I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, June 27, 2012

Apa Bezanya?

ermm, sila tunduk ke bawah dan angkat muka.

Untuk apa wawa?

Takder apa. cuma mungkin macam nak katakan sesuatu. hihihih

Bila orang tak tegur kau, kau tak tegur orang tu.

Bila orang tu tengking kau, kau tengking orang tu balik.

Bila orang tu sakitkan hati kau, kau sakitkan hati orang tu balik.

SENANG KATA, KAU BALAS BALIK.

Then, kau maki2, kau puihhh2 kan dia.

tapi APA BEZANYA Kau dengan dia kalau kau rasa dia buat mcm2 kat kau atas dasar sakit hati kat kau? bengang dengan kau? diamkan kau?

Kau balas balik pun, APA BEZANYA kau dengan dia? tak ada beza. kau pun berperangai sama dengan dia
Dah, dah...jom sama2 sucikan hati. buat kerje sendiri. kain sendiri koyak, sendiri tampal ker. jahit balik ker. ker beli baru??

APA kata, kau anggap jer oarang yang tak tegur kau tu dia ada masalah sendiri.
dia ada angin dia sendiri. Diamkan sudah..esok2 baiklah tue..asiklah nak membalas dendam...APA BEZANYA?. Tak de beza...(tutup muka guna tudung saji). Macam aku menceceh dalam  ini.




Tuesday, June 26, 2012

Datuk Dr. Fazley dan Tomok! Gud Luck!

Agagagaggaaga....suker, suker, suker! tgh suke tgk Master Cep (Loghat Mak Aku nie).

(Sambil dengar lagu 'Harapan' -DRAMA BAND')

Google tolong aku.


Akcerly, aku baru jer balik dari kursus 4 hari lepas. Kursus kecemerlangan diri kat Impian Rimba Hulu Langat. Course nie 3 hari 2 malam. nampak tak? betapa lama kursus nie semata2 nak mengembalikan motivasi, disiplin dan keyakinan diri menghadapi situasi kerja mahupun perangai manusia di dalam dan di luar sana yang berbeda2. Allah Maha Besar. Kita nie saling melengkapi. memetik kata2 fasilitator aku kat kursus tempohari (En. Zul)- Fa Si Li Ta Tor (Sebut betul2).

Dia kata, kita jangan susah hati sangat kenapa Tipah macam lipan. kenapa perangai Leman macam siamang. kenapa perangai tan macam setan sebab manusia nie bermacam2. sebagai kawan, kene menasihati ajer. dia nak ikut tu, terpulanglah. kalau dia nak berubah ke arah yang baik, kita support dia...itu ajer. lagipun, Kalo manusia nie perangai sama jer, bosan pulak. dah katanya dunia nie 'bisu. senyap, tak der yang mencabar". Then, fasi tu tambah, yang kita risau dok ngumpat org, dok pertikai kenapa mcm ni, mcm tu, baik kita terima dia seadanya..lagi2 kawan. Manusia yang di panggil kawan nie, memang! lagi macam2..so, jom..kita sesuaikan diri kita dengan kawan2 kita walaupun dia memang TAK SEGAYA dengan kita...see? what i see? hihihi...ambil mudah tapi berhati2..itu ajer...

Perasan tak? dok menceceh ngah kursus, langsung isi tak de kene - mengene dgn tajuk. tapi kene jer sebenarnya...:)
Belas Ehsan saja dari google

Masterchef Selebriti.
Dah beberapa kali episod, episod ciptarasalah, penyingkiranlah, peti misteri lah n macam2 lagi, aku dah perasan banyak perkara. Terutamanya Dato' Fazley. Orangnya sangatlah baik. Dahlah kacak, (rupa paras satu bonus!), bijaksana ditambah lagi dengan baik hati. perasan tak, dia asyiklah berbuat baik pada orang lain...Dia tolong semua orang yang memerlukan. Banyak mengalah.(tapi bukan kalah!).

Bila dia asyiklah membantu orang, aku tgk kebaikan tu datang balik pada dia. Dia mencerminkan diri dia yang sebenar. Kreatif ngan platting tak disangkal lagi. (betul2 terjerumus ke dalam kancah Master Chep nie..) hehehe...

See? Betul kata fasi, biarlah kita asyik berbuat kebaikan sebab akhirnya kebaikan jugak kita dapat. jangan kita pertikaikan orang lain. selagi boleh tolong kita tolong. jangan berkira. hermmm, masa fasi bagitahu perkara2 tue, aku pun mengangguk. apa yang dia cakap tulah realiti kehidupan. bukan tak der manusia yang positif pemikirannya..tapi betapa susah nak mempertahankan perangai baik..hihihi..sikit2, mesti ada buruk. tapi yang buruk itulah kalau boleh jgn bagi nampak..;malu kiterr...:)

Yang penting, aku suka Dato' Fazley, Farouk Husin, Tomok n semua yang masih lagi bertahan. Tomok pun, nampak baiklah...:).

