I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Thursday, December 27, 2012

Hati Bengkak

Dikala mahu melelapkan mata
ada saja yang mengganggu fikiran.

Apabila terlalu hidup berdikari, apalah guna berteman?
Apabila asyik mahu berterus terang, apalah guna firasat dan otak?
Asyik saja mahu berbicara dari ke hati, dimanakah penyelesaiannya?

Memang benar, Rumah itu ada tangganya.
Ada ributnya, ada tenangnya...
Sampai satu masa beroboh ia di pukul ombak
tiada siapa yang tahu selain menyalahkan....

Tuesday, December 25, 2012

Pop Fest : SAVE GAZA



Assalamualaikum wbt...dah lama aku tak update blog nie...banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan ..tapi  asyiklah bz dan tak tak tau nak mula mcmna..hihihi

Korang nampakkan gambar kat atas. Sabtu dan ahad lepas bertempat di parking bas2 Uitm Shah Alam, berlangsunglah POP FEST: SAVE GAZA dimana festival ini diadakan bagi membantu rakyat Palestin. Ia serupa dengan Jualan Amal dan bergabung meletop dengan Jualan Bundle Vintage yang mana Pihak penganjur telah bekerjasama dengan para2 usahawan barangan Bundle...:)





 Kedai bos aku pun tak ketinggalan mengambil tempat untuk membuat jualan amal disitu. Kami hanya menjual Jaket jeans dan jaket kulit. Alhamdulillah, jualan amat memberansangkan. Walaupun kami, para peserta diduga dengan ribut dan hujan, akhirnya berjaya jugak Pop Fest : Save Gaza.

Bukan sekadar Jualan Barangan Bundle, Gerai2 yang menjual Mafla, Cawan, Tshirt Save Gaza juga terdapat disitu....
Solat berjemaah setiap waktu, Ceramah Agama, Persembahan Nasyid pun ada. Kemunculan Penyanyi tersohor, Papa Rock iaitu Ramli Sarip juga membuatkan kami tertunggu. Nyanyian berunsur keagamaan inilah sebenarnya salah satu ubat hati selain ceramah agama. Forum yang menceritakan pengalaman berada di bumi Palestin pun tak ketinggalan di selitkan dalam aturcara Pop Fest: Save Gaza.



Kemudian, aku juga diduga... Masa hari pertama aku menjaga gerai, adalah seorang makcik nie datang kat kedai. belek2 baju kemeja jeans yang kami jual...Mula2, dia kata besar2 baju yang kami jual. kemudian, dia tanya plak, baju perempuan tak ada ke?. Lastly, dia bisik kat aku ,."awak kata nak tolong Palestin, tapi awak jual barang yahudi nie. Wrangler, Levi's, Polo...semua barang Yahudi...". respon aku cuma senyum jer. Allah tahu niat aku dan bos. Bukanlah maksud aku matlamat menghalalkan cara, tapi Aku tak berniat untuk menyokong Yahudi...Aku ajukan pada bos aku, bos aku pun just cakap sabar jelah..
Ok, kita lupakan hal ni...

Walaubagaimanapun, aku dan kawan2, kecewa sedikit kerana promosi tentang Pop Fest sepeti tak meluas. Mungkin, lepas ni pihak penganjur kene giatkan usaha untuk mempromosi Event seperti ni. bukan apa pun, kita nak membantu Rakyat Pelestin yang menderita.

Allahu Akhbar!
Ada gambar, tapi aku lupa nak bawak kamera...Insya allah, aku akan update lagi!




























Tuesday, November 27, 2012

Kesan

5 Tahun yang lepas, raya kat batu pahat. aku ingat lagi, aku balik kampung dgn mak n adik2..pastu, balik semula ke rumah sendiri...perjalanan tu, mula2 ok..sampailah jam kat tengah jalan ...bayangkan, jam dari batu pahat ke ayer hitam, kluang. sungguh, lutut, kaki sakit..bawak kete manual kan?

5 tahun dah berlalu..dalam 5 tahun tu, kadang2 datang sakit kat lutut n kaki bila lama drive..lama2, lagi rasa sakit..

Hari ni, aku rasa lutut aku makin sakit. naik tangga pun lagi rasa. bila buang air, makin rasa. sampai satu masa, mcm rasa kebas...

Walauapapun, aku berdoa..agar sakit lutut ni akan sembuh. esok nak pergi klinik sebab lutut aku dah membengkak dan berdenyut.

