I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Friday, December 6, 2013

Rentetan dari kekusutan

Sedang aku bersila di atas katil sekarang, aku rasakan semacam dengan perut aku. rasa nak muntah. loya. pening..semua ada.

jam telah menunjukkan 11.38 malam. mata sudah mengantuk. kalau ikutkan, aku mahu saja bertahan melayan Maharaja Lawak 2013. namun, apakan daya setelah nabil membuat kelakar yang kurang menyengat, aku angkat kaki, masuk bilik. menjengah ke tingkap..satu-satu kereta lalu..oh, malam masih muda juga rupanya.

kata2 dalam hati, tidak berhenti disitu. fikiran aku menerawang entah ke mana..aku mengambil selimut terus membaluti diriku.
aku terus bertanya dalam hati "Kalau karaoke malam ni best jugak. tapi sapa nak teman??". "Teringin pula lepak di Pak Li Kopitiam, tapi ada ke kawan??". Oh, akhirnya aku meluahkan rasa bosan. Bosan. bosan. bosan.

Loya masih lagi terasa...minyak angin menjadi peneman aku malam ini.

Tahukah kalian, mahu saja aku menjerit menghilangkan kekusutan yang melanda aku ketika ini??. Rancangnya, mahu saja aku pergi menjengah lautan luas, pantai yang putih esok hari...Tapi. mampukah aku keseorangan??

Apalah yang aku membebel malam2 buta. penulisan itu suatu yang subjektif...aku kesorangan malam ini...