I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, January 25, 2012

Apa-apa list...

Kenduri
*barang kering- Done!
*barang basah
*polisterin- mangkuk sup, mangkuk bubur, pinggan, cawan

Mak andam
*confirmkan baju-Not yet (28.1.2012 will be confirm)
*pakej mak andam : mekap, pelamin, Dekorasi makan damai, dekorasi bilik tidur, baju 2 persalinan (nikah & Sanding), Kamera, Hiasan Pintu Gerbang, selain beberapa kelengkapan.


Kad kahwin
*4.2.2012: siap-Done!

Khemah
*3 khemah - Done!

Goodies
*Terkapai2 nak buat camner..adoi!!

Hantaran-hiasan
*en tunang bg kat saya- Done!
*Aku bagi En. Tunang- Not yet! sedang berfikir2...

Pengapit aku lah...
siapa nie????adoi.... lagi!

yang penting tu yang belum buat. hah! apa dia?  
1) urusan menikah dan dinikahi..adoi..en. tunang, kasik cepat pos yer...takkan nak buang cuti kot?? huhuhu


Wednesday, January 18, 2012

Merepek

anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....

mengapa dikenang.

LIRIK LAGU aLLAYARHAMAH sALoma tibe-tibe keluar dari ujung bibir aku.
Dah lama tak dengar lagu nie.
Aku search n jumpa dah! aku dengar...
sedih pulok tibe2.
aku ni kadang2 tersuka lah emosi disebabkan lagu.


asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....

mengapa dirindu.



mENGIsi ruang-ruang kosong dalam otak fikiran
knp perlu dikenang yang lama?
sedangkan kehidupan kini terlalu menarik untuk dilalui.

bakal menjadi seorang isteri
en. tunang kata "jangan jadi org degil, mama"
ouCh!


Pesanan ringkas en tunang before aku meninggalkan dia di airport tempohari.
tepat pandangannya, 
dalam maksudnya,
maka benarlah bagai dikata seperti ini :

"berapa lama lagi kita nak kahwin mama?"
aku kira, kira, kira..lebih kurang dalam 45hari lagi.
"45 hari lagi, papa". 
"papa nak mama jangan keluar jauh-jauh..pergi sana, pergi sini tak payah jauh2"
"kalau nak makan durian, jgn pergi perak. kol papa, papa bank in duit, makan jer kat shah alam"


panahan mata aku tepat kearahnya.
mulut ku herot sikit kekiri. aku mencebik sikit jer..hahah


apa punya pesanan tue? tapi betullah dia kata. 
darah manis, jgn kemana2 dah.
takut apa-apa jadi . majlis dah nak dekat kan?


nota: akhir-akhir ini, aku celaru +sedikit bingung dek kerana aku nak kahwin ker?
atau apakah sebenarnya? kpd yg membaca, terimalah seadanya aku yang kdg2 suka merepek kerepek..:)


http://loscuatroojos.com/2008/06/01/still-in-hospital-dizzy-and-itchy/


Taste of Asia

Gambar Kuew Teow tadi cantik
lantas aku memilih untuk dijadikan hidangan
hermm, ku tatap dan membau
ermm, seperti sedap.
mataku menjeling nasi ayam yang tak jauh dari depanku
hehehehe..tunangku adakah kau tau?

aku mahu itu..apa itu?
nasi ayamnya...huhuhu
maka, apakah fungsi kuew teow tadi?
aku rasa juga dan makan terusnya
makan dan makan..
dan masih biar tunangku menyantap nasi ayamnya...
akhir sekali..
ku katakan masin pada kuew teow itu
dan menjamah nasi ayamnya
masam pula sambal nasi ayam..
oh sudah...
akhirnya kuew teow itu?


