I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, February 6, 2013

PENGACARA MAJLIS 2- motivational talk with ida nerina

Alhamdulillah, ada gak kesempatan 'update' blog nie...
bukan apa, kesibukan yang org tak nampak kita sibuk :)

So, hari ini aku nak kongsi lagi tentang teks pengacaraan yang telah aku buat untuk sebuah ceramah motivasi.
Mesti ada yang tanya, ceramah motivasi pun nak ada teks2 jugak ker?. jawapannya: mestilah ada der.. Kitakan ada penceramah jemputan..kalau yang bagi ceramah tu kaum keluarga kita, tak payah kot. makanya, Bos aku bercadang untuk menjemput nama besar jugaklah dalam industri seni iaitu ida nerina. (Pelakon, pengacara, pengarah n etc lah...)
So knp perlu ada teks lagi?  sebabnya, kita kene bagitahu sikit tentang latar belakang. benar, dia orang yang dikenali..tetapi maybe tak semua yang kenal. its ok kalau kita kenalkan dia. then, satu lagi... selidik betul2 personal dia (privacy jgn ganggu ok??) hehehehe..jadi mana yang tak pro mcm aku, perlu ada teks. takut tersilap..:). (nah! walaupun ada teks! aku tersalah sebut nama dia..Ida nerina kata nama i sebutan yang betul bukan i-da nerina but i (ai) da nerina. i lahir kat us..so perasan omputih...(dia gelak...selorohlah tu..)..
quite kelakar jugak IDA NERINA ni. Semangatnyer kuat dan kental...

gambar taken from: TQ KAK IRA :)

KENAPA PERLU ADA TEKS LAGI, LAGI? sebab, ada org kenamaan yang databg. kita mestilah mengalu2kan  kedatangan mereka...

ok, dah banyak gak cerita kat atas, so kat sini ada teks. harap dapat membantu kawan2 yer..ada ilmu, kita share..sharing is caring kan?? hihihi.

**ada pantun di dalam nie, yang saya ambil dari internet..tapi saya lupa mana saya ambil..iflah owner ada terperasan, saya mintak maaf...tak silap, saya ada mohon guna pantun nie..TQ Owner pantun :)
** teks tak begitu formal kerana request dari bos saya :). mula2 tu kenelah ada protokol sebab yg bhg dato' pengarah JKR Selangor datang..:)


9.00 pagi /
14 januari 2013
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin.. wassolatu wassalamuala ashrafil anbiya iwarmursallin.. wa’ala alihi wasohbihi ajmain. rabbish rahli sodri wayassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqauhu qauli.


PEMBUKAAN ACARA
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan masa untuk mendengar satu ceramah motivasi yang bertajuk (Forced Innovation- A Personal Journey) yang bakal disampaikan oleh seorang personality terkenal.
Bagi memberkati majlis ini, marilah kita bersama-sama membaca Ummul Kitab…. Al Fatihah…….
Amin, amin yarobbal alamin.. semoga majlis kita ini akan mendapat keberkatan Allah hendaknya…
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera…
Yang Dihormati, Dato’ Ir Abdullah Bin Abd Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor.
Yang Berbahagia Tuan Ir. Abd Hamid Bin Md Daud, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor.
Yang Berusaha Sr. Norshimah Binti Meon, selaku penganjur majlis pada pagi ini, Ketua-ketua Bahagian JKR Selangor, Puan Penceramah yang dihormati iaitu Pn. Ida Nerina, tuan-tuan, puan-puan  dan para hadirin sekalian.


UCAPAN
Kalau ada dato’ Pengarah….
Bagi memulakan majlis, majlis dipersilakan Yg Bhg Dato’ Pengarah JKR Selangor untuk memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan pembukaan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan Yg. Bhg Dato’….
Terima Kasih Kepada Yg Bhg Dato’ di atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
KATA-KATA MULA




