I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Friday, March 7, 2014

PROSES KEMATANGAN

Just nak bercerita dan kalau ada pengajaran yang boleh diambil, ambillah..

Bismillah...

huuuh! macamana nak mula yer?
ok..macam nie. pada 2.3.2014 aku dan suami sambut anniversary yang ke 2. Alhamdulillah. walaupun belum ada cahaya mata lagi, tapi SYUKUR... Bahagia sampai sekarang.

ok, mukadimah cukuplah tu... Apa yang aku nak ceritakan disini hanya macam perkongsian pengalaman.

Di awal perkahwinan itu biasa bila pasangan pengantin habis duit lps buat kenduri kahwin. itu biasa. Nak ke preparation kahwin tu pun, banyak giler kot duit dah dilaburkan. Pengangkutan (minyak kereta + tol +tiket flight) bagi yang jarak jauh macam aku dan suami... dan macam2 lagilah... So, kesimpulannya: memang banyak duit habis.

Selepas siap majlis, perancangan mcm2..senang kata, secara ringkasnya ada pasangan yang baru berkahwin, tercari2 sumber kewangan untuk meniti hari2 seterusnya. Mana yang memang mengumpul (menyimpan duit tu- alhamdulillah..). Aku pun tak terlepas dari tu. Sama je dengan kebanyakan orang.

Dan secara honest, niat utama aku berkahwin adalah mahu hidup senang. maksud aku...ada suami, suami tanggung makan aku, aku akan dapat duit saku, dapat duit beli baju, kasut idaman, dan macam2 lagi. Satu lagi aku tak nak orang asyik bertanya kat aku 'Suraya, bila ko nak kawen?' 'Wawa, ko nak kawen bila? bila aku nak makan nasik minyak? Hah! kan dah bingit telinga tu. So, tak lama aku kenal dgn suami, tak sampai setahun pun, aku dah tunang dan terus kawen.

Bila bercakap tentang jangkauan dan jangkaan, tentulah aku mengharapkan yang tinggi2, yang best! (dari segi kewangan). tapi aku tak sedar yang aku tak berpijak di bumi yang nyata. Setiap orang ada turun naiknya....dari kehidupan melarat bertukar senang. Dari Senang bertukar kaya. Dari kaya bertukar mewah.

Tapi, bila aku tak dapat apa yang aku jangka dan apa yang aku mahukan, reaksi aku??. tentulah aku yang panas baran ni melenting tanpa memberi ruang untuk suami menjelaskan keadaan. itu di awal perkahwinan.

Aku pernah meninggi suara dengan suami, suruh dia carik duit lebih...suruh dia kerja malam pulak. tak kisah kerja apa. yang penting dapat duit/ (aku kalau menegur, tak pandai berhemah- thats why aku lebih suka berdiam dari berkata2 sekarang). Dia hanya diam dan tak pernah lawan balik. after that, lepas banyak kali aku buat perangai macam tu, aku yang serba salah. Sebab apa? -sebab aku meninggi suara pada suami (itu satu). dua (aku dah lupa bahawa itu suami aku- dia tahu tanggungjawab dia-knp aku nak ajar?) tiga- sebab aku dah derhaka dengan dia. Dan macam-macam lagi dalam setahun kami berkahwin.


walaupun dia tak pernah kata 'sampai hati mama cakap macam ni dengan papa', kenapa mama jadik macam ni sekali, kenapa mama kurang ajar?. NOP! suami aku tak pernah..sesekali berkata apa2. dia diam dan kata ok mama..papa usahakan.

so, sebagai isteri yang dah buat salah, tentunya rasa sebak sebab buat suami sampai macam tu.( nampak tak, suami yang lembut dan sabar- boleh melemahkan hati isteri yang keras macam batu). Aku menangis tak henti2, bila aku sembahyang, berjurai2 airmata. apalah guna tonggak tonggek aku sembahyang kalau suami aku terluka? apalah guna aku baca al quran sejuzuk satu hari tapi tak hormat suami?.