OK, Harini last masterchef utk minggu nie...aku tak sabar nak tgk. SIAPA Tersingkir??? (Juliza? Farouk? Soo Win Ci? Jehan?)

google tolong aku


Tomok, ku cari mu di google!

Masterchef Selebriti
Setiap Sabtu hingga selasa 
9.00 malam.

Monday, June 18, 2012

Tako Yaki

Aku dah JATUH CINTA dengan TAKO YAKI!!!!

Mmuah!


Belas Ehsan dari Google. TQ:)

Tuesday, June 12, 2012

Kadang-kadang lupa...

Alhamdulillah...setelah berapa hari yer tak sempat nak update blog, aku ngupdate ler arini..dari pagi, sampai ke tengahari nie, kijer bersambung2...tapi still lagi boleh aku bernafas. ihihihi...
Banyaknyer luahan dalam blog aku rupa-rupanya. luahan tak puas hati, luahan sedihlah, luahan gumbiralah..so aku just nak up tentang sesuatu yang mungkin kita terlupa kejap. sebab manusia kan? tak terlepas dari kelupaan.

herm, masa malam start EURO 2012 tu, aku dok tgk tv dengan housemate aku. ngan adik aku. then, housemate aku citerlah tentang pemain2 bola sepak yang handal, sederhana handal, siap number jersey. 
masa tue aku terus teringat Ustaz Azhar Idrus kata  : "Kita tak kenal 25  nabi tapi kenal 22 pemain Man Utd. Dari penyerang, penjaga gol, pengurus pasukan pun kenal & tahu sejarahnya". n perkara yang sama jugak diingatkan oleh kawan aku nie meen. So, aku terus up soalan, agak2 ingat tak 20 sifat yang wajib bagi Allah" housemate aku pandang aku, aku pandang dia, adik aku pandang aku dan dia.

Pastu kami pun ramai2 lah nyebut, langsung! Tak Complete 20 pun...lagi lima! Aiyooo, nampak tak..betapa kadang2 aku dan sesiapapun, jarang ambil tahu tentang semua nie. Kalo akulah, Nota subjek mendepun, berhempas pulas ingat, huhuhu. Sampai SMM pun cuba gak dihafal. ini? 20 SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH??

Hermm, masa tu aku frust sgt bila aku lupa 5 lagi dari sifat 20 tu. frust, sebab aku dulu sekolah khas, sekolah agama pun. tapi...sekarang, tak ingat @ lupa.

jadi, aku mengingatkan diri aku, agar tidak  mengambil ringan tentang pengetahuan agama. bukan je cuba berubah yang tak baik kepada baik, tapi kene ambil berat ilmu2 rohani. tak banyak pun, sikit. kendian tambah lagi. ilmu mmg takkan habis. bukan jer, ilmu munakahat jer kene amik berat, tapi ilmu tauhid, ilmu ibadat, n etc penting jugak,

just nak meluah lagilah kan...nampak tak semacm luahan pulok. tak sedar lah aku.

n, peringatan untuk aku gak, tonggang tonggek semayang, tutup litup tapi busuk hati, tak taat dengan suami pun sia-sia..

ikiki..just nak buat nasihat kat diri sendiri. (merajuk dgn suami 2 hari). no call, no msg..aku ler tu. 
En. Suami, maafkan saya..:(

oklah, sekarang nie tgh berfikir, camana nak baik balik dgn suami. padahal, bukan apa2 pun isunya.  

Kat bawah nie, 20 sifat yang Wajib bagi Allah:

  
1) Wujud ertinya Ada
2) Qidam ertinya Sedia
3) Baqa' ertinya Kekal
4) Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith ertinya Tiada Serupa dgn makhluk-Nya
5) Qiamuhu Binafsihi ertinya berdiri dengan sendiri-Nya
6) Wahdaniat ertinya Tunggal
7) Qudrat ertinya Kuasa
8) Iradat ertinya menghendaki
9) ilmu iertinya mengetahui
10) hayat ertinya hidup 
11) sama' ertinya mendengar
12) basar ertinya melihat
13) kalam ertinya berkata-kata
14) kaunuhu qadiran ertinya keadaanNya yg berkuasa
15) kaunuhu muridan ertinya keadaannya yg menghendaki
16) kaunuhu aliman ertinya keadaannya yg mngetahui
17) kunuhu haiyan , ertinya keadaannya yg hidup
18) kaunuhu sami'an ertinya keadaannya yg mendengar 
19) kaunuhu basiran ertinya keadaannya yg melihat
20) kaunuhu mutakalliman ertinya keadaannya yg berkata-kata

Selamat berkongsi ilmu.:)