I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, December 28, 2011

airmata darah

mcmana sedih pun, betapa sakit pun hati nie, aku cuba jugak selindung..sebab aku kena kuat harungi hidup. selagi aku masih bernafas, selagi Allah memberikan anugerah kudrat yang masih lagi boleh dikerah, aku akan cuba...
Selagi hidup ini tampak berwarna warni, aku akan cuba sedayanya...

Monday, December 19, 2011

Happy befday utk saya

~~ Sambil dengar lagu "BILA CINTA- gio"~~
happy befday to me...then dah pun celebrated ngan kawan2..suprise jugak ..hihi..seumur hidup tak pernah celebrate, nielah tahunnyer..
"thanks to k.jam, ida, naz, lin, anum, lily, qulin n semua yang dah wish. tak dapat nak list coz ramai..:)"
n yang satu lagi nie , terima kasih tunang..:)
Befday aku jugak, aku hadirkan diri ke kursus perkahwinan. dua hari kat KL. kusus pun buat kat LPPKN. ramai sgt peserta haritu. penceramahnyer pun best2..Alhamdulillah, langkah pertama aku dah start. INSYA ALLAH, yang lain boleh mula. tapi en. tunang tak pg2 jugak kursus. ni yang nak bebel manjang2 nie. hehehhe

Mak dah carikan katering, kompang n pakejnye, mak andam sekali. tapi kene balik bulan 1, pg tgk2 balik mak andam tue..:). takut sgt kalau2 mekap tak kene ngan muka. jadi normala samsudin ker, jadi mcm muka hetty sarlene dah bagus dah. kang, kalo muka supo beruk mak yeh? sapa nak jawab? hahahahha...
bulan 1 nie jugak, en. tunang kata kene cari baju nikah. kasik pukul habis bulan 1 nie...mn yang boleh setel, kasik setel. insya allah..:)
then, kat bawah nie gamba, befday ajat, aku n g kusus kawen aritu..

Suraya azura, happi befday. Allah selamatkan kamu...:)















Maafkan saya, en. tunang

Assalam..
tidak ada niat unuk melukakan hati en. tunang. tapi..berilah saya ruang untuk berbicara disini tentang kita...
saya minta maaf sebab beberapa hari ini tak terlalu mengambil berat diri en. tunang. sms kurang, call kurang, emel  lagik tak de..
En. tunang demam saya kurang ambil perhatian. tapi en. tunang taukan kita jauh..en. tunang, saya tak pandai menunjukkan sayang saya if saya jauh dengan en, tunang. dan saya tahu, saya dah banyak sakitkan hati en. tunang. keluar ke mana-mana pun jarang bagi tahu en. tunang. En. tunang marah sayakan?

En. tunang, marahlah...saya tau saya salah. hari ni, semalam en.tunang demam. boleh dikira berapa kali saya kol en. tunang. 2, 3 kali jer. sms pun adalah 10 kali dalam 3 hari nie..
tapi, dalam fikiran saya, en. tunang ada. dalam hati saya, en. tunang ada. setiap langkah saya, kemana pun saya pergi, en. tunang tetap ada di sebelah saya. percayalah saya..

Sebenarnya, ada hal yang perlu saya beritahu. dah seminggu saya simpan dan bersedih. tapi saya dah tak mampu nak menyorokkan hal nie..
CINCIN. CINCIN. CINCIN..
Maaf, cincin en. tunang bagi dah hilang. tercicir...saya minta maaf...:(. saya bersalah..tapi, saya tak der niat nak hilangkannya...:(. saya takut en. tunang marah..jadi saya banyak mendiamkan diri...:(
en. tunang, maafkan saya. saya tak sengaja...:(

kita kawan2, tak mau lawan2..


apa yang aku nak share arini adalah sensitiviti kengkawan. ermm, aku start ngan situasi kat bawah:
A berkawan baik dengan B dan C. Tapi B dan C lebih akrab berdua..so, A banyak kali terasa hati dengan sikap B dan C. Setelah lama, lama, lama, asik terasa..akhirnya, A mengambil tindakan untuk tidak mengambil pusing akan terasa hati itu. So, A hang out ngan kawan2 ofis, everything dgn kawan-kawan ofis. until, A tiada masa dengan kawan (housemate actually, A,B, dan C).

A ingatkan, B dan C tak kisah..tapi rupanya, B terasa bengang pula bila A kurang memberikan perhatian dan jarang keluar bersama seperti dulu..
Akhirnya, terjadilah sedikit perli memperli, yerlahh...situasi yang menjengkelkan sedang berlaku..tapi, masing2 juga mengambil tindakan malas nak gaduh, buatlah hal masing2...

ada juga yang terasa hati bila kawan-kawan keluar senyap2. knp tak bawak dia keluar sekali. 
ada juga yang terasa hati tapi tak cakap. tapi balas balik kat kawan tue.. 

heheheh...sehinggalah, kawan2 yang masing2 terasa hati tue, dah malas nak terasa hati. sebab terasa hati tue sakit. mmg nampak remeh masalah ne..tapi org perempuankan? mmg sensitif..cepat terasa hati. macamlah aku..aku dulu cepat terasa hati bila kawan yang nie tak ajak kluar, keluar senyap2..tapi sekarang? . aku dah tak der rasa kecik hati..sebab penat n tak berbaloi..nak balas balik pun tak nak.. sebab, aku positifkan diri, maungkin kawan-kawan ada reason sendiri kenapa tak ajak. tapi, aku tak tolak kalau aku sakit hati bila org pertikaikan knp aku tak ajak org tue..padahal, aku tak rasa apa apa pun bila org tue tak ajak aku..so, kesimpulannya, pada aku kalo kawan2 kuar tak ajak kita tue, adalah sebabnya. dia tak nak kita lewat masuk opis balik mcm dia, dia tgk kita ada kijer, (busy gilerlah tue), dia paham kita nak ngadap fb...heheheheh...