Terima kasih ya Allah...:)

Wednesday, November 21, 2012

AYAT FASHION

Semalam, aku keje part time. lepas jer mengemas, aku amik gambar...hehehe...
actually, aku keje kat kedai Bundle - Ayat Fashion-. Nak bgtau sikit lah yang kedai nie kedai Bundle tapi ada jugak kitorang jual barang2 baru..:). Jom tgk2...



















nanti aku update..sebab tgh rasa nak letak gambo je..

Tak suka macam ni...

Pagi2 tgh siap nak pg kerja: dengar orang tekan hon kereta lama2..tau dah aku, ada orang tak turun handbreak...so, suami si mangsa kene block tu, gunalah pelbagai cara utk bebaskan kereta isteri tercinta. Sweetkan..akhirnya , isteri tu dapat pegi keje..

TAPI...

Apa yang tak sweet, kereta yang halang tu, kena conteng dgn markerpen oleh si mangsa,
suami dia plak, garet kereta myVi bEST tu dengan

kunci motor dia, hampir nak dipatahkan wiper kereta depan belakang...

Kesiankan? apalah salahnya, buat annoucement mcm aku kene dulu. org lain yang kerete kene block, menjerit2 buat announcement minta alih kereta..
yang tak best dan x sweet lagi, orang yang memang penduduk tetap buat mcm tu...

Sekali kita rosakkan harta orang, 10 kali kita akan dapat balasannya..jgn tak percaya. Balasan Allah siapa yang tahu...

Friday, November 16, 2012

Album kahwin

Actually, nak meluah perasaan nie...Sakitnyer hati..
Tau tak, suami aku bayar kat sorang photographer dengan RM*** untuk ambil gambar n burn sahaja...mmg harga tu pada saya betullah berbaloi dan mmg kalau kat pasaran, harga tulah untu ambik gambar n edit n burn dalam cd.

Dari aku kawen bulan 3 sampai sekarang, aku dapat masa minggu lepas. Orang tu bagi kat suami aku. Aku pun terujalah nak tgk edit maha superb yang dijanjikan.

Sedihnya bila tgk gambar2 tue...huhu..sedih giler..nak nangis rasa. tak seperti yang dijanjikan. no edit, tadek plak dia asingkan gambo yang cantik ngan tak cantik..

APA MAKNANYA NIE????????????????

Sakit Hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Satu jer ayat nak bagi:

Bila kita diberi kepercayaan untuk melaksanakan satu kerja maka secara automatik ia juga merupakan amanah apatah lagi ia berbayar...jadi, buatlah kerja seikhlasnya dan berterus teranglah anda tak mampu nak lakukan n janganlah sekali2 menggantungkan janji yang belum tahu akan tercapai...

8 bulan menunggu gambar kahwin...HAMPA!!!!
Bye!!

Thursday, November 15, 2012

Cerita 2

Semalam, Awal Muharram (1 Muharram 1434 Hijrah). Satu hari aku duduk umah...tadek aktiviti yang best melainkan aktiviti suri rumah kene tinggal. mencuci, mengemop, melipat baju..:)

Semalam jugak, aku pg makan soto ngan housemate aku..kat soto corner. kat meru. pada aku oklah soto kat situ..:)

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melalui jalan meru menghala ke Pekan Meru. Teruk betul jalan kat situ. gedegang gedegung kereta housemate aku dibuatnya.

Aku: Teruk betullah jalan kat sini. agaknya akibat hujan kot..
Housemate aku: entah apa lah..lagi pun nak pilihanraya kan?
Aku: ??? tink!

Malas nak respon. sebab rasa tah hapa2 tah...hahahaha

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharram

Cerita pertama:
Petang ini, Semua umat Islam yang tidak terlupa,  berlumba2 mahu membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun. (Esok Awal Muharram).
Petang ini juga seorang ibu mahu melunaskan janjinya kepada anak lelakinya untuk ke Masjid di Klang. untuk menyambut Awal Muharram.
Petang ini juga, ibu itu menelefon anak lelakinya. Namun, di hujung talian, anak perempuannya yang menjawab.

Ibu: Aina, panggil abang. ibu nak cakap dgn Abang. Dia nak pergi ke tak?
Aina: Abang kat toilet, tgh berak. Knp call Ibu?
Ibu: Nak tanya, dah siap2 nak ke masjid tak? Ko nak pergi sekali tak?
Aina: Masjid?? Buat apa??
Ibu: Ibu nak Main Judi...

Aku yang mendengar perbualan tu, tak leh cover nak gelak pon ada..:)

Kawan2, jgn lupa yer. Doa akhir tahun sebelum tiba maghrib 3 kali dan awal tahun 3 kali selepas maghrib.
Selamat Beramal.