Maka dengan itu..aku banyak kali mintak maaf. dan banyak kali jugak, aku ulang kesalahan yang sama. Apa yang aku dapat bila aku buat macam tu kat suami?. Aku dapat KERISAUAN, HATI KACAU, TAK TENTU ARAH HIDUP SEHARIAN, DAN TIDAK TENANG. Bila nak solat, nampak salah aku dgn suami.

akhirnya, satu hari masa aku balik ke sabah, bercuti  tahun lepas, aku mendengar luahan suami. cerita dia... yang akhirnya menyedarkan aku. (tak perlulah aku memberitahu apa yang dia ceritakan). aku memeluk erat dia, sambil dia menangis di hadapan aku. aku peluk suami aku..dan aku katakan pada hati aku.."maafkan mama. mama pentingkan diri sendiri. mama pikir masalah mama jer. mama tak pernah tanya masalah papa. apa yang papa nak...maafkan mama!!) aku cuma menjerit dalam hati dan ikut menangis. sedih masa tu aku tak dapat bayangkan.

Masa suami aku tidur, aku renung muka dia. aku cium dahi dia. tak semena, air mata aku mengalir..aku pegang erat tangan dia, aku cium dahi dia. mama sayang papa. mama tak tahu semua ni..dan selepas2 tu, aku akan selalu tgk dan renung muka suami aku bila masa dia tidur(dia xsedar menda dah..hihihi)

---

Kini, suami aku alhamdulillah.... biarlah orang kata, susah2 dulu, senang kemudian. nah, dia kata, apa yang aku buat dulu, adalah cabaran bagi dia... Baru aku perasan, aku telah mencabar ego seorang suami dikala aku marah! berdosanya aku...dan sehingga aku menaip ni pun, airmata aku tak henti2 lagi td...

Sekarang barulah aku tahu betapa sabar dan lembutnya suami aku mendidik aku. dan ada masa jugak aku pun membimbing dia. sama2 mengingatkan. aku tak pernah mengaku aku dan suami ni perfect. baik giler. no, sebab proses pembelajaran ilmu rumahtangga ni akan berterusan sampai akhir hayat kami. aku pun skrg cuba kurangkan sikit tone suara kalo nak menegur dia..aku tak nak dia terguris lagi. dan apa yang aku sedar, bila dah masuk dua tahun nie, aku makin jatuh sayang dan jatuh cinta pada suami aku sendiri. cemburu dan kisah kan dia makin menjadi2. kalau dulu, dia tak sms sangat pun takde hal (sampai mcm tu kan?- siot jer aku..). Alhamdulillah, semakin hari semakin sayang. semakin lama, semakin bahagia.

Dan yang aku hajatkan sekarang ni "ANAK". aku nakkan anak. cuma aku tak tahu bila Allah nak bagi aku rezeki anak. Rezeki dapat suami penyayang, lembut, sabar -dah dapat. Rezeki senang dan mampu- alhamdulillah dah dapat. tinggal rezeki anak je...

Kalau ada sapa2 yang baca nie, doakan aku dalam hati korang tau.

Sekian...













Syukur

Suamiku , 
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang telah masuk tahun kedua.
 
---
 
saya minta maaf sebab saya bukan romantik
saya minta maaf awak jarang dapat makan masakan yang saya sediakan
saya minta maaf saya jarang ada bersama awak dikala sakit
saya minta maaf saya jarang ada dikala awak memerlukan saya
saya minta maaf adakalanya saya menduga kesabaran awak
saya minta maaf awak letih dan penat berusaha untuk saya
saya minta maaf kalau saya banyak sakitkan hati awak
senang kata, saya MINTA MAAF diatas segala-galanya...


---

awak kenal saya 3 tahun macam awak dah kenal saya 10 tahun
awak kata, zahir batin saya awak dah masak sangat
Senang kata, TERIMA KASIH diatas segalanya

---

awak ingat tak awak bg lagu Doaku Untukmu sayang?
Lagu tu saya 'pegang' sampai bila-bila.

---
Benarlah macam awak cakap,
Ranjau Duri setia antara kita adalah banyak kepada saya.
awak jangan risau, saya akan jaga diri saya, ego awak, maruah awak sebagai suami.


---
Suamiku, bila aku rindu padamu, 
aku akan menangis dalam hati dan airmata akan mengalir senyap...
Dikala aku memerlukan mu, kau juga jarang dengan ku..
Dikala aku mengharapkan pelukan mu, aku jarang berharap...
Aku jarang berharap yang tinggi kerana aku tahu dan sedar JARAK KITA JAUH...

SEKALI LAGI, SELAMAT ULANG TAHUN KE 2 KITA..
MOGA KITA SALING SAYANG MENYAYANG DAN SALING MEMBIMBING...
SEMOGA ALLAH MEMAKBULKAN DOA KITA YANG UTAMA IAITU ANAK DAN UMRAH..



---

Sayang sampai akhir hayat. Insya Allah. Amin.