I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Saturday, August 13, 2011

Bersama Selamanya

Hermm, pejam celik, pejam celik dah 4 hari aku di Sabah.Cuba menghargai sambil Merentasi masa yang sangat berharga. Aku juga mencuba jadi yang terbaik bila berada di samping dia. Alhamdulillah, apa yang aku harapkan, semuanya berjalan lancar.
Mak dan kawan2 tak jemu2 menanya kabar aku disini. Alhamdulillah, masih ada yang mengambil berat akan diri ini. Biarlah hari ini, segala kata2 aku seakan2 teratur. (skema). 
Dari dasar hati ini, aku rasakan yang aku cukup bahagia dgn semua yang aku lalui. Adakah ini hadiah dari Allah setelah aku melalui saat2 getir selama 27 tahun aku hidup. Melalui rumahtangga mak dan ayah yang hancur musnah, menghadapi perkahwinan kedua mak, melihat adik2 membesar membawa diri sendiri, mengajar aku n adik2 berdikari mencari sesuap nasi...Adakah semua pengalaman2 ini, telah cukup mendewasakan aku?. Adakah aku dah sedar yang aku cuba menghalang "sesuatu yang Indah" dalam hidup aku. (Biarlah rahsia).
Kegagalan rumahtangga mak n ayah, sedikit sebanyak menggugat rasa yakin aku nak kawen...betul, aku tak tipu. apatah lagi terlalu lama berada dalam kesusahan...(Allah tahu apa yang aku rasa). Alhamdulillah, senyuman aku tak pernah lekang. kehadiran kawan-kawan yang memberi penyeri dalam hidup aku. dan kehadiran seorang insan yang membuatkan aku rasa sgt bahagia...
Entahlah, banyak pula yang nak diceritakan. tapi biarlah ia aku simpan sampai mati. kerana kadang kala penulisan kita tidak dapat menggambarkan rasa hati walaupun hati dan jari takkan menipu...