Para hadirin sekalian,
Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bernafas dengan tenang, bergembira meraikan kejayaan, merasa sedih diatas kehilangan, senang kata kita masih mampu menikmati kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Bagi insan kerdil seperti kita, kita senantiasa mahu melakukan perubahan yang baik dari hari ke hari..Kita bukanlah sesempurna mana, namun kita berhak menjadi yang terbaik kepada majikan, keluarga, Negara khususnya.
Perubahan dalam kehidupan adalah sesuatu lumrah yang tidak dapat dielakkan. Kita perlu sedar bahawa perubahan ada kalanya datang dengan perancangan rapi, ada ketika terjadi tanpa diduga. Persoalannya, Apakah  Perubahan itu satu kemestian untuk mengecapi nikmat kehidupan?
Bagaimana pula jika kesempurnaan berakhir ditengah jalan, adakah kita bersedia untuk menempuhi ujian yang datang? Mestikah kita melalui satu gelombang perubahan yang mungkin datang tanpa kita diberi pilihan?
Semua ini adalah antara persoalan persoalan yang seringkali menghantui kita …dan dalam usaha kita memotivasikan diri , melengkapkan minda dan mempersiapkan diri dengan arus perubahan ……marilah kita bersama-sama mendengar pengalaman seorang insan tentang kesediaan beliau melakukan perubahan yang perlu dilalui dalam satu kehidupan dimana keselesaan dan kesempurnaan seseorang mengalami perubahan yang tidak terduga dalam persekitaran yang memerlukan perubahan dilakukan.
PENGENALAN IDA NERINA
Penceramah kita pada hari ini adalah seorang personality yang dikenali ramai. Beliau tidak lain, tidak bukan, Personaliti Pn.Ida Nerina. Sebelum itu, sedikit info tentang latar belakang beliau..
Pn. Ida nerina hussain atau lebih dikenali sebagai ida nerina adalah seorang pelakon, penerbit dan pengarah yang telah memulakan karier pada tahun 1990-an dan telah memenangi beberapa anugerah di dalam industry seni.
Malahan, pada tahun 2008, beliau telah terpilih untuk menyertai Amazing Race Asia musim ketiga bersama rakannya dan telah mengharumkan nama Malaysia dengan  mendapat tempat ketiga di dalam rancangan realiti tersebut. Syabas kepada Pn. Ida Nerina.
Saya difahamkan semalam adalah hari lahir puan ye?. Tidak lewat rasanya untuk kami mengucapkan Selamat hari lahir kepada puan. Semoga puan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Ye Yg Bhg Dato, Tuan-tuan dan puan-puan, semangat yang kuat serta usaha berlipat ganda untuk pulih dan bangun seperti itulah yang telah membawa beliau ke sini. Kami bawakan PN. IDA NERINA untuk menyampaikan ceramah MOTIVASI yang bertajuk Forced Innovation- A personal Journey.
SELESAI CERAMAH:
TERIMA KASIH KEPADA PN. IDA NERINA
Terima kasih kepada pn ida nerina diatas ceramah yang telah disampaikan itu tadi…
ULASAN
Setelah kita mendengar kisah hidup puan penceramah, apakah kita masih lagi tidak mahu berganjak ke hadapan dan bangun untuk berubah kearah yang baik?. Nilaikan pandangan negative orang lain kepada kita dgn satu pandangan yang positif..
Sedikit panduan pengukuhan iman bagi pekerja seperti kita yg telah saya ambil dari tulisan Dr. Sharifah hayati syed ismail, Berita Harian, Sabtu lalu. Pekerja yang baik haruslah
1)   Memperteguhkan niat kerja untuk mendapt keredhaan Allah supaya kerja tidak sia2.
2)   Teguhkan hati dan akal dengan sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap titik peluh dan usaha adalah suatu ibadat, sedekah serta penghapus dosa.
3)   Kukuhkan nilai baik dan mengikis nilai buruk dalam diri
4)   Menerima dengan sabar serta redha akan sesuatu yang diperolehi s/ada suka atau tidak setelah ia diusahakan dalam proses kerja
5)   Menganggap setiap hari adalah hari yang terbaik seprti Jumaat dan setiap bulan adalah bulan yang paling mulia seperti Ramadhan untuk memotivasikan diri merebut kebaikan pada setiap masa dan ketika.
6)   Membayangkan seolah2kerja kita hari ini adalah kesempatan usaha yan terakhir kerana dengan mengingati mati dapat menghidupkan hati.
Justeru, sebagai pekerja Muslim yang berazam kearah profesionalisme marilah kita menguatkan hati dan minda dengan pengukuhan iman sepanjang hayat.
SOALAN PESERTA
Majlis berbesar hati menjemput para hadirin yang ingin mengajukan soalan-soalan kepada puan penceramah kita..Dipersilakan
HADIAH KEPADA YANG MENGAJUKAN SOALAN
Dipersilakan puan..Sila puan beritahu nama dan seterusnya soalan puan.
a)   Diminta sahabat saya untuk memberi hadiah kejutan kepada Pn.  ............      .
CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH
Majlis berbesar hati menjemput Yg Bhg Dato’ untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn. Ida Nerina.
Terima Kasih kepada Yg. Bhg Dato Pengarah JKR Selangor.
PENUTUP 1




PENUTUP 2
Madah diungkap santun biCara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara Pohon diampun seikhlas hati

Tari beradat langkah bertingkah Kalung suasa menghias dada Tiba saat kita berpisah Cemerlang ditingkat jemu tiada

Tamatlah sudah sesi ‘2 jam’ kita pada hari ini.
Saya dan juga bagi pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn penceramah kita, Pn. Ida nerina dan juga kepada semua yang memberi sokongan untuk hadir pada hari ini. Semoga liku-liku perjalanan kehidupan yang telah Pn Ida lalui  dapat membakar semangat kita semua untuk menghadapi perubahan di dalam liku liku kehidupan seharian.…
Akhir kata dari saya ‘KEKUATAN TIDAK SEMESTINYA DARI KEMAMPUAN FIZIKAL, TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH”
Wabillah…..wslm wbt…


2 comments:

  1. assalam..ehem mesti suara suraya sedap sbb tu bolih jadi pengacara majlis.. Tahniah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mama..takde sedapnyer..cuber2 jer nie..insyaallah, kalau digilap lg bakat yg ada..:)

      Delete