I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Friday, September 11, 2009

Anak Mak Tam

Dugaan kesabaran.....Sungguh, Masalah Anak Mak Tam (AMT) memang berat...tapi, dia masih istiqomah kerana ramai lagi yang bermasalah lagi besar dari dia (masalah takda duit, tak dapat makan, takde umah, takde macam2lah...sampai 1 masa ada yang amik jalan mudah ...(paham2 jerlah jalan mudah nak ke neraka)..Nauzubillah...Alhamdulillah, Anak Mak Tam tak terfikir "jalan mudah " tu....

Anak Mak Tam kadang2 ngeluh, tapi dia tahu, kesusahan, simpati, zakat, sedekah mmg boleh lembutkan hati...so, adalah jugak dia buat....
Macam2 jadik dalam bulan puasa...semuanya yang menduga....Memetik msg nasihat dari Fahmi Suhaimi " Kamu tau perkara apa yang paling sulit?. Perkara paling sulit ialah mencari kenapa tuhan menguji dengan pelbagai dugaan..Kerana jawapannya cuma ada dalam sabar..Sedang sabar itu sifatnya sudah cukup sulit..Kerana Kita Mungkin perlu sabar seminit dua, berminggu...mahu berbulan dan ada yang bertahun...Hingga ada ketikanya kita harus masih perlu sabar sehingga ajal menjemput tiba....Itulah yang paling sulit...Sulit dan menyulitkan..."

Fahmi, terima kasih dgn nasihat tue..walau banyak mana msg anda forward ke org2 yang rapat dengan anda, AMT setuju dengan nasihatnya...jadi, AMT putuskan akan bersabar..AMT tahu, dia sebenarnya yang mencari masalah dek dibawa arus "kefoyaan". ..

Bukan AMT tak mahu berubah...dia mmg mahu berubah....Aku percaya AMT nak berubah..walau apapun, aku sokong ko AMT...aku terharu ko mahu berubah...berubahlah kawan..

Kesinambungan shoutout teman No. 2:

Aku akan ingat segala yang terjadi..aku akan jadikan semuanya sebagai pengajaran. Namun, untuk kembali berpaling, seperti dulu...n saja melupakan kesilapan yang pernah terjadi, jangan harap....Tolonglah, G___I, aku bukan orangnya.....

Salam....

AMT kat

Wednesday, August 19, 2009

Sekadar Di Pinggiran?

Status, pangkat, kekayaan adalah ukuran kehidupan seseorang...(betul ker?)..tapi....status pun rendah......pangkat pn tak tinggi mana..kaya?..jauh sekali...

Nak sedapkan hati mesti kata "aku redha, atas apa yang usahakan selama nie, Allah makbulkan dgn bagi sedikit demi sedikit..apa2 pn aku bersyukur, kerana secara slowly aku dapat menikmati rasa nikmat yang Allah bagi..."....

Allah suka hamba Nya yang tak putus asa asalkan tak lupa pada tanggungjawab sebagai Makhluk Nya...

Cerita 1:

Satu ketika dulu....masa aku Form 3, dengan bangganya, aku penah kata kat sorang member, yang aku dapat melihat sejauh mungkin...sedangkan kawan rapat aku (ketika itu...)..dah pun pakai spect selama 2 tahun...Aku sedar, riak muka dia tak senang dengan kata kerek aku tue...(sedangkan masa tu, lansung tak der niat nak kecilkan hati dia)....

alamak! bos panggil!jap!

sambung cerita 1, so sampailah Form 4, aku dapat masuk kelas Sains(tapi jap jerlah)...(aku nie suka dok depan sekali kalo dalam kelas, aku sebenarnya tak tau pun kelebihan dok depan)..so..bila 2 minggu belajo, cikgu kata aku cepat catch up, so dia pindahkan aku ke belakang..(katanya, bg laluan pada yang "kurang upaya" dalam sains..., kehkekheh...)...aku pun ngan sedihnya dok kat belakang...start dr saat itu, penglihatan aku dah kabur.....(SEDIH MAAA....!)...

START dari situ, aku teringat, setiap apa yang aku kata, apa yang aku buat, apa yang aku pikir (esp. yg -ve) gerenti akan dapat "ganjaran"...namun (sinambungan dari mukadimah cerita, aku bsyukur yang aku masih boleh melihat Dunia walaupun nikmat melihat tak dapat sepenuhnya.....dan jangan berkata sesuatu tanpa berpikir..KUN FAYA KUN...anytime balasan Allah...

sekarang, mata kiri aku makin tak sihat dan aku sangat risau...