Wednesday, December 14, 2011

Hadiah

Ermm, kelmarin 12.12.2011 sampai kurier dari en. tunang. hehehe..tak dapat agak dia anta apa selain maggi n kuih muih dari sabah.
pastu, aku tersenyum sampai ke telinga sebab ada 6 benda dalam kotak tu:
1) Sweater purple siap ada nama wawa..(hahahhaha)
2) fast food (indofood)
3) telur masin brunei
4) amplang
5) kuih telinga..
6) KAD Befday yang sweet sangat..

tak dapat nak amik gambar..sebab i tadek kamera..just nak luah rasa terharu..walaupun befday aku 17.12 (sabtu) nie, tapi en. tunang dah hantar siap2..hahaha.
thanks papa...love u always!

Monday, December 12, 2011

....1

Aku dijangka akan melangsungkan pernikahan bersama en. tunang pada 3.3.2012 bersamaan hari Sabtu. 
Tarikh dah dapat, kursus pulak 17.12.2011. Lepas jer kursus kahwin nie, aku ingat baru nak start buat preparation.
tapi, ada sesuatu yang aku rasa aku perlu memikirkan semula tarikh nikah..hermmm. Namun, En. tunang banyak memberi semangat kepada aku yang majlis nanti akan berjalan dengan lancar. bayangkan, hantaran ker, gaya hantaran ker, majlis kenduri nanti, majlis nikah nanti, segala lah tak buat apa lagi..:(.
rasa rendah diri pula tak bertunang mcm orang lain :(. hermm, sumer orang ada gambar tunang. tapi, past is past. yang akan datang perlu difikirkan dengan teliti. en tunang suh survey tailor untuk baju nikah pong aku tak gerak lagi..:). DEGIL TAK? sapa suruh? pastu. nak meluah2 kat blog..gedikszx sabgat! hahahhah

Friday, December 9, 2011

gELOMBANG k-pOP



minat dia pon sebab tertengok "we got married"-gambar dari cik google-

Adoi...ada terbaca blog http://www.hazrey.com/ menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan anak saudara nya yang telah dieksploitasi oleh seseorang yang benci K-Pop atau??? (bencikan anak sedara en. hezrey?).
..hurmm, bila baca entri tu, baru aku sedar yang gelombang k-pop sedang menggiler mcm lembu giler..
Aku tak jugak menolak k-pop, tapi kenapa bebudak sekarang terlalu taksub dengan k-pop? Maybe, nak senangkan hati, Boleh taksub dgn k-pop, tapi jgnlah sampai menghamburkan kata-kata yang maha dahsyat lagi sangat teruk!
Adoiii, nak minat, minat jerlah.. and satu lagi, kepada yang meng eksploitasikan anak sedara en. hezrey, dah knp? tak der keje ker nak buat. bnyk lagi perkara berfaedah ko boleh buat..seperti berlari2 di tepi tasek sambil menyanyi, atau beristighfar di dalam hati menahan marah, atau meletakkan kepala di tingkap kereta sambil menghirup udara segar (yg penting kereta bergerak dan dipandu oleh orang yang berlesen seperti ibu, bapa, abang)..hahah..
Kita sebagai orang dewasa memahami kehendak remaja yang sukakan hiburan dan memuja artis2 korang. tapi, korangkan ada pendidikan agama.."Janganlah korang mencintai k-pop lebih dari kamu mencintai yang Maha Kuasa iaitu Allah "
Masing-masing dah besar boleh fikir. Mulut tue jaga sikit. aku tgk, kebanyakan yang mengugut, memaki, menghamun adalah perempuan sumer..hurmm..sedarlah, kita perempuan. nak menghamun dalam hati dahlah..takpon, sorang2 dalam blog. hamun lah nak hamun apa..
Nasihat aku: Bersopanlah di jalan raya, Berhati2lah semasa berkata-kata..sekiranya ada yang terlepas, terbabas, cepatlah mintak maaf..ok adik2?

;0 adakah entri ini di baca oleh orang? heheheh..
tak dibaca pun tak apa, yg penting ado den nasihat tue..:
p/s: aku pun suka artis korea, tgk movie korea tapi tak derlah sampai taksub! huhuhu

Wednesday, December 7, 2011

``

aku cuba berlagak kuat semangat sekarang nie. entah apa agaknya hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yang terjadi. cuba merealisasikan sesuatu yang tak pernah diduga akan berlaku...hurmm, berat sungguh!