banyak menangis. knp? ayah jer yang tahu...
mak, sapulah airmata. jgn dikenang anak2 yang tak menghargai mak...
setelah bertahun berlalu;
mcm mak cakap, diorang akan bekeluarga. diorang akan rasa apa yang mak rasa. mak sambung lagi" mak bukan doakan yang tak baik untuk anak, tapi diorang akan rasa apa mak rasa" mak menangis tak berhenti..teresak2 dihujung talian. aku pun ikut mak menangis.
"mak, dahlah jangan nangis. wa ada dengan mak. selagi wa hidup, wa akan jaga mak".
-mak jgnlah nangis lagi... wa sayang mak-

Monday, October 17, 2011

Nak macam nie boleh??

aku nak cerita jugak! tak kisahlah bersepah ke tak  jalan cerita..hihih disebabkan tibe2 ada mood nak fikir pasal persediaan hari bahgia, so aku nak gak share mcm orang lain. tak kira! nak jugak!!! hahaha
so, haritu aku ada apply kursus kawen kat JAIS. maybe 30.10. 2011 aku kene attend course kawen tu.
then, aku dah survey nak pelamin simple mcm nie..heheh. cari punyer cari, aku akan usahakan pelamin mcm nie..ahahaaa..(berangan boleh kan? tak kene bayo!)
aku nak mcm nie...:)


lepas tu, aku ingat masa nikah nanti n aku pun tak sandingkan, so naklah baju glamor sikit jer.. mcm ni jer kawan2 :
walaupun aku tak secantik irene nadia marcello, tapi tetap nak gak baju camni..eheheheh. berangan kah aku?
Lepas baju, aku ngah tgk2 hantaran. samada nak wat sendiri ker tempah. paling koman pun org katalah, RM70 satu dulang hantaran. ermm, kene buka buku kira2 nie..heheh.boleh klik kat bawah nie..macam cantik st gubahan dia..:)

 ermm, apa lagik er? semalam. lily bagitau kat aku yang aku patut pergi Nilai 3. Banyak sgt barang2 kat situ..nak mcm2? semua ada..nantilah lily. aku try cari masa lapang, ok? . hehehe..
nanti aku sambung lagik erk? heheh

Sunday, October 16, 2011

:)

Entri kali ni just nak bgtau korang yang aku nak:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
--
-
-
-
--
-
-
-
-
-

Kahwin! 
Yahooo! nak wat persiapan awal...:)










Wednesday, October 12, 2011

Tanpa nama...

Sesekejap yang lalu aku merasa kosong
Merasa sunyi bila aku jauh lagi melangkah
Namun aku melihat satu sinar yang indah
Meruntunkan jiwa ini
Sesampai saja dia pada aku
Rama-rama cinta terbang kepada aku
Membisikkan sesuatu yang asyik
Melingkari hari dan waktu
Merungkai sesuatu yang dramatik
Angin lalu sayup terasa
Mendekorasi setiap rasa
Mewarnai kelibat Cinta...

Sumbu Sedih

Siapa tahu hati semakin berantakan
Kamu mencariknya menjadi keping-keping luka
Aku membiarkan diri ini dihanyut angin sedih
Terawang-awang aku pedih

Langkah lemah menggores pasir di kaki
mengheret dendam menyusuri hari
Sakit hati, janganlah berpanjangan
Nyataya aku perlu berdiri
mencari diri sendiri
yang semakin hilang menyepi...

Kau Bukan...

Membiarkan engkau pergi
dan membenci aku
bukan sesuatu yang aku mahu

Membiarkan aku
bergelut dgn semua kenanganmu
bukan juga sesuatu yang aku mahu

Mencintai engkau
membuaikan sesuatu rasa indah
Mencampakkan aku bersama bintang
yang berkelipan indah...

membiarkan engkau begitu
dan seolah melupakan kita
bukan sesuatu yang aku mahu...
Bukan aku mahu begini...

(...

