I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Tuesday, May 29, 2012

Mandilah bersama Suami

1. Urut suami ketiko sedang memandu

Perjalanan pulang ke kampung atau ke mano-mano destinasi percutian memakan maso yang lamo kerana jauh.Untuk menghilangkan raso mengantuk dan bosan,sebagai isteri,anda boleh mengurut suami secaro manjo tanpa menyakitkan diri nyer.Secaro tidak langsung suasano mesro dan harmoni sentiaso wujud tidak kiro lah ketika berado di rumah ataupun dalam kereto.Boleh jugo diamalkan bagi yang samo berkereto ketika ke tempat kerjo.


2. Makan bersuap dan berkongsi pinggan

Ketika sedang bercinto segalo yang dilakukan adalah secaro bersamo.Apo kato amalkan jugo amalan kongsi itu ketika sudah berkhawin.Tidak salah sekali sekala berkongsi pinggan atau cawan ketiko makan di rumah ataupun diluar.Lagi romantik dan mesro jiko boleh saling suap menyuap antaro satu samo lain.Kemesraan yang terjalin ini pasti nyer membahagiokan pasangan anda.


3. Luangkan maso mandi bersamo

Ini salah satu aktiviti remeh yang jiko diamalkan mampu memberikan kasih sayang berpanjangan dalam rumah tanggo yang dibino.Usah segan dengan pasangan kerano mandi bersamo jugo turut digalakan dalam Islam mengikut caro yang dibenarkan.Jiko tidak pun,manjai dan belailah suami ketiko dio sedang mandi dengan menggosok manjo badan nyer dengan sabun wangian.


4. Memotong kuku ataupun membuat rawatan wajah

Pelbagai caro antaro perkaro remeh yang boleh membahagiokan pasangan.Anda jugo boleh membantu nyer dari segi kecantikan seperti memotong kuku tangan serta kaki ataupun membuat rawatan wajah pado nyer.Dengan penuh kasih sayangdan perlakuan manjopasti nyer membuatkan hati suami sonang dengan layanan yang diberikan.Jiko anda berkebolehan,boleh jugo sekali sekala memotong rambut ataupun mencukur misai serta jambang.


5. Jadikan diri anda selalu seperti pengantin baru

Walaupun telah lamo berkhawin,tidak salah sesekali menjadikan diri anda sebagai pengantin baru.Bersiaplah dengan sebaik nyer tatkalo berado di kamar tidur.Layanan yang diberikan jugo hendaklah seperti ketika bergelar pengantin.Dan jangan lah anda tidur kecuali suami mengizinkan ketika berdua-duaan dengan nyer.


6. Sentiaso pamer wajah manis

Ketiko suami anda baru pulang dari perjalanan jauh yang lamo ataupun berpergian dari tempat yang jauh,sambut lah dio dengan wajah yang cerio dan tunjukan bahawo anda sangat merindukan kedatangan nyer.Kalau boleh terus mencium tangan serta pipi tando anda begitu merindui nyer dan sediokan makanan yang istimewo ataupun yang menjadi kegemaran nyer.


Ado tak yang mengamalkan perkaro-perkaro di atas.....:)


sumber : Majalah Seri Dewi & Keluarga/

Monday, May 28, 2012

Kami jauh

Ini bukan Luahan, Ini bukan cerita, ini bukan lepas geram...

HABIS?? APA??

Hermmm, ntah hapa2 tah aku nie..

dah berapa lama erk aku kahwin? dari 3.3.12- sampai hari ni (hari aku post entri n) 28.5.2012.

JOM tolong aku kira...:)

Ohh...dah 3 bulan erk?? . sedar tak sedar, nak masuk 3 bulan..... (bibir terjuih, kening ke atas). Arghh, lebih kuranglah 3 bulan tu...

Dalam masa 3 bulan nie, kami jumpa berapa kali yer? jap, aku kira...

La.., kira lagi? jom tolong aku kira lagi...heheh

bulan 3- of coz, jumpa masa nikah, jumpa masa sanding kat tempat aku. plus jumpa masa sanding kat Sabah.

Bulan 4: 21.4.12 (Harijadi beliau)- dia datang hari sabtu, balik hari Isnin.

Bulan 5: 17.5.12 (Datang malam jumaat- balik pagi buta hari Isnin)-

maknanya, berdasarkan terminologi diatas, bolehlah dibuat kesimpulan sebulan sekali kami jumpa.

ohk...just nak bercerita, yang perkahwinan jarak jauh nie, sangat mencabar. Mencabar bukan sebab apa, (ni bagi akulah), sebab sunyi dan takde kawan nak bercerita..kalau cerita dgn kawan, lain. cerita dengan husband lain. rindu menggebu tu, gerenti tak tertanggung (mcm aku sorang ada laki..ihikhihik...).

Aku ingat lagi, ada sorang kakak tempat kerja aku, tnye camner ko hidup wa? boleh erk jauh2? akak yang dah tiga (3) anak nie (sambil tunjuk 3 jari), kalau satu hari tak nampak husband akak, mau menggelupur. tak boleh, mmg tak boleh...(dia geleng2 kapla). aku senyum jer..just jawab dia tanya tue " alah kak, nak buat camane. nilah risiko kawen org jauh...ihihih..insya allah :)

Korang akan rasa sakit hati tau, bila husband kate dia "SUNYI" aka TAKDE KAWAN NAK BERCERITA N TEMAN DIA PERGI BELI2 BARANG". agak2 risau tak? agak2 sakit hati x?. herm, aku bukan sakit hati apa, kesiankan laki aku yang asiklah bgtahu dia sunyi. kadang2 dia macam redha jugak. yerlah, kalau pg kedai tu, suami yang A bawak isteri. Suami B pulak tolak teroli, isteri capai barang, campak masuk dalam troli. itupun menjadi sebab musabab  sunyi.