Thursday, January 12, 2012

Dia, seorang sahabat

Sambil menyemak Arithmetical Error nie, aku ternampak2 seseorang yang rapat dengan aku. sepanjang beberapa tahun mengharungi hidup bersama, susah senang aku, dia ada. nangis, gelak tawa aku dia ada. Sebak rasa untuk meninggalkan alam bujang. bukan aku tak nak berkahwin, just aku menganggap ini adalah cabaran bagi aku.
mempunya sahabat yang benar2 rapat dengan kita, kadangkala kita akan tertanya, apakah yang berlaku kemudian hari? adakah perjalanan masa bujang sama bila kita dah berkahwin?(tidak sama sekali). Oh ya, aku rasa mmg takkan sama dengan sekarang. Akan datang, aku kene degar cakap suami (yang baik), nak buat apa-apa kene mintak izin, dalam erti kata (syurga ku dibawah telapak kaki suami).
mungkin ada yang ragu-ragu, knp persoalan nie makin kerap menghantui aku, sebab, aku adalah seorang yang berdikari. dari dulu, mmg aku selalu berjauhan dengan keluarga sementelah aku adalah anak sulong dalam keluarga. jadi, apa yang aku nak, aku cari sendiri...
masalah kecil, masalah besar, aku sendiri. tapi mak ngan ayah sentiasa mendoakan aku. dan kerana itulah aku masih lagi boleh berdikari.(ecehhh, ayat....!heheheh).
jadi, bila aku ada suami akan datang, adakah aku masih lagi berdikari sendiri, pikir pasal kereta sendiri2, pikir pasal duit sendiri2, pikir pasal macam2 yang aku dah kene pikirkan? hahahha...(oh Allah, apakah aku pada masa akan datang?)
Sambil itu aku berdoa, semoga seseorang yang sedang aku fikirkan, sentiasa mengingati aku bila aku dah sah menjadi isteri kepada en. tunang. Sebagai sahabat, aku takkan melupakan dia. waima aku dah jauh terbang ke Sabah (mungkin tidak tahun ini, tahun depan?) mengikuti suami.

untuk Sahabat ku Apple Hijau

Apple Hijau,

terima kasih banyak2 dengan adanya kamu
bersama-sama mengharungi liku bersama aku
tetap bersama walau aku berada dalam keadaan mana sekalipun

Apple Hijau,

aku mahu kau tahu
tiada kawan2 yang setanding dgn kamu,
kamu hanyalah kamu...


Pic dari En. Google

Monday, January 9, 2012

SUARA BOS

pandang bawah kepala aku sakit
pandang depan pun kepala aku sakit
gelap terang, terang gelap penglihatan
aku pening, aku pening..
semakin lama duduk di opis nie
makin aku rasa sakit pendengaran
dengar tak dengar, mmg aku dengar
nyaringnya suara itu...
oh, siapakah empunyanya..
makin tak boleh lagi diterima aku..
oh, rupanya itu suara raksasa "bos aku" daa...

Sunday, January 8, 2012

Hari ini hari Isnin

Assalamualaikum kpd yang sudi membaca entri aku. Thanks juga kepada yang sudi klik kat blog aku ni. (Kadang-kadang, aku nie sengal sikit tapi tak banyaklah).  Kejap nanti aku, kejap nanti saya, jadinya mana yang sudi membaca jgn pening yer. biasalah kadang-kadang penulisan kita nie perlu kot di re check. entah typing error ker, salah penggunaan bahasa ker kan?. walau apapun, aku tetap menyokong dunia blog memblog nie.
apa kejadahnya menceceh nie?.

Baiklah, hari ni diam tak diam dah 9.01.2012. sekejapnya..betullah tanda2 nak akhir zaman nie...kejap jer masa berlalu. pejam celik, pejam celik aku pun dah berumur 27 tahun. Mak aku pun dah hampir 2 tahun berkahwin. Dah setahun lamanya tak jumpa adik2 lelaki aku. apatah lagi ayah aku. sama umurnya mcm aku tak jumpa adik2 lelaki...

