I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Thursday, January 12, 2012

Dia, seorang sahabat

Sambil menyemak Arithmetical Error nie, aku ternampak2 seseorang yang rapat dengan aku. sepanjang beberapa tahun mengharungi hidup bersama, susah senang aku, dia ada. nangis, gelak tawa aku dia ada. Sebak rasa untuk meninggalkan alam bujang. bukan aku tak nak berkahwin, just aku menganggap ini adalah cabaran bagi aku.
mempunya sahabat yang benar2 rapat dengan kita, kadangkala kita akan tertanya, apakah yang berlaku kemudian hari? adakah perjalanan masa bujang sama bila kita dah berkahwin?(tidak sama sekali). Oh ya, aku rasa mmg takkan sama dengan sekarang. Akan datang, aku kene degar cakap suami (yang baik), nak buat apa-apa kene mintak izin, dalam erti kata (syurga ku dibawah telapak kaki suami).
mungkin ada yang ragu-ragu, knp persoalan nie makin kerap menghantui aku, sebab, aku adalah seorang yang berdikari. dari dulu, mmg aku selalu berjauhan dengan keluarga sementelah aku adalah anak sulong dalam keluarga. jadi, apa yang aku nak, aku cari sendiri...
masalah kecil, masalah besar, aku sendiri. tapi mak ngan ayah sentiasa mendoakan aku. dan kerana itulah aku masih lagi boleh berdikari.(ecehhh, ayat....!heheheh).
jadi, bila aku ada suami akan datang, adakah aku masih lagi berdikari sendiri, pikir pasal kereta sendiri2, pikir pasal duit sendiri2, pikir pasal macam2 yang aku dah kene pikirkan? hahahha...(oh Allah, apakah aku pada masa akan datang?)
Sambil itu aku berdoa, semoga seseorang yang sedang aku fikirkan, sentiasa mengingati aku bila aku dah sah menjadi isteri kepada en. tunang. Sebagai sahabat, aku takkan melupakan dia. waima aku dah jauh terbang ke Sabah (mungkin tidak tahun ini, tahun depan?) mengikuti suami.

untuk Sahabat ku Apple Hijau

Apple Hijau,

terima kasih banyak2 dengan adanya kamu
bersama-sama mengharungi liku bersama aku
tetap bersama walau aku berada dalam keadaan mana sekalipun

Apple Hijau,

aku mahu kau tahu
tiada kawan2 yang setanding dgn kamu,
kamu hanyalah kamu...


Pic dari En. Google