I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Monday, February 13, 2012

Airmata

1) Aku dengar lagu "Pada-Mu aku Bersujud"- Afghan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Dalam kesayuan muzik lagu tu..aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu , mengulas tentang semua yang berlaku sepanjang aku berada di kampung.
Berada di samping mak, aku rasakan seperti aku akan jauh dari mak bila aku kawen. aku rasa, kalau aku jauh...siapa teman mak untuk bercerita. . siapa teman mak unutk kesana kemari?. jawapan orang lain "mak ko kan dah kawen, ada suami. biarlah suami dia yang temankan.."

kalau jawab aku "adakah korang percaya suami mak boleh menjaga mak  sebaiknya?. " Dosa aku kan, kalau di benak fikiran aku berkata macam tu?. yup! aku berdosa kerana syak wasangka yang tidak baik. tapi, siapalah aku untuk sentiasa berfikiran positif pada org yang tibe2 datang dalam hidup kami.

Dalam seminggu itu juga, tersentap hati aku bila ada yang memepertikaikan aku. katanya "Boleh ker zura jaga ko, tam?. ko ingat dia boleh jaga ko sampai bila2?. dah ada suami ni, alhamdulillah. nasib baik ko kawen. kalo ko tak kawen, entah dibuang mcmana ko tu..".

Kalau mereka2 yang berkata begitu mampu menghamburkan kata2 tu pada aku, depan aku..aku akan berdiri menjawab. tapi sayangnya, mereka tidak berani langsung bercakap macama tue...**aku sinis**
.

Perlu ker aku menerima kata-kata tu..? . terang dan jujurnya, aku takkan terima sampai bile2. namun, aku cuba bersabar...
Aku anak mak, aku anak mak yang sentiasa sanggup susah kerana mak. aku anak mak yang sanggup mati kerana mak. tapi knp org menilai aku tak mampu jaga mak?. sampai hati...nak menitis airmata aku. kalau korang?. korang boleh terima ker?.

dulu, ada yang cakap dengan aku. Biarkan mak ko kawen, zura. ada org jaga dia. ko tak payah risau." yang cakap nie, tak rasa apa yang kami rasa. kau masih boleh bercakap segala kata2 tue, sebab ko tak rasa apa yang aku hadapi.  akhirnya aku izinkan mak kawen..takperlah, yang penting ada org jaga mak. bodoh sangat ker aku sampai tak boleh nak hormat org tua?.
yang bercakap tu tak rasa mcmna bila dah lama tak ada ayah dalam rumah, tibe2 ayah baru datang... Terus terang, aku tak seperti dulu bila balik kampung. aku tak seperti dulu. dulu...arghhh! buat apa aku mengungkit apa yang dah jadikan?

tapi, satu jer...aku masih marah knp org mempertikaikan aku boleh jaga mak ke tak. AKU ANAK MAK!!!! AKU MASIH ADA MAK!!! BIAR AKU DENGAN MAK AKU!!!!

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu