I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Tuesday, November 27, 2012

Kesan

5 Tahun yang lepas, raya kat batu pahat. aku ingat lagi, aku balik kampung dgn mak n adik2..pastu, balik semula ke rumah sendiri...perjalanan tu, mula2 ok..sampailah jam kat tengah jalan ...bayangkan, jam dari batu pahat ke ayer hitam, kluang. sungguh, lutut, kaki sakit..bawak kete manual kan?

5 tahun dah berlalu..dalam 5 tahun tu, kadang2 datang sakit kat lutut n kaki bila lama drive..lama2, lagi rasa sakit..

Hari ni, aku rasa lutut aku makin sakit. naik tangga pun lagi rasa. bila buang air, makin rasa. sampai satu masa, mcm rasa kebas...

Walauapapun, aku berdoa..agar sakit lutut ni akan sembuh. esok nak pergi klinik sebab lutut aku dah membengkak dan berdenyut.

Terima kasih ya Allah...:)

Wednesday, November 21, 2012

AYAT FASHION

Semalam, aku keje part time. lepas jer mengemas, aku amik gambar...hehehe...
actually, aku keje kat kedai Bundle - Ayat Fashion-. Nak bgtau sikit lah yang kedai nie kedai Bundle tapi ada jugak kitorang jual barang2 baru..:). Jom tgk2...



















nanti aku update..sebab tgh rasa nak letak gambo je..

Tak suka macam ni...

Pagi2 tgh siap nak pg kerja: dengar orang tekan hon kereta lama2..tau dah aku, ada orang tak turun handbreak...so, suami si mangsa kene block tu, gunalah pelbagai cara utk bebaskan kereta isteri tercinta. Sweetkan..akhirnya , isteri tu dapat pegi keje..

TAPI...

Apa yang tak sweet, kereta yang halang tu, kena conteng dgn markerpen oleh si mangsa,
suami dia plak, garet kereta myVi bEST tu dengan

kunci motor dia, hampir nak dipatahkan wiper kereta depan belakang...

Kesiankan? apalah salahnya, buat annoucement mcm aku kene dulu. org lain yang kerete kene block, menjerit2 buat announcement minta alih kereta..
yang tak best dan x sweet lagi, orang yang memang penduduk tetap buat mcm tu...

Sekali kita rosakkan harta orang, 10 kali kita akan dapat balasannya..jgn tak percaya. Balasan Allah siapa yang tahu...

Friday, November 16, 2012

Album kahwin

Actually, nak meluah perasaan nie...Sakitnyer hati..
Tau tak, suami aku bayar kat sorang photographer dengan RM*** untuk ambil gambar n burn sahaja...mmg harga tu pada saya betullah berbaloi dan mmg kalau kat pasaran, harga tulah untu ambik gambar n edit n burn dalam cd.

Dari aku kawen bulan 3 sampai sekarang, aku dapat masa minggu lepas. Orang tu bagi kat suami aku. Aku pun terujalah nak tgk edit maha superb yang dijanjikan.

Sedihnya bila tgk gambar2 tue...huhu..sedih giler..nak nangis rasa. tak seperti yang dijanjikan. no edit, tadek plak dia asingkan gambo yang cantik ngan tak cantik..

APA MAKNANYA NIE????????????????

Sakit Hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Satu jer ayat nak bagi:

Bila kita diberi kepercayaan untuk melaksanakan satu kerja maka secara automatik ia juga merupakan amanah apatah lagi ia berbayar...jadi, buatlah kerja seikhlasnya dan berterus teranglah anda tak mampu nak lakukan n janganlah sekali2 menggantungkan janji yang belum tahu akan tercapai...

8 bulan menunggu gambar kahwin...HAMPA!!!!
Bye!!

Thursday, November 15, 2012

Cerita 2

Semalam, Awal Muharram (1 Muharram 1434 Hijrah). Satu hari aku duduk umah...tadek aktiviti yang best melainkan aktiviti suri rumah kene tinggal. mencuci, mengemop, melipat baju..:)

Semalam jugak, aku pg makan soto ngan housemate aku..kat soto corner. kat meru. pada aku oklah soto kat situ..:)

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melalui jalan meru menghala ke Pekan Meru. Teruk betul jalan kat situ. gedegang gedegung kereta housemate aku dibuatnya.

Aku: Teruk betullah jalan kat sini. agaknya akibat hujan kot..
Housemate aku: entah apa lah..lagi pun nak pilihanraya kan?
Aku: ??? tink!

Malas nak respon. sebab rasa tah hapa2 tah...hahahaha

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharram

Cerita pertama:
Petang ini, Semua umat Islam yang tidak terlupa,  berlumba2 mahu membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun. (Esok Awal Muharram).
Petang ini juga seorang ibu mahu melunaskan janjinya kepada anak lelakinya untuk ke Masjid di Klang. untuk menyambut Awal Muharram.
Petang ini juga, ibu itu menelefon anak lelakinya. Namun, di hujung talian, anak perempuannya yang menjawab.

Ibu: Aina, panggil abang. ibu nak cakap dgn Abang. Dia nak pergi ke tak?
Aina: Abang kat toilet, tgh berak. Knp call Ibu?
Ibu: Nak tanya, dah siap2 nak ke masjid tak? Ko nak pergi sekali tak?
Aina: Masjid?? Buat apa??
Ibu: Ibu nak Main Judi...

Aku yang mendengar perbualan tu, tak leh cover nak gelak pon ada..:)

Kawan2, jgn lupa yer. Doa akhir tahun sebelum tiba maghrib 3 kali dan awal tahun 3 kali selepas maghrib.
Selamat Beramal.