I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Thursday, July 30, 2009

tercabarnya sekeping hati luka.........

Pernah satu ketika dulu, dia pernah mengatakan dia akan berkawan dengan mila sampai bila2 walaupun dia dan mila ada keluarga masing2....ya.....sampai sekarang, janji itu masih ditepati...

Namun, sayangnya, janji itu telah berubah...janji oleh seorang kawan menjadi janji seorang teman...
Dia telah mendirikan masjid terlebih dulu..namun Mila dilarang..apakah semua ini...Yang pasti, Mila menurut segala kata-kata dia....

Mila tak boleh bohong yang mila masih ada simpan perasaan istimewa pada dia. Mila tak bohong...cuma, dia dan mila pernah berjanji, masing2 tak akan menganggu kehidupan peribadi masing..waima perasaan istimewa tu sanggup diletak ketepi....

harini, setelah lama dia terikat dengan satu ikatan teman, akhirnya dia 'melepaskan' Mila....namun, untuk menjauhkan diri sebagai seorang kawan sahaja, tidak mungkin.....

Dia sayangkan Mila lebih dari isterinya.....

Tuesday, July 28, 2009

Saguhati untuk Hati yang tak Tenang 2.

Sara terlepas waktu Asar harinie.....Hari sabtu, Sara rasa berat nak kelas....tak tahu kenapa..Badan Sara terlalu letih disamping fikiran yang serabut masih lagi belum usai....

Sara tahu, apa yang berlaku ni, bukan permintaannya...Dia juga sedar, yang dia mampu menolak risalah2 celaka yang bermain dalam kertas kehidupannya...

"Ya, Allah...ampunkan daku yang sentiasa lalai..ampunkan daku dengan segala sifat dan sikap yang jahat yang menerjah dalam hatiku"....(Penulis menggunakan ayat sastera..)...

Secara Ringkasnya,

SINOPSIS:

Sara masih mencari jalan untuk meminta maaf dari Ayahnya...Sara tahu , seburuk2 ayahnya, tidak sekali2 dia boleh menghambur marah sesuka hati tanpa menjaga hati ayahnya....Apa yang sara terdaya, hanya berdoa agar Allah membuka pintu hati ayah untuk berubah menjadi ayah yang bertanggungjawab.....

Ayah....ini dari Sara:

ayah, maafkan sara.....sara tak berniat nak menyakiti ayah...ayah, sara redha dengan keadaan ini, tapi sara tahu, sara takkan selamanya dapat tenang selagi sara ayah tak maafkan......Ayah!

Monday, July 27, 2009

Ketidaksamaan dan keTidaksefahaman

apabila berbeza pendapat, kita boleh samakan pendapat dengan kata putus dari musyawarah....

apabila tak sefahaman, agak sukar utk menyamakan fahaman masing2...namun, ketidak sefahaman yang baik takkan menuju kearah kehancuran..kerana kita perlu akur, manusia itu berbeza2...

Dan.....!

ada manusia yang boleh terima pendapat dan berdiam diri bila tak sefahaman...
namun, adalah lebih bagus jika ada keberanian mengatakan kita tak sefahaman pada orang yang kita berbeza pendapat...

apa pun, lebih perit lagi bila kita tahu, orang yang menis depan kita, adalah orang yang berbeza pendapat dan sangat2 tak sefahaman dengan kita.....lansung mengutuk, menterjemah keadaan dengan fahaman sendiri, tanpa menitik beratkan perihal kemanusiaan.....

baliklah ke jalan yang benar..!

Friday, July 24, 2009

saguhati untuk hati yang tak tenang...

"Ko bukan ayah aku...kalo ko dah kata yang aku bukan darah daging kau, ko tolong lah didik anak bongsu ko jadik baik....ko bukan ayah aku...ko dah mati!!!!"
Jawapan seorang "ayah " selepas dia telah melafazkan sebanyak 2 kali yang sara bukan darah daging dia "Trm Kasih". Sara nangis...sara rasa tak puas dengan msg2 yang dihantar pada ayah....

sejenak....

"AYAH, kenapa ayah buat sara macam nie....kalau ayah tak dapat nak beri ketenangan pada sara, tak perlulah beri kesengsaraan yang sama pada mak dan adik...!!!! ayah, ayah lah punca sara jadi macam nie!!!!!!". Sara menekup muka ke stering...airmatanya lansung merembes jatuh ke pipi..."ayah, maafkan aku!!!".


2 minggu selepas itu....

"Mak, sara dah hantar msg kat ayah"....Sara menceritakan 1 persatu yang sebenarnya...Jauh disudut hati Sara, dia tahu, mak kecewa dgn cara dia melepaskan marah.....mak tak boleh terima Sara cakap ayah yang bukan2....

"Sara.....". Ada getaran dengan suara mak. "Jangan buat lagi macam tu....Mak tak pernah ajar Sara kurang ajar macam tu....Walaupun mak dgn ayah dah berpisah, tonglah jgn jadi mcm nie....Balik kg, Cari ayah...Mintak maaf pada ayah!".