I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Tuesday, January 3, 2012

Cinta itu membunuhku...


Suatu ketika, cinta itu indah. Apabila dilalui tanpa tujuan yang suci, ia cukup membunuhku...

Bisakah cinta ini membunuh ku? Bisakah ia membuat ku berantakan?
Nyatanya aku sengaja mencoretkan sedikit kenyataan dan imaginasi yang merupakan impian manusia...
Nyatanya aku benar-benar kecewa dengan diriku sendiri. Menyintai seseorang dengan sepenuh hati. Memberikan jiwa raga tanpa sedikit ragu. Aku membodohkan diri dilamun cinta seorang lelaki. Buta hati, buta mata. Aku buta dek cinta dia. Dia membiarkan aku khayal dibuai indah bersamanya tanpa aku menyedari hakikat cinta itu tidak selalunya harum. Lama-lama boleh menjadi kudis dalam hati.
Buat pertama kali aku berkenalan dengannya, aku merasakan perkenalan itu cukup indah. Sentiasa ada bersamanya. Menginjak 2 tahun, aku mulai rasa ada sesuatu yang perlu aku tahu. Dia tak mampu untuk hidup bersama aku. Namun, disebabkan cinta yang mendalam aku cuba mengharunginya dengan sepenuh hati. Ketika itu, kasih sayang adalah landasan hubungan cinta. Duit?. Tak menjadi masalah. Biarlah aku dihujani dgn kasih sayang tidak mengapa. Berhempas pulas sendiri untuk memenuhi keperluan aku dan dia, aku tak kisah. Buta hati betul. Sehinggalah perkenalan ini menginjak ke tahun yang keempat. Bagaikan laut yang tenang dulu, menanti badai melanda. Sungguh tak dapat aku mengagak, apakah yang sedang berlaku?.
Aku atau dia yang bersalah. Dia selalu meluahkan rasa cinta, mahu menjaga aku. Tak mampu melupakan kenangan yang telah tercipta sekian lama. Berjanji mahu menyenangkan aku. Lantas, aku percaya. Namun, sehingga bila mampu aku bertahan?.
Apakah yang dia mahu dalam sesuatu hubungan?. Tahukah dia, sampai bila hubungan ini mahu didasari dengan kasih sayang dengan zaman yang semakin menggila menuntut semua manusia berlumba-lumba mencari kesenangan hidup?!. Aku meronta, dia juga. Dia sedar dengan perubahan aku. Namun, aku hampa..dia masih sama.
Akhirnya, aku dan dia memilih jalan hidup kami masing-masing. Tidak sehaluan. Tidak sefahaman. Tidak sebulu. Tiada lagi cinta. Tiada lagi kasih. Tiada lagi jujur. Ini kerana, belum pun aku dan dia sah berpisah, dia telah meraih cinta baru yang dirasakan mampu membahagiakan dia. Mampu menurut saja kehendaknya. Mampu susah senang bersamanya.
Aku?. Cukuplah aku mengharungi hubungan kami selama 4 tahun. Cukuplah dia membunuh hati kecil ini. Selalu berdarah Cuma tidak Nampak. Selalu sakit Cuma tidak jelas dengan pengucapan yang dilontarkan ketika senyum terukir. Cukuplah!
 Bukan tidak ikhlas bersamanya untuk susah dan senang. Apa yang dicari selama ini makin kelam. Jalan senang apabila saling menyokong semakin rabik. Tercariknya hati ini. Adapun sakit dengan perpisahan ini, aku redha dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya, aku dan dia memang tiada jodoh. Dia akan menjumpai yang terbaik begitu juga aku.
Bukan untuk mengungkit apabila tersiarnya naskah ini. Cuma ia sedikit luahan hati yang rabak, tercarik, terluka dek kerana seorang lelaki yang tidak mengerti akan nilai hubungan cinta antara manusia bernama lelaki dan perempuan..