Wednesday, October 31, 2012

Pontian







aku datang ke rumah anak kepada kawan mak.  Nama anak kawan mak nie, Along. Along dah bela ikan ni banyak tahun, seusia perkahwinannya bersama suami. selain membela binatang, Along suka tanam pokok bunga..aku? bila lagi nk ada hobi? huhu

Menghabiskan masa di Raya Haji lalu bersama emak, adalah sesuatu yang sangat berharga.
Emak, wa sayang mak!

Teringin dan Dapat!

Red Velvet Cake. Yummy!

Wednesday, October 24, 2012

bos, setengah hari boleh?

ok, seminggu yang lepas, aku mendapati ramai jugalah yang nak setengah hari pada hari khamis (25.10.2012), hari ini. ini kerana, esok raya haji. org nak pegi pasar, nak masak, nak menyambutlah ...:)

Maka dengan baik hati, aku pong membawa perkhabaran yang baik ini kepada bos. dalam erti kata konon nak mintak izinlah..lebih kurang mcm tu. tapi sambil tanya pasal kerjalah..

Aku : Puan, saya nak tanya pasal Pendaftaran CIDB nie..
Bos: Yer, apa dia?.

blah, blah, blah..(dgn bestnyer nanya soalan dan bincang sikitlah..)

Aku: saya dah kol CIDB puan, tapi tak berjawab. dah banyak kali..PKK pon sama...(ada stress sikit pada suara aku..)hihih

Suasana sunyi, bos diam..aku pun jadik terdiam sebab tadek respon. huhuhu..

Aku sambung lagi : Puan, saya rasa CIDB ngan PKK nie, setengah hari kot. yerlah, esok nak raya kan. nak masak bagai...(dgn harapan, bos bagi setengah hari)

sekali...

Bos: Biar CIDB SETENGAH HAGHI, KITO NIE KOJO KONO SEHAGHI. (ada tekanan skit kat situ)


RUMUSAN: Jgn mintak setengah hari, kalau nampak bos tengah dedikasi wat keje. memang tak lepas! huhuhuh...

Monday, October 8, 2012

Friday, October 5, 2012

Jangan Kerap Sangat Jentik Aku...

Aku boleh bersabar...dan aku nasihatkan orang lain juga, bersabarlah.
tapi, dah aku penah cakap, jangan selalu sgt jentik aku.
Aku lain kalau kene jentik bnyk kali nie..

Monday, September 24, 2012

Woi, woi..Kau Mengarut woi!

Sila jangan cari perkara/ item/ benda alah/ jadah/ atau apa2 yang sewaktu dengannya yang berbaur lucah dalam blog aku.
Maaf banyak2 yer...!
No searching the lucah things!

Bye :)

Monday, September 17, 2012

Semalam, aku bermimpi..
aku dalam satu Majlis Ilmu...

oh atau aku berada bersama2 golongan yang mahu khatam Al-Quran?

aku dipelawa dgn baik oleh seseorang...
Ya, dia bergelar kawan...

Surah apa pun, aku tak ingat..
Lantas, di depan aku dan seseorang, seorang guru sedia menunggu aku..

Baca...

"Au'zubillahiminasyaitonirrojim, Bismillahirrohmanirrohim..."

Suara itu kata "Salah! Ulang balik ayat tu"
Aku mengulanginya kembali..
Namun Salah lagi katanya.

Akhirnya aku marah padanya. tapi marah dalam hati.
Berulang kali aku cuba membetulkan...tapi sayang, tetap salah..

Wahai Al-Quran,
alpa kah aku bila ayat2 mu kelihatan janggal untuk dibaca oleh ku?
aku baru tahu, lama sudah aku hanya memandang mu disudut sana?
hanya berhabuk di atas gerobok?

Hanyutkah aku bila mana aku jarang membaca mu?

Friday, September 14, 2012

Selamat hari raya. selamat hari-hari..
Alhamdulillah, aku masih sihat walaupun batuk2 (musim kan?).
Alhamdulillah jugak, aku ada feel nak sambung menaip dalam blog. sebab, kononnya hari tu nak cerita gempak2 super tak hengat..tapi akhirnya, aku memutuskan cerita sikit2 jer..heheheh

Walaupun aku tak post apa2, tapi jari telunjuk ngan jari hantu nie ligat lagik blog walking..hehehe...sentiasa jgk mengikuti perkembangan2 kawan2 bloggers.
walaupun aku tak dikenali. :)

Baiklah, tak bnyk cerita juga tak bnyk gambar...tapi...adalah sikit.