Aku pun seolah2 tak perasan yang aku hampir ke garis penamat sebagai orang bujang. Al maklumlah, bz sesangat. Kalau tahun lepas. study n kerja part time, sekarang bz kerja full time n bz tah hapa2 tah...(boleh pulok? daaa....:)

lately, dalam 2 minggu ni jugak, hati aku tak keruan. mcm ragu2 untuk menempuh alam rumahtangga. apakah perasaan ini memang semua bakal pengantin akan rasa? apakah perasaan ini sengaja diberikan oleh Allah hanya sebagai ujian?. banyak lagi sebenarnya persoalan dalam fikiran. cuma tak mau diluahkan jer. sebab apa, takut kalau2 ada yang membaca entri ni terkecil hati. (mak tak suka memujuk dan menjelaskan...ok?)

Selamat tahun baru tahun 2012 bersamaan 1433H (masih lagi). sekiranya tidak ketinggalan lagi, aku sekali lagi nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012!!!!. semoga dengan munculnya tahun 2012 ni, bnyk lagi yang kita cuba improvekan dalam hidup kita. 

semalam, aku kerja part time di abang ayat, aku dapat satu lagi pengajaran hidup dari beliau...Beliau pun adakalanya stres macam aku. tapi stress dia tak derlah menonjol mcm aku. heheeh. Dia kata, (aku olah balik ayat dia erk, sebab aku tak hafal ayat dia camane), kita sebagai manusia nie perlukan makanan kerohanian sebenarnya. Dengar ceramah agama, baca al-quran, orang nasihat tue dengar ~~nasihat yang baik~~, yerlah berbuat kebaikan. sebabnya, nak bersihkan hati...bila hati bersih, pemikiran pun bersih, bila pemikiran bersih, aura2 positif tu akan sentiasa ada dengan kita. Syak wasangka, Murung, Stress Melampau...semua tu takkan ada dalam kehidupan kita. Jadi, amalkanlah gaya hidup sihat...:). Jalan menuju akhirat tak tinggal, jalan kesenangan dunia pun tak tinggal. (Wasotiah).

Kelmarin adalah saat2 getir aku dengan mak. aku ada sedikit pertengkaran dengan mak. then mak balik Johor.(Berdosanya aku buat mak sakit hati)...ermm, tak perlu kot nk bgtau. tapi semalam, salah seorang adik tempat aku kerja menasihatkan aku. "Kak wawa, kalau kita ada masalah dengan mak ayah kita, hidup kita mcm ada 'sial' tau", kataya dalam slang indon. "Apa-apa pun yang kita buat, semua tak jadi. Hati kita tak tenang", tambah E'pet lagi. aku merenung lama ke arah parit depan kedai (tak taulah apa kene mengenanya parit tu dengan emosi aku). hermm, dosanya aku. Lepas dengar nasihat2 dia, aku pun terus capai handset dan sms kat mak " I'M SORRY MAK". mak diam n tak balas. mak senyap. before sms tupun, aku call mak banyak kali tapi mak tak jawab. takperlah, orang tua berkecil hati. takkan lama...aku yang kene minta maaf kat mak bnyk kali..:)
so, kat sini, aku juz nak bgtau, memang hati aku sakit, tak tenang. biarlah salah mak sekalipun, tapi anakkan?. jgn harap hati nak lega kalau melawan mak..maybe, ada yang baca nie, mcm saya. cepat2lah mohon maaf ya. insya allah, hati kita lega walaupon lambat skit mak kita nak maafkan kita .:)
N persiapan kahwin?
Aku tak der hati nak buat persiapan. byk benda yang aku simpan dalam hati ini. Allah saja yang tahu. 
"Ya Allah, aku berserah kepada Mu Ya Allah ".
n, one more..if all of my cousins membaca entri ini, jomlah pakat2 hantar aku ke Sabah 30hb Mac nie. jom meriahkan suasana. tapi tiket tak disponsor...sendiri pergi n niatlah nak berjalan2 @HOLIDAY kat Sabah :). heheheh. And to all my friend like Lily, Lin, Nazrin, Ajat, Hajar, Salleh, Fairuz, Ede n sapa2 yang selalu memberikan kata peransang,  thanks for all Ur support from the beginning kita berkawan sampai sekarang. Especially to Lily. Ur So Sweet! hahahah...

