I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, November 30, 2011

Ibu

Ibu..
Dengarlah rintihan hati
Anak mu yang rindu dan sepi
Masih ku terdengar gurauan mu
Ibu..

Ibu..
Terlalu cepat kau pergi
Belum puas ku nikmati
Dibelai dimanja disayangi.. Ibu..
Apa saja ku pinta
Tak pernah kau hampakan
Bila aku kecewa.. oh..
Kau berikan harapan

Bila aku menangis
Pasti kau memujukku
Bila aku gembira.. oh…
Kau senyum dan tertawa.. oh…
Ibu..
Walau kau telah tiada
Pesan mu tidak ku lupa
Aku kan belajar berusaha
Dan berjaya

Pesanmu tidak ku lupa.. hu.. hu..
Aku kan belajar
Berusaha dan berjaya
Mmm… Ibu!
Nyanyian : Shila Amzah

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam:)

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, November 24, 2011

Sabah + Sabak Bernam

Sejuk n Nyaman!
Cantikkan?
Knp HIM? heheh..
Nak jugak gambar kat sini!
Minum susu segar!
Gila banyak rendang dia..huhuh. SEDAP!
Kalau boleh tulis nama kat batu nie kan best?



With Fesya Lee..memang cantik orangnyer:). One of the BONKS KUALA LUMPUR Worker

Kat BNO, S.bernam. before makan Udang..hihi


 Pergi kenduri kat Sabak Bernam. Aku kan kijer part time. so majlis kahwen nie sebelah bos aku, AYAT

Wordless

apabila asik sakit hati, sakit kepala. asik kene tala. asik mcm disalahkan. asik jadik tempat meluah bos. so aku nak jugak wordless wednesday. tapi hari ni hari thursday. so aku nak gak buat wordless thursday. lantaklah..aku nak gak..heheh


Wednesday, November 23, 2011

Nasik vs Capati

Ego dan teringin..perasaan yang berbeza. ..
Bila raya haji, pasti kita menyantap dan menyental daging korban secukupnya. Tidak di masak sup, rendanglah, tumislah, makan gitu jer cicah sambal kicap pon bolehh...bakar pon okies!

ok, bunga cerita kali nie, tak panjang...

rakyat malaysia suka makan nasi. yang berdiet pon, akan makan nasik jugak. tak kirala kau makan satu hari sekali, 2 hari sekali, seminggu sekali, sebulan 3 kali n mcm2lah..(lantaklah!- yang penting, aku makan nasik, 5 kali satu hari. kadang2 tu lebih lagi adalah)


nak diceritakan, mak aku berkahwin dgn seorang rakyat pakistan. yang dikatakan telah menetap dimalaysia lebih kurang tak lebih 15 tahun @ lebih mungkin. n dia telah membawa pembaharuan dalam hidup mak aku. yerlah, dah kawen kan, kene lah tau apa yang suami makan, yang suami tak makan. yang suami suka, yang suami tak suka. then, 2 kali aku balik kg, baru aku tahu bapak tiri aku suka makan capati. mmg makanan ruji dialah kot. n mak aku jugaklah tukang uli..kdg2 tu, aku tengok dia tolong mak aku dok masak capati.
"cappati best!" dia akata sambil thumb up. aku gelak jerlah..Dia sua kat aku pun aku geleng jerlah. n nak diceritakan di masa raya haji lepas, aku balik kg. dah makan ayam, makam lembu, makan daging, makan daging, makan lembu (erk? apa merepk nie!) hahahah...
bapak tiri aku masak capati. mak aku dah siap2 yg frozen kat dalam peti ais. mmg terbaik! mak aku masak kari daging. meletop! aku masa tu dah makan ngan nasik impit pon...tapi bila dia dok bakar capati, tambah pulak tgk kuah kari daging tue berasap2, adui...meleleh air liur beb!
dah masak sekeping, mak aku hidanglah kat dia. pastu, dia tanya "mahu makan, zura?. makanlah..best!" aku geleng kapla...dia kunyah sekali dua kali capati tu, pastu...tergerak pulak aku nak merasa..kalo tak sedap, boleh lah berlaku jujur...cakap tak sedap. hahahha. aku pun rasa.. "SEDDAAAAP!" dalam hati ok? . ego nie...=p


pastu, dari aku mikir ego, baik aku makan lagi dan lagi. so, lepas mentekedarah nasik impit, 3 kali. aku makan lagi capati 2 keping...mmg sedap upanya capati buatan tangan mak aku n husband dia. ok..yang penting, dia takleh challenge ayah ku. :).
n, kalau lah uncle azeem ni, baca kot blog aku :
just wanna say, thank you jaga mak saya untuk saya. thank you jaga makan minum mak saya. jaga masa sakit n sihat mak saya...thank you kerana sudi menjadi teman hidup mak saya n menerima seadanya mak saya :). thanks uncle azeem. shabbas!