Monday, October 10, 2011

Aku penghidap Asth Semput!-Siri 2-

Senyap jer bilik doktor. (aku tahu bilik tu senyap. sebab tak der org sgt kat luar bilik doktor, lagipun pukul 6 ptg dah).
AKU: Assalamualaikum...(ada sedikit alunan dihujung salam)
DOKTOR: Waalaikumussalam. duduk dik. knp ye?
AKU: saya ni ada asthma. pastu dah 2 minggu ni saya rasa beratlah dada. pastu, batuk2 tiap malam. tak boleh tidurlah doktor.
DOKTOR: Ermm, dah 2 minggu yer?.~ aku mengangguk~ aku sambung balik dialog dia erk?. awak ada dibekalkan inhaler tak?
AKU: ada, tapi saya tak pakai doktor...~sedih arr konon!~ (aku tak pakai pun. sebab k. meta kata, kalo pakai sebenarnya inhaler tu boleh memendekkan umur kita. aku takut!!!)
DOKTOR: Kenapa tak pakai? (berkerut dahi sampai tercantum gak arr dua belah kening kiri ngan kanan dia tue. )
AKU: saya takut nak pakai. sebab, kawan saya kata, kalau kita pakai inhaler umur kita akan berkurangan. akan makin kuranglah potensi untuk hidup.
(haahah~jawapan aku mmg baik punyer! tapi tak tahu.....
DOKTOR: Sapa cakap mcm tue?! sapa yang ajar awak tue?! sapa kawan awak?  artikel mana yang u all baca? bgtahu saya!- serius! mmg marah giler..aku dah terketor lutut! tapi senyum paksa gak lah..
AKU: Ermm, tak silap saya saya pun pnh baca gak...(aku main tarah. konon nak tegakkan benang yang basah..hahahah
DOKTOR: Saya peliklah, knp ada pemikiran org yang macam awak. sapa lah yang ajar u all tentang inhaler mcm nie? awak tahu tak, saya boleh saman awak dan kawan awak tu. Cuba buka Web site Kementerian Kesihatan baca dalam tue. ada tak sebut inhaler boleh pendekkan umur? awak tak pakai, mati lagi cepat adalah.
AKU:oh ye ker? maaflah puan. saya tersilap...(senyum mcm org sengal!)hahahah...
DOKTOR: Hermm(dia ngeluh.). saya nak lepas nie awak pakai inhaler tu. kalau tak pakai lagi awak teruk.
AKU: Saya nak masuk gas je boleh tak?
DOKTOR: Awak ingat, gas tu elok sgt ker? dos dia lagi tinggi. Umur dah 27 tahun pun percaya mitos mcm nie.  ~sambil sang doktor menggelengkan kepala. mcm kecewa sgt arr..~hahahahah
AKU: Baik doktor. saya pakai inhaler.
pastu, dia arahkan aku pergi masuk bilik 13 tak silap aku. masuk gas. pastu datang balik masuk bilik dia. masa tue  aku bisik kat dalam hati ," siap ko k. meta. sia2 jer aku kene marah..hhahah". aku pun sedutlah gas. masa sedut tu pun, banyak lah pulak tanya si pembantu perubatan tu. duduk mana. keje mana. cik ker puan? adoii...knp hari ini????!
@@ Sila jgn percaya cerita dongeng. kalo nak percaya nyanyi lagu stacy ~kisah dongeng' hahahah. gurau jer..
@@ kepada yang ada penyakit mcm aku, silalahh rajin2kan merujuk kepada Kementerian Kesihatan...kalau tak, tgk?. sia2 jer kene marah ngan doktor. baru nak anjer2..hahah
@@Hidup nie tak selalu indah. pada masa sekarang, kita sihat. tapi kita tak tau masa akan datang, adakah kita sihat lagi seperti sekarang?...
Sekian, cerita dari klinik. :P)

Aku penghidap Asth Semput!

Cerita ini diceritakan oleh aku dgn hati yang sgt tidak marah. (nak dibandingkan dengan kemarahan aku semasa melaluinya).
adoii yai nyer pun, diceritakan oleh aku pada suatu petang yang redup (tapi tak seredup hati aku), aku pun pergilah poliklinik seksyen 7, shah alam.
Dah 2 minggu aku nie mengalami simptom2 nak dapat asthma. Then, the day before aku nak pg klinik tu, aku dah teruk. (untuk pengetahuan, aku tak guna pun inhaler yang pnh disyor gunakan oleh doktor suatu tika dulu)...ada dok tersimpan dalam laci buruk tu. dgn penutup dia dah pun tanggal dari badannya. lepas tu, aku berniat baik nak dapatkan sumber gas yang boleh dipercayai dari doktor dan ubat pecah kahak. asthma aku datang dgn pakej batuk lagi. so, haruslah aku mendapatkan ubat secepat yang mungkin.
Selepas turun dari kereta, aku pun berjalan lah dgn keadaan yang tak best masuk ke perkarangan klinik dan menuju ke tempat pendaftaran. seperti biasa, aku amik nombor. (walaupun tak der org, tapi aku amik gak nombor-peraturan kan?).
Dengan muka sedih, aku pun datang dekat sikit dgn nurse kat kaunter tu...