Akhir kata "Allah takkan menduga hamba Nya melebihi kemampuan Hamba Nya sendiri".
Sekian, salam tahun baru, salam membuka lembaran baru. No gossip! No sedih2! Jadikan diri anda , orang yang disayangi :). 
Thanks kerana membaca :)
senyum macam nie yer. ( Imej dari Google )

Tuesday, January 3, 2012

Cinta itu membunuhku...


Suatu ketika, cinta itu indah. Apabila dilalui tanpa tujuan yang suci, ia cukup membunuhku...

Bisakah cinta ini membunuh ku? Bisakah ia membuat ku berantakan?
Nyatanya aku sengaja mencoretkan sedikit kenyataan dan imaginasi yang merupakan impian manusia...
Nyatanya aku benar-benar kecewa dengan diriku sendiri. Menyintai seseorang dengan sepenuh hati. Memberikan jiwa raga tanpa sedikit ragu. Aku membodohkan diri dilamun cinta seorang lelaki. Buta hati, buta mata. Aku buta dek cinta dia. Dia membiarkan aku khayal dibuai indah bersamanya tanpa aku menyedari hakikat cinta itu tidak selalunya harum. Lama-lama boleh menjadi kudis dalam hati.
Buat pertama kali aku berkenalan dengannya, aku merasakan perkenalan itu cukup indah. Sentiasa ada bersamanya. Menginjak 2 tahun, aku mulai rasa ada sesuatu yang perlu aku tahu. Dia tak mampu untuk hidup bersama aku. Namun, disebabkan cinta yang mendalam aku cuba mengharunginya dengan sepenuh hati. Ketika itu, kasih sayang adalah landasan hubungan cinta. Duit?. Tak menjadi masalah. Biarlah aku dihujani dgn kasih sayang tidak mengapa. Berhempas pulas sendiri untuk memenuhi keperluan aku dan dia, aku tak kisah. Buta hati betul. Sehinggalah perkenalan ini menginjak ke tahun yang keempat. Bagaikan laut yang tenang dulu, menanti badai melanda. Sungguh tak dapat aku mengagak, apakah yang sedang berlaku?.
Aku atau dia yang bersalah. Dia selalu meluahkan rasa cinta, mahu menjaga aku. Tak mampu melupakan kenangan yang telah tercipta sekian lama. Berjanji mahu menyenangkan aku. Lantas, aku percaya. Namun, sehingga bila mampu aku bertahan?.
Apakah yang dia mahu dalam sesuatu hubungan?. Tahukah dia, sampai bila hubungan ini mahu didasari dengan kasih sayang dengan zaman yang semakin menggila menuntut semua manusia berlumba-lumba mencari kesenangan hidup?!. Aku meronta, dia juga. Dia sedar dengan perubahan aku. Namun, aku hampa..dia masih sama.
Akhirnya, aku dan dia memilih jalan hidup kami masing-masing. Tidak sehaluan. Tidak sefahaman. Tidak sebulu. Tiada lagi cinta. Tiada lagi kasih. Tiada lagi jujur. Ini kerana, belum pun aku dan dia sah berpisah, dia telah meraih cinta baru yang dirasakan mampu membahagiakan dia. Mampu menurut saja kehendaknya. Mampu susah senang bersamanya.
Aku?. Cukuplah aku mengharungi hubungan kami selama 4 tahun. Cukuplah dia membunuh hati kecil ini. Selalu berdarah Cuma tidak Nampak. Selalu sakit Cuma tidak jelas dengan pengucapan yang dilontarkan ketika senyum terukir. Cukuplah!
 Bukan tidak ikhlas bersamanya untuk susah dan senang. Apa yang dicari selama ini makin kelam. Jalan senang apabila saling menyokong semakin rabik. Tercariknya hati ini. Adapun sakit dengan perpisahan ini, aku redha dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya, aku dan dia memang tiada jodoh. Dia akan menjumpai yang terbaik begitu juga aku.
Bukan untuk mengungkit apabila tersiarnya naskah ini. Cuma ia sedikit luahan hati yang rabak, tercarik, terluka dek kerana seorang lelaki yang tidak mengerti akan nilai hubungan cinta antara manusia bernama lelaki dan perempuan..