I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Tuesday, December 25, 2012

Pop Fest : SAVE GAZA



Assalamualaikum wbt...dah lama aku tak update blog nie...banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan ..tapi  asyiklah bz dan tak tak tau nak mula mcmna..hihihi

Korang nampakkan gambar kat atas. Sabtu dan ahad lepas bertempat di parking bas2 Uitm Shah Alam, berlangsunglah POP FEST: SAVE GAZA dimana festival ini diadakan bagi membantu rakyat Palestin. Ia serupa dengan Jualan Amal dan bergabung meletop dengan Jualan Bundle Vintage yang mana Pihak penganjur telah bekerjasama dengan para2 usahawan barangan Bundle...:)





 Kedai bos aku pun tak ketinggalan mengambil tempat untuk membuat jualan amal disitu. Kami hanya menjual Jaket jeans dan jaket kulit. Alhamdulillah, jualan amat memberansangkan. Walaupun kami, para