Cerita 2:

Membantu mak dan ayah, banyak pahalanya.....Allah janjikan syurga kepada siapa yang hormat ibu bapanya, menjaga dan lain2 yg sewaktu dengannya....

kata orang: Membantu pun ada hadnya....Jangan sampai diri sendiri terseksa...Namun, sampai sekarang aku masih tertanya "SkOP PEMBALASAN KITA KE ATAS JASA IBU DAN AYAH KITA"...

so, apa yang aku rasakan, aku perlu membalas jasa mereka....dan aku juga kena ingatkan had kemampuan ku sebagai anak..... (Kesinambungan dari mukadimah cerita aku: aku percaya, pahala dan ganjaran Allah akan bagi andai kita ikhlas dalam melakukan sesuatu...AMIN....)

Cerita 3:

Biarlah aku senang hati, lapang hati, lapang fikiran...dan lapang jalan untuk selesaikan semua problem...Aku penah attend satu event...Masa tu lah, kakak n abang tue penah bgtahu, selagi tak terdesak, selgi betul2 tak merasa sempit, selagi itulah kita takkan menguji daya usaha kita (kecuali orang sgt MALASSS!). Sekarang, Aku baru terpikir..n akulah golongan yang takutkan risiko kalah, risiko gagal...(dah lama tahu, just buat2 x tahu....) coz ms tue rasa aku ok lagi....

Bila keadaan memaksa, aku nak cari perubahan dalam hidup...Kesedaran aku dikuatkan lagi dgn kejayaan orang yang tak pernah miss solat, puasa, zakat (n sewaktu dengannya) mereka2 boleh jadi SENANG! ....huhhh...berubah kpd yang baik itu sgt payah....sekeliling kita pun dah terbang2 dah rama2 sengketa yang mengajak kita ke arah yang tak baik...(baru aku ingat, makanan rohani tu sgt perlu.......!). Rama2 kebaikan, rama2 kecantikan, rama2 kebajikan...datanglah pada ku.....
(Sinambungan mukadimah cerita aku: Orang yang senang adalah orang yang mengingati Allah, bersyukur atas apa yang Allah bagi, usaha kearah kesenangan namun tak lupa pada tanggungjawab kepada Allah....)...

AMPUNKAN AKU....KERANA JAUHNYA AKU.....

sekadar di pinggiran

Wednesday, August 12, 2009

Kawan

Kawan



Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka berncinta

Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...

Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi

Tuesday, August 11, 2009

Hutang......

kadang2 tue, kita kesian bila orang nak berhutang dengan kita....Kita pun ok jer...tapi, bila orang berhutang dengan kita n susah nak bayar, sedihlah.....huishhh, payah lah golongan yang ini...

Thursday, July 30, 2009

tercabarnya sekeping hati luka.........

Pernah satu ketika dulu, dia pernah mengatakan dia akan berkawan dengan mila sampai bila2 walaupun dia dan mila ada keluarga masing2....ya.....sampai sekarang, janji itu masih ditepati...

Namun, sayangnya, janji itu telah berubah...janji oleh seorang kawan menjadi janji seorang teman...
Dia telah mendirikan masjid terlebih dulu..namun Mila dilarang..apakah semua ini...Yang pasti, Mila menurut segala kata-kata dia....

Mila tak boleh bohong yang mila masih ada simpan perasaan istimewa pada dia. Mila tak bohong...cuma, dia dan mila pernah berjanji, masing2 tak akan menganggu kehidupan peribadi masing..waima perasaan istimewa tu sanggup diletak ketepi....

harini, setelah lama dia terikat dengan satu ikatan teman, akhirnya dia 'melepaskan' Mila....namun, untuk menjauhkan diri sebagai seorang kawan sahaja, tidak mungkin.....

Dia sayangkan Mila lebih dari isterinya.....

Tuesday, July 28, 2009

Saguhati untuk Hati yang tak Tenang 2.

Sara terlepas waktu Asar harinie.....Hari sabtu, Sara rasa berat nak kelas....tak tahu kenapa..Badan Sara terlalu letih disamping fikiran yang serabut masih lagi belum usai....

Sara tahu, apa yang berlaku ni, bukan permintaannya...Dia juga sedar, yang dia mampu menolak risalah2 celaka yang bermain dalam kertas kehidupannya...

"Ya, Allah...ampunkan daku yang sentiasa lalai..ampunkan daku dengan segala sifat dan sikap yang jahat yang menerjah dalam hatiku"....(Penulis menggunakan ayat sastera..)...

Secara Ringkasnya,

SINOPSIS:

Sara masih mencari jalan untuk meminta maaf dari Ayahnya...Sara tahu , seburuk2 ayahnya, tidak sekali2 dia boleh menghambur marah sesuka hati tanpa menjaga hati ayahnya....Apa yang sara terdaya, hanya berdoa agar Allah membuka pintu hati ayah untuk berubah menjadi ayah yang bertanggungjawab.....

