I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, October 26, 2011

Pengacara Majlis

Assalamualaikum wbt.
nak cerita harini, yang aku akan menjadi MC pada esok hari untuk Majlis Akujanji Pembida...
Tetiba gerun pulak rasa. Majlis Besar dalam hidup akulah katakan. yerlah, Master Of Ceremony nie besar tanggungjawabnyer..takperlah, nanti aku upload skit2 gambo yang berkaitan. n akan ku kongsi bersama2 pembaca yang membaca blog aku sedikit sebanyak teks pengacara majlis...:)

Di bawah ni adalah teks mc yang aku dah buat untuk majlis pembida. lambat sikit update post yang nie. Walau apapun, harap boleh jadi rujukan n silakan pada sapa2 yang nak guna. aku pun takderlah 100% mengarang. ada jugak baca2, ceduk sikit2 ilmu dari orang lain..:)..
n satu lagi, aku ada membuat kesilapan sedikit. silap mention nama tuan penceramah n ditegur dengan tn. timbalan jkr selangor. ia adalah sesuatu yang memalukan tapi aku rasa, ia adalah pelajaran yang terbaik supaya kita peka pada masa akan datang. :)


MASA
PERISTIWA
BUTIRAN PENYAMPAIAN
2.00 PTG
Ketibaan Tetamu Khas
Mengumumkan Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Dr. Hassan bin Mohd Ali. Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diiringi Y. Bhg. Dato’ Ir Abdullah B. Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.


Tetamu Khas Duduk



Selesai tetamu khas duduk
Bersimpuh duduk mengayam mengkuang
Diayam oleh Si Anak Dara
Pemanis Kata Selamat Datang
Lafaz Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Yg. Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohd Ali Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam.

Yg. Bhg. Dato’ Ir Abdullah B. Abdul Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor

Yang Dihormati Ir. Abd Hamid Bin Md Daud, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, Tuan Hamzah Bin Ibrahim,  Penolong Kanan Penguasa  Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Putrajaya ,

Ketua-Ketua Jabatan, Jurutera-Jurutera Daerah, Pihak Media, Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian.



Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Aku Janji Pembida Berjaya untuk Projek Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.


Bacaan doa oleh En. Azmi
Bagi Menambah keberkatan majlis kita pada petang ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Azmi Bin Sajadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.



Untuk makluman semua yang hadir , sebanyak 14 bilangan Surat Setujuterima Tender telah dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya bermula pada Bulan FEB 2011 hingga Bulan Okt. 2011. Maka dengan ini,  Majlis Akujanji diadakan sekali lagi selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP 10/2011) yang mewajibkan para kontraktor untuk melaksanakan akujanji (Integrity Pact) selepas Surat Setujuterima dikeluarkan. Objektif utama integrity pact ini adalah untuk meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan negeri yang dijangka akan mengurangkan dan sekaligus berjaya membasmi gejala rasuah.


UCAPAN DATO PENGARAH
Tanpa melengahkan masa, majlis pada petang ini diteruskan dengan menjemput Yg. Bhg. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, Dato’ Ir Abdullah Bin Abd Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Dato’Pengarah JKR Selangor. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


UCAPAN Yg. Bhg Dato' Dr HASAN ALI
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg. Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamad Ali Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam untuk menyampaikan uacapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS AKUJANJI PEMBIDA BERJAYA BAGI PROJEK-PROJEK DIBAWAH PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh Yang berhormat Dato’ Dr Hassan Bin Mohd Ali itu tadi.

CENDERAHATI KEPADA Yg. Bhg. Dato' Dr. HASAN ALI
Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Yg. Berhormat Dato’ Dr. Hasan b. Mohd Ali tidak dapat bersama-sama kita hingga ke penghujung majlis. Begitu juga Yg. Berbahagia Dato’ Pengarah JKR Selangor. Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir ke Majlis kita pada petang ini.





Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Yg. Berbahagia Dato’ Pengarah JKR Selangor untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohd Ali  dengan diiringi Tuan Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis mempersilakan…



Majlis berehat seketika. Para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Pihak majlis meminta kerjasama para hadirin untuk berkumpul semula ke dalam pada jam …… petang. Sekian terima kasih.



Alhamdulillah…
Gendang gendut tali kecapi
Dah kenyang perut, boleh kita teruskan sesi..




Majlis diteruskan dengan Penyampaian Taklimat Oleh Wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Penolong Kanan Penguasa, Tn. Hamzah b Mohamad. Majlis mempersilakan…



Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Hamzah B. Ibrahim di atas taklimat itu tadi.



Saban hari, JKR berhadapan dengan tataurus dalam pelaksanaan kontrak yang sentiasa dinamik, berubah-ubah mengikut keperluan semasa, perubahan dasar, yang memerlukan usaha penambahbaikan, dari masa-ke masa. Kita seringkali terleka dan tidak mengendahkan perubahan yang berlaku ke atas segala prosedur- prosedur yang terlibat. Kelekaan ini mengakibatkan banyak masalah yang berlaku antaranya kelulusan lewat diperolehi disebabkan kesalahan mengisi borang- borang dan maklumat tidak lengkap. Lebih serius lagi jika ia mengakibatkan kemajuan kerja projek menjadi lewat.
Secara ringkas tapi padat dengan informasi, majlis menjemput Pn. Zuraida bt Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan untuk menyampaikan taklimat berkaitan pentadbiran kontrak.



Untuk meneruskan majlis, pihak kami akan menayangkan slide show untuk memperkenalkan projek-projek yang telah di awad kepada 14 kontraktor yang terlibat di dalam Majlis Akujanji kali ini.



Tibalah masanya untuk kita menyaksikan pembacaan ikrar akujanji oleh 14 orang wakil syarikat kontraktor dan majlis penyerahan surat akujanji pembida berjaya kepada Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tahniah kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya. Besar harapan kami agar projek-projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Majlis menjemput kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk menyerahkan surat akujanji yang telah ditandatangani kepada Tuan Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis mempersilakan

PANGGIL SYARIKAT KONTRAKTOR BASED ON LIST YANG DAH DIBAGI. GREEN COLOUR.



Usai sudah penyerahan surat akujanji sebentar tadi


Cenderahati kepada Penceramah SPRM
Sebagai tanda Penghargaan,  majlis menjemput Timbalan Pengarah JKR Selangor untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Penceramah kita, Tuan Hamzah Bin Ibrahim dan Pn. Zuraida bt Abu Hassan.



Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Pengarah JKR Selangor.


SELESAI MAJLIS
Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Akujanji Pembida Berjaya bagi projek-projek Negeri Di bawah Penyeliaan JKR Negeri Selangor.
MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YAB Dato’ Dr. Hassan bin Mohd Ali, Pengarah JKR Selangor, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ketua-ketua Jabatan, Jurutera-jurutera Daerah, Pihak Media, Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini.

Sawah bendang hijau menawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan
Ada hayat kita bertemu




wabillahitaufikwalhidayah.......