AKU: assalamualaikum puan..
NURSE: datang nak apa? (muka dia kalo korang tgk, memang rasa mcm nak silambam jer...tapi aku sabor! hahah)
AKU: ermm, pardon..(aku tak berapa dengar sebab soalan dia kot. tak biasakan aku ni dapat soalan mcm tu kalo datang tempat2 seperti klinik dan sepital nie)
NURSE: Awak datang nak apa?? (ini kali, itu suara sgt tinggi dan sgt dalam..-kasik gua panas jugak arr...)haha
AKU: ernn, nak buat apa? (tanyalah lagi sekali, sebab takut lagi pekak ker aku nie..)``sengal!)
NURSE: Yerlah, datang ni nak buat apa?
AKU: Datang ni nak jumpa doktor arr! (saja buat respon sinis)~~ sementara aku dok jawab, mata aku melirik nurse yang ada kat situ~ deme terkejut kot ngan jawapan aku..hahah..)
NURSE: Yelah, sakit apa?
AKU: saya asthma. saya nak jumpa doktor.
NURSE:  Tunggu kejap. full stop. (muka dia bengang aku jawab nak jumpa doktor. )

@@ adakah jawapan aku salah apabila diajukan soalan yang sedikit 'bangang' oleh nurse tu?
@@adakah aku terlalu kurang ajar dgn nurse yang lebih kurang umur 30-an dan gemuk itu?
@@adakah soalan seperti itu perlu ditanyakan pada seorang pesakit yang datang?
sekiranya soalannya begini:
"Sakit apa cik?". mungkin aku boleh menjawab "saya asthma".
adakah soalan seperti yang aku cadangkan itu tak boleh ditanyakan?
aku pun keje government n hari2 menghadap customer. mcm2 gelagat customer datang. tapi aku tak pernah tanya "datang nak apa?" sebab aku tahu yang datang sumer tu nak beli tender. agak2 yang mcm terpinga2 tue, aku akan tanya "ye cik, boleh saya bantu?".

*apa yang aku nak bangkitkan, adalah layanan kita kepada pelanggan. tak kisahlah samada kita nie government or private. layanan yang baik tu adalah keutamaan setiap organisasi. so, lebih2 lagi adalah organisasi yang melibatkan bantuan, memberi bantuan.; klinik, hospital ataupun mana2 kita pergi. dan satu je lagi, kalau lah kita dilayan dgn respon yang Biadap, kita akan rasa malu, terluka, terhiris, terkincit, dan mcm2 ter. so, plz...jgn ada soalan "datang nak buat apa?'.

peringatan ni pun utk aku gak...:)
-ini baru cerita diluar bilik doktor-

Wednesday, October 5, 2011

Sengal

ok, sebelum aku terlupa dan masih bengang dgn seseorang kat opis aku, aku nak citer kat korang.
sekarang nie, ofis tgh sibuk buat 5s. pelaksanaan 5s mcm nak giler. memang sengal!!
Aku bukan tak suka 5S, tapi jgn nak tuding jari pada kumpulan sokongan. ingat kumpulan sokongan ni apa?
hermm, kdg2 kita pun tak leh nak baran2 sgt.
aku nie kalo nak me 'sound' org, masih boleh lagi senyum2. berkias. bukan tak nak terus terang, kan bisa sampai dlm hati yang kene tu.
alkisah pada pagi ini, yang tak bebeapa nak datang mood baik utk sekelian warga bahagian aku nie, adalah sorang kakak nie. dok bising2 pasal filing. marah2 kat aku, (tapi ngadu ngan org lainlah), yang aku tersilap haribulan kat file. so, kakak yang dgr luahan dia nie, terus call aku. aku takderlah nak mrh sbb aku rs benda tu tak serius. aku pun skrg nie, dah biasa org ckp yang tak baik2 nie. hihihi..alah bisa tegal biasa.
berikut adalah dialog aku dan kakak tu

AKAK: wawa, awak salah filing nie! (dgn muka bengan dier..)
AKU: mana kak?.  tang mana yang silap? tarikh jerkan? tolonglah betulkan..
AKAK: yelah..ni knp tulisan warna hitam? (sambil tunjuk kat kertas minit file-nampak sgt yg dia nak sgt tunjuk silap aku)
AKU: Kak, ini surat daripada kita. memanglah Dato' yang sign, tapi surat nie dikeluarkan oleh kita. SENGAL....(aku gelak2...dlm hati aku: untung aku minit sendiri. ada aku mintak kau yang buat? ada? tak derkan?)
AKAK: sambil dia mcm bengang aku cakap dia senngal, dia pegang fail lain: dan seraya berkata: "Bukan masalah SENGAL, tapi saya tak jumpa cari mana tarikhnyer!"
AKU: betulkan jerlah...pastu aku blah.

disuatu saat, ada seseorang dtg kat aku....
Kak M: Wa, ko kata P sengal erk? dia marah no...
AKU: aku gurau jer tu k.m. kenapa? terasa ke dia?
Kak. M: dia cakap ko marah2 dia. pastu cakap dia sengal. pastu dia kata lagi "ada ke wawa kata aku sengal?! apa dia ingat bapak dia punya ke jkr nie?!
AKU: nak wat camana. untung bukan Bapak aku yang punyer. kalo bapak aku yang punyer, aku ada PA sengal!!!!!
lastly, kakak tu dah ber,asam muka ngan aku. lantakkan sana. mls nak jaga hati org...hahah
Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Isteri



TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.


MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.


MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat-cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.


MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.


MENYENANGKAN HATI SUAMI

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:

Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:

O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.


PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.