I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, January 18, 2012

Merepek

anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....

mengapa dikenang.

LIRIK LAGU aLLAYARHAMAH sALoma tibe-tibe keluar dari ujung bibir aku.
Dah lama tak dengar lagu nie.
Aku search n jumpa dah! aku dengar...
sedih pulok tibe2.
aku ni kadang2 tersuka lah emosi disebabkan lagu.


asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....

mengapa dirindu.



mENGIsi ruang-ruang kosong dalam otak fikiran
knp perlu dikenang yang lama?
sedangkan kehidupan kini terlalu menarik untuk dilalui.

bakal menjadi seorang isteri
en. tunang kata "jangan jadi org degil, mama"
ouCh!


Pesanan ringkas en tunang before aku meninggalkan dia di airport tempohari.
tepat pandangannya, 
dalam maksudnya,
maka benarlah bagai dikata seperti ini :

"berapa lama lagi kita nak kahwin mama?"
aku kira, kira, kira..lebih kurang dalam 45hari lagi.
"45 hari lagi, papa". 
"papa nak mama jangan keluar jauh-jauh..pergi sana, pergi sini tak payah jauh2"
"kalau nak makan durian, jgn pergi perak. kol papa, papa bank in duit, makan jer kat shah alam"


panahan mata aku tepat kearahnya.
mulut ku herot sikit kekiri. aku mencebik sikit jer..hahah


apa punya pesanan tue? tapi betullah dia kata. 
darah manis, jgn kemana2 dah.
takut apa-apa jadi . majlis dah nak dekat kan?


nota: akhir-akhir ini, aku celaru +sedikit bingung dek kerana aku nak kahwin ker?
atau apakah sebenarnya? kpd yg membaca, terimalah seadanya aku yang kdg2 suka merepek kerepek..:)


http://loscuatroojos.com/2008/06/01/still-in-hospital-dizzy-and-itchy/


Taste of Asia

Gambar Kuew Teow tadi cantik
lantas aku memilih untuk dijadikan hidangan
hermm, ku tatap dan membau
ermm, seperti sedap.
mataku menjeling nasi ayam yang tak jauh dari depanku
hehehehe..tunangku adakah kau tau?

aku mahu itu..apa itu?
nasi ayamnya...huhuhu
maka, apakah fungsi kuew teow tadi?
aku rasa juga dan makan terusnya
makan dan makan..
dan masih biar tunangku menyantap nasi ayamnya...
akhir sekali..
ku katakan masin pada kuew teow itu
dan menjamah nasi ayamnya
masam pula sambal nasi ayam..
oh sudah...
akhirnya kuew teow itu?