Ayah....ini dari Sara:

ayah, maafkan sara.....sara tak berniat nak menyakiti ayah...ayah, sara redha dengan keadaan ini, tapi sara tahu, sara takkan selamanya dapat tenang selagi sara ayah tak maafkan......Ayah!

Monday, July 27, 2009

Ketidaksamaan dan keTidaksefahaman

apabila berbeza pendapat, kita boleh samakan pendapat dengan kata putus dari musyawarah....

apabila tak sefahaman, agak sukar utk menyamakan fahaman masing2...namun, ketidak sefahaman yang baik takkan menuju kearah kehancuran..kerana kita perlu akur, manusia itu berbeza2...

Dan.....!

ada manusia yang boleh terima pendapat dan berdiam diri bila tak sefahaman...
namun, adalah lebih bagus jika ada keberanian mengatakan kita tak sefahaman pada orang yang kita berbeza pendapat...

apa pun, lebih perit lagi bila kita tahu, orang yang menis depan kita, adalah orang yang berbeza pendapat dan sangat2 tak sefahaman dengan kita.....lansung mengutuk, menterjemah keadaan dengan fahaman sendiri, tanpa menitik beratkan perihal kemanusiaan.....

baliklah ke jalan yang benar..!

Friday, July 24, 2009

saguhati untuk hati yang tak tenang...

"Ko bukan ayah aku...kalo ko dah kata yang aku bukan darah daging kau, ko tolong lah didik anak bongsu ko jadik baik....ko bukan ayah aku...ko dah mati!!!!"
Jawapan seorang "ayah " selepas dia telah melafazkan sebanyak 2 kali yang sara bukan darah daging dia "Trm Kasih". Sara nangis...sara rasa tak puas dengan msg2 yang dihantar pada ayah....

sejenak....

"AYAH, kenapa ayah buat sara macam nie....kalau ayah tak dapat nak beri ketenangan pada sara, tak perlulah beri kesengsaraan yang sama pada mak dan adik...!!!! ayah, ayah lah punca sara jadi macam nie!!!!!!". Sara menekup muka ke stering...airmatanya lansung merembes jatuh ke pipi..."ayah, maafkan aku!!!".


2 minggu selepas itu....

"Mak, sara dah hantar msg kat ayah"....Sara menceritakan 1 persatu yang sebenarnya...Jauh disudut hati Sara, dia tahu, mak kecewa dgn cara dia melepaskan marah.....mak tak boleh terima Sara cakap ayah yang bukan2....

"Sara.....". Ada getaran dengan suara mak. "Jangan buat lagi macam tu....Mak tak pernah ajar Sara kurang ajar macam tu....Walaupun mak dgn ayah dah berpisah, tonglah jgn jadi mcm nie....Balik kg, Cari ayah...Mintak maaf pada ayah!".

Tuesday, June 30, 2009

Menanti Di Barzakh

24, 25 dan 26hb aku g kursus S.P.I.E.S..
Rasanya macam satu rasa yang masuk dalam hati dan kepala......
sedihnya....jom, sama2 bwk diri ke arah yang lbh baik dari semalam....

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Sunday, June 7, 2009

camel yang hilang.......

entah..mana datang tak sedap hati bila bangun pagi isnin yang lepas......aku ase senak tol perut....rasa macam kedua2 tapak kaki tertinggal kat luar pintu umah..(sedangkan aku dah masuk umah start pas maghrib sampai pagi ni....setakat 6pg....)..

aku berkobar2, bangun pagi nak g keje....langkah kuar pintu umah, camel tak der...Gelabah carik camel....dah lah susah nak dapat, aku berkira2 nak dapatkan Camel...oh, camel....
"Anim, ko nampak Camel aku tak?...."aku tanya. ..
"Kan aku dah cakp, jgn letak Camel kat luar...pandaiii sangat.....!" aku juihkab bibir aku..
pastu, tau2 aku nangis.....hahahhah.......sedih nyer....!...

Bukan Senang aku nak dapatkan Camel tu...Camel tu, tak jejas sikit pun!...
owhhhhhh! kasut aku mana!!!! memang bodoh sapa yang amik!

