I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Monday, December 16, 2013

REDHA

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah menyakitkan hati orang lain.
Orang ingat kita segaja, sedangkan tak sengaja. mulut kita bercakap disertai dengan reaksi wajah, kdg2 org salah sangka jugak.
yg penting, bila dah rasa kita mcm buat salah ker..(sdgkan tak berniat), agak2 rasa xsedap hati, mintak maaf jerlah.
kalau orang tu nak maafkan kita, alhamdulillah. kalau tak dimaafkan, kita berserah je pada Allah...
ALLAH MAHA MENGETAHUI :)

Thursday, December 12, 2013

Hampir 'mati'

Dia telah 'membunuh' aku
satu persatu terhiris luka
berkecai-kecai hati aku dipijak

tangisanku tak bermakna lagi
pedih sakit tak terhingga
lemah longlai aku tergantung
ditinggal begitu saja...

Dia hancurkan hidupku
sikapnya memang membunuhku
lepaskanlah aku betul-betul
cukup lelah kali ini
aku tidak mahu..dia membunuhku..

berikan aku kebebasan

Agak sukar untuk ber'karya' kalau2 semua dikaitkan dgn kehidupan kita.
inillah aku yang berimaginasi dan Suka meletakkan diri aku dalam situasi...jadi, aku harap, yang membaca karya aku ni, jgnlah asyik menganggap aku mengalaminya..:)
PEACE NO WAR

Wednesday, December 11, 2013

dimiliki

aku tahu aku cinta
tapi aku tak dapat meluahkan
aku tahu aku sayang
tapi egoku benar-benar memberat

sayang,
kau tunggu hingga kini
hanya untuk menunjuk bukti
bahawa kau berjaya kini

sayang,
kerana aku meninggalkan mu dulu
lantas kau mencipta ruang
menjadi seseorang yang mampu mencelikkan aku
namun sayang,
kini kita mempunyai masa depan sendiri

kau dan aku kini berbeza
sayang, terima kasih...
kau tetap dihati walau aku telah dimiliki...
(Nukilan 11.12.13)


Friday, December 6, 2013

Rentetan dari kekusutan

Sedang aku bersila di atas katil sekarang, aku rasakan semacam dengan perut aku. rasa nak muntah. loya. pening..semua ada.

jam telah menunjukkan 11.38 malam. mata sudah mengantuk. kalau ikutkan, aku mahu saja bertahan melayan Maharaja Lawak 2013. namun, apakan daya setelah nabil membuat kelakar yang kurang menyengat, aku angkat kaki, masuk bilik. menjengah ke tingkap..satu-satu kereta lalu..oh, malam masih muda juga rupanya.

kata2 dalam hati, tidak berhenti disitu. fikiran aku menerawang entah ke mana..aku mengambil selimut terus membaluti diriku.
aku terus bertanya dalam hati "Kalau karaoke malam ni best jugak. tapi sapa nak teman??". "Teringin pula lepak di Pak Li Kopitiam, tapi ada ke kawan??". Oh, akhirnya aku meluahkan rasa bosan. Bosan. bosan. bosan.

Loya masih lagi terasa...minyak angin menjadi peneman aku malam ini.

Tahukah kalian, mahu saja aku menjerit menghilangkan kekusutan yang melanda aku ketika ini??. Rancangnya, mahu saja aku pergi menjengah lautan luas, pantai yang putih esok hari...Tapi. mampukah aku keseorangan??

Apalah yang aku membebel malam2 buta. penulisan itu suatu yang subjektif...aku kesorangan malam ini...