Macam aku pulak, smaa jugak. kadang2 tu tgk org2 dah kawen nie, pg tgk wayang sama, jalan2 sama, beli barang2 sama pun timbul rasa rendah diri. ekekek. yerlah, bila dah kawenlah halal. nak pegang tangan kat luar pun tak segan2 mcm dolu2...hihihi. nak peluk pinggang pun tak segenn-segenn. ikiki..tapi suami ku jauh (mencemik lagi).

Akhirnya, sesi memujuk diri sendiri berlaku dalam seminit dua. alhamdulillah, boleh kurang sikit rasa rendah diri..

Then, semenjak dua menjak nie, teringat kat mak ngan bapak mertua aku. aser lama tak jumpa deme. adoihh...rindu pulak rasanya. ermm...mama, babah rindu lah pulaks :)

Kesimpulan, rasa lama tak balik Sabah. nak balik sabah...nak rehat, tapi tak boleh cuti...adoihhh...

herm, bila hantar laki ke airport, selalu nangis. tah bila nak kuat nie. asiklah menangis mengenang nasib keseorangan semula.
masa baru2 nie, laki aku ada tanya "agak2 mama ingat papa tak nanti kalau papa dah sampai sana? (sabah)"
aku jawab "mestilah ingat". lepas tu, reaksi muka dia mmg mcm tak percaya akan kata-kata ku ini..weee.....:). agak2, knp yer? hihihi..aku jer yang tahu .

erm, aser mengantuk plak nak teruskan cerita hikayat jarak jauh nie. tapi tak apalah..sok sambung lagik.

Thursday, May 17, 2012

Shut Up

Bos kata, aku banyak keje...
aku banyak keje dan aku banyak keje...

tapi, bos kate lagi,
aku banyak hilang, banyak hilang...

Setahu aku, banyak hilang adalah orang yang tak banyak keje...
Kalau cuti kahwin pun dia kata,
aku kerap cuti,
itu silap..
sebab, kawin mmg cuti lama...

orang tak tahu masalah kita...
kita juga tak tau masalah orang..


just shut up!

Monday, May 14, 2012

Maafkan aku suami

Redup mata itu..
aku pernah lihat
suatu masa dulu.

Redup wajah itu
pernah aku tatap
suatu masa dulu

Tika sujud semalam
terus ada dia difikiran
berdosanya aku
kerana melukai hatinya.

Suami,
maafkan aku
aku tidak sempurna
sedangkan aku cuba menjadi terbaik untuk kamu....
MAAFKAN AKU...

Monday, May 7, 2012

Tak Bertajuk

Mata ku pejam celik, pejam celik
bagaikan hati aku yang terluka tapi sembuh semula

aku pandang je keyboard
dan
keyboard pandang aku.

aku taip huruf
'S' 'I' 'A' 'L'..
tapi aku delete sebab aku dah janji
takkan mencarut.

aku taip lagi huruf berkenaan
;G' 'E' 'R' 'A' 'M'
oh, ini sesuai. sesuai untuk aku di waktu sekarang.
berputarlah masa..
agar aku dapat lelapkan mata
yang degil dan bertahan untuk berehat seketika.

Rehatkan aku nanti Ya Allah..
agar aku dapat berfikir lagi selepas bangkit tidur..



Sunday, May 6, 2012

memang bersambung

Beberapa kali, aku cuba menaip dan seterusnya baru mencari mood untuk bercerita, aku delete. aku taip intro nyer, aku delete lagi, delete, delete sampai aku tak tahan untuk tidak mendelete dan akhirnya aku mengalah untuk menaip terus dan terus.

Entri kali ini berbaur sedikit kekotoran. bukan kekotoran biru atau kuning, tetapi kekotoran sikap2 manusia yang tak faham erti susah orang lain.

Aku dapat mejangka, entri aku kali nie akan menimbulkan rasa tak puas hati beberapa individu yang ada kait rapat dengan aku. biarlah..yang makan cili, dia terasa pedas. atau mungkin, dah selalu makan cili, sampai tak boleh ada deria rasa pedas?? itu, aku tak tahu. yang aku tahu...aku mencuba memberitahu.

sambung jap lagi atau esok kerana tiada hati untuk teruskan lagi...

Friday, May 4, 2012

Aku kaku

Kaku aku...
setelah engkau pergi meninggalkan aku
hanya kerana memburu sesuatu yang engkau tidak pasti..
Pergilah,
aku tahu kau tak mungkin kembali ke sisi
Doa ku untuk kau,
Semoga engkau bahagia di samping si dia..
Jangan lupa janji kita dulu
untuk mendoakan kebahagiaan masing-masing
walaupun kita tak bersama lagi..
Aku kaku lagi kerana jatuh cinta kali ini sangat pedih rasanya.
Pedih kerana jatuh cinta yang tak memungkinkan aku menerima yang lain...
Allah Maha Mengetahui Dan Maha Adil...