Tahun nie aku beraya bersama suami...Di Sabah..hihihi...
Tadek gaduh2, manja2 ada (loya! hahahah). then aku dan keluarga mentua pakai baju seraga..memang boleh buat perbarisan maulidur rasul. hihihi..
tapi aku berterima kasih dgn mak mertua sebab sudi sponser baju menantu untuk julung2 kalinya...cantik, meriah...hihihi

Inilah keluarga mertua aku...hihihi

Masa nie, aku cakap "gaya bebas! "- daaa..hasilnya!

knp perut tu?? ermm...
ok..tu kat sabah..
kat Johor pulak, tadek gambar..aku balik Johor 30.8.2012. sambut raya dah lewat jugak dengan mak. kesian mak. kalau dulu, akulah org yang bawak dia pg bazar raya, malam raya tu cari baju, cari macam2 utk persiapan raya.
Adik aku cerita, Malam raya mak nangis sambil tgk tv. mak teringat kat aku...menitik2 air mata mak..huhuhu...Sadis! (tetiba, terkeluar dalam mind aku lagu Ramlah Ram :" Ibu....aku telah dimiliki, jauh ku tinggalkan desa ini..."-tak memasal emo..tapi tak salah emo, sebab...mak nangis! huhuhu

k, terpanjang dah nie..jadik, aku spend masa dengan mak. mak nak pg situ, pg sana, aku bawak jer..:).
"wa..gambor mana??" ahahahah..gambo tadek. aku lupa nak pinjam kamera dari suami ku..uhuk!

so, sekarang setelah ku lewati hari2 yang telah lalu, maka aku bersuka rialah pula ...maksudnyer..? . aku sambut kat tempat keje lah pulok! ikiki..






Makan?= macam2
Perut?= dah menggelodak.
Berat badan? =heh, dah bertambah..badan pun dah naik! aiyo!!

hihihi..oklah, sampai sini jer...perut aku dah rasa lain sebab makan mcm2 siang tadi. nasi dagang, bihun, satay, laksam, kuih muih, biskut raya, cendol, air laici, air jarang, pau, roti jala..adess! mcm2..
tapi ALHAMDULILLAH sebab Allah limpahkan kita dengan rezeki Nya. Masa makan beringatlah kpd muslimin muslimat, org2 yang tak senasib dgn kita yang tak dapat makan, yang makannya tak menentukan?...

Sekian, aku yang baru ada mood :)

Sunday, September 2, 2012

Raya

Bismillah...
Uishh, lamanya tak update blog. dari belum raya sampai dah setengah bulan raya. tak jgk update2. Bukan apa, punyalah mencari mood, baru harini rasa ada sikit mood (itupun paksa...uwekk)

Alhamdulillah, aku selamat beraya di Sabah..Dan Alhamdullillah aku selamat beraya di kampung halaman di Johor walaupun tanpa suami disisi...
Alhamdulillah jugak, semuanya tampak hebat dan tiada insiden2 berlaku...

pssst! sebenarnya tak tau nak update apa (walaupun ada satu rasa kat lubuk hati neh yang telah dipendam begitu lama...). tapi nantilah, aku update. hah, yang tu super tak hengat punya hupdate siap gambo2 lagi..:)

Assalamualaikum...

Tuesday, July 17, 2012

Nak jumpa mak. nak jumpa mak. rindu mak. rindu mak.
aiyooo! apa kene nie!

rindu

Rindu suami.
Rindu nak mengadu dan bercerita.
Rindu nak masak utk suami
Rindu nak shopping dgn suami
Rindu nak pegang tangan suami...
Rindu!!!!!




SIKIT

Sikit jer kali nie.

Entah knp, tak sedap hati.
Allah...apakah kali ini?

Wednesday, July 11, 2012

Tiap Saat Bermakna kan Suami?

ini, hari Ahad..

Malam tue jugaklah aku mengidami sesuatu iatu....

Japan Boat Takoyaki :)
Sedappnyer, panas-panas...dah lah cair jer kat mulut..ngap!

ermm, pastu isnin tu duduk umah, masak n masak untuk suami. sempatlah buatkan karipap yang x menjadi kat suami, masak itu ini..kalau citer pun malulah.. tak sedap...hihihihi

petang isnin, jalan-jalan kat pantai...

petang itu nyaman, cuaca sangat baik
air tak pasang...


mula2 tapak sulaiman




mengenang esok nak balik, tinggalkan suami...

hari semakin gelap, aku kene tinggalkan suami...esok. titik.

itulah, mmg dah biasa kita dengar kahwin jarak jauh. dah biasa kita dengar. tapi, yang merasa, rasalah...:)
semoga, kita kuat...kalau gaduh pun kejap..sebab kita jauh...:)

bye..