BILA AKU BACA BLOG ANAK MAT NOR....

hahaahha..dah lama aku tak gelak pnh dgn penuh rasa ikhlas...(adakah selama ini aku hanya berpura?)...bila aku baca post2 beliau, lansung aku lupa sekejap dgn masalah....wahhhh!...memang giler punyer best....(alhamdulillah setakat nie aku tak gile:))...abang yang syorkan aku bace blog anak mat nor....huhuhu....anak mat nor, bini mat nor memang cool...

heee.....aku bukan lah penggemar blog, dan aku juga kurang masa untuk mengadap dan menambah post dalam blog...adakalanya, rasa sayu jer bila tak ada apa yag aku nak post.....(mungkin keletihan berfikir....)...

kepada abang, walau pun kita bukan seayah dan seibu, walaupun kita tak keluar dari rahim suci yang sama, namun kau mmg abang aku.....! u're the best in my life.....aku boleh jugak gelarkan dia, anak suhaimi yang petama....uhuks!.....abang, kau mmg dah tough!!!!!! aja, fighting!!!

Monday, May 11, 2009

I Wandered Lonely As a Cloud

I Wandered Lonely As A Cloud by William Wordsworth
I wandered lonely as a cloud
That floats on high o'er vales and hills,
When all at once I saw a crowd,
A host, of golden daffodils;
Beside the lake, beneath the trees,
Fluttering and dancing in the breeze.

Continuous as the stars that shine
And twinkle on the milky way,
They stretched in never-ending line
Along the margin of a bay:
Ten thousand saw I at a glance,
Tossing their heads in sprightly dance.

The waves beside them danced, but they
Out-did the sparkling leaves in glee;
A poet could not be but gay,
In such a jocund company!
I gazed—and gazed—but little thought
What wealth the show to me had brought:

For oft, when on my couch I lie
In vacant or in pensive mood,
They flash upon that inward eye
Which is the bliss of solitude;
And then my heart with pleasure fills,
And dances with the daffodils.

8 C...ala...bacerlah...

C1.
CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.
CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…



C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….




C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Sunday, May 10, 2009

nanti dulu....

nanti dulu...tunggu...jap...sat arrr.....alah....huhuhuhu....blog aku belum ada yang bawak faedah pada yang pembaca...nanti dulu..nie pun dalam pemprosesan..hahaahaha....siaplah pas nie...anything yang di post, hanya sekadar berkongsi...segala pendapat, bakal dikongsi....

Friday, May 8, 2009

Uhuk! uhuk!

Huhuhuhu.......sedangkan perut lagi berbunyi, inikan lagi nak dibezakan dengan lapo....hemmmm, apa2 ajalah.....n tah aper2 tah....baru jer tadi bos daku bg satu tugasan.....buat Buletin Ukur Bahan....insyaallah....start minggu depan, aku, mawi, kak zilah, alin, mar n ajat start wat.....ermmm, harap2, cerialah ukur bahan nie...

no.2: anjakan paradigma tu perlu....!..tp, ramai ke yang suka?....ada yang suka gilerrr, ada yang tak suke sgt2....bukan apa, kadang tu penerimaan tak sama...ada yang cepat tangkap, ada yg slow tapi nak, ada yang slow tp malas lagi nak start...huhuhu, macam2....so, ukur bahan nie ngah menerima satu perubahan besar hasil kemasukan our new boss....uhuuuuuu, i like.....yang bujang2, yang laju2, yang suka berubah, akan suka ngan rentak bos....hemmm, mana yang bacer mcm tak setuju, bg comment arrr....huhuhu....kita bleh discuss sama2..tapi takat sini ajer...

no. 3: semalam, (8.5.09)...hari last paper aku....sungguh2 buat aku rasa sesak...lg2, nampak my lect yang jaga pekse...sudahnyer, teraburlah jawapan aku.....aku pn tak sangap sgt nak improve sem nie....pembawakan diri kerana hormon yang tak stabil...(so, aku tak adjust apa2 pun dlm motivasi diri)..itu maknanya aku...........tak stabil......)..

no.4: masalah akan ada selalu...mcm tu jugak penyelesaian!!!!!.......aku ngah cari penyelesaian.......tapi, macam susahlah.....

no. 5: aku nak g bercuti.....tapi, tak cukup duit n pakej nak g bali tu makin hampir tarikh luput...kahkah....padan muka aku...

sok sambung lagik lah!

Wednesday, April 29, 2009

Se- hari jer lah patutnya!

rasa macam setahunlah...wadoi aiiik! rasa lama nak tunggu exam habis cepat..tapi bila dah lagi 3 hari, rasa cam cpt sgt coz lum hbs bacer notes...huhuhuhuhu...mabuk exam!!!

n, lusa my final paper....serabut, marut, semak kepala...macam2 aku pikir...aku lansung tewas dalam menyelesaikan masalah sendiri...

aku kadang2, malas nak fikir..tapi, at last, aku kena fikir!!!!!!!!!!!!!!!!...seseorang dah buat aku jauh dari adik beradik aku...dulu, tak pernah aku renggang dgn diorang, tapi sekarang!..
ntahlah, masa merubah segalanya.... aku nak balik adik2 aku yang dulu....