sI sAMSENG

Nilah kejer aku, bila dah bertapak kat arena menjaga kaunter. berhadapan dengan berbagai ragam customer. macam2 ada tue..
Kalau entri before ni, aku cerita si lembut. sekarang aku cerita Si samseng...Semalamlah si samseng nie buat onak. ada ker, datang ke kaunter, tak bagi salam atau say hye (at least!),.
(masa tue aku sedang menaip kerja aku di meja).
Si Samseng: OI, SINI KEJAP!
Aku: Yer, cik? (tapi tak pergi ker dia sebab kurang ajar) pastu aku naikkan kepala aku sikit, kerut dahi, muka tak puas hati.
Si Samseng: Sini Arr kejap. alamak....!
Aku: Encik nak jumpa siapa? (masih lagi aku tak beralih, sebab muka jantan nie, memang riak dan bongkak)
Si Samseng: Meh arr kejap. adoiii!!
Aku: Encik tak boleh ker cakap elok sikit. cakaplah (boleh minta tolong? lembut sikit.. datang macam gangster dah kenapa?- mmg tone suara aku tak boleh disangkal lagi..hahahah. marah beb!
Si Samseng: Adoi.. Siollah.. (aku datang rapat sikit kat kaunter)
 lalu dia blah..tapi aku nampak kumat kamit bibir dia cakap (Ba Alif Ba Ya)..

kesimpulan: Aku memang tak puas hati

Sunday, November 13, 2011

Si Lembut

Bila dah keje dengan public nie, rasa makin geram pulak dengan golongan lembik2 ala-ala sotong nie. aku takkan pertikai knp dia jadik sotong, dan macamana dia boleh lembik@ auw! Dah kejadian Allah, tak boleh nak kata tapi diorang inikan....
a) banyak mulut
b) malas
c) cerewet
d) cakap nak menang
e) suka tegakkan benang yang basah
f) lembap..macam siput!!!!
g) last sekali, PERASAN BAGUS!!!

sakitnyer hati! Call ASTRO pun, kene ngan si lembut. Kol Berita HARIAN pun kena dengan si lembut!
Yang penting, aku tak boleh dengan kedua-dua si lembut nie..
Sapa terbaca nie, jgn kecik hati k...:) Maaf dipinta :)

Monday, November 7, 2011

SHARK NIGHT 3D

Assalamualaikum...sepeninggalan berapa hari tah untuk balik ke kampung, aku nak citer skit. raya haji tahun ni aku tak wat apa. asyiklah membuta dirumah. then, ada suatu petang sabtu, aku pergi tgk wayang dgn Qulin n abang2 nyer dan kak iparnyer..adoi..(tgk? lum citer, dah ngeluh..hahah)
Kononnya, rasa teruja nak tgk Alamak Toyol, tapi sayangnyer terlalu lambat lah pulekk jam tayangannya..so kami mengambik keputusan mau nonton Shark Night 3D.


Ciss..Intro nyer jer mcm shioll..huhu. asyik lah tunjuk bontot, pungkok, haper lagi sewaktu dengannya. intro dia jer dah tunjukkan filem ini tak best n boring..Ada gaklah rasa nak tito. tapi disebabkan memikirkan RM15/head, sementelah pulak org belanja, aku layankan jugak. sian abang ya'an dah belanja.
Kisah dia lebih kurang mcm nielah, sekumpulan anak muda g bercuti di suatu tempat yang cantik dan tenang dari kesibukan kota (mcm beselah..citer.. mesti g cuti, kononnya..) then, adalah terjadi, mamat n minah2 nie laut. naik speedboat then main apa tu..luncur air tue..hahaa..pastu, terpelanting, datalah ikan jerung. gigit tangan sebelah. pastu, sorang demi sorang dimakan dek jerung. pastu, ala...malas nyer nak citer..tak payah tgk pon takperzz..
actually, action nyer kurang. dok bobek, bobek. pastu, yang ganas2 tue tak kemanalah sgt..hermm, buang RM15 abg ya'an jer..overall, ngantuk..n menyesal tak tunggu 15 minit lambat sikit nak tgk Alamak Toyol..hahaha. Aummmm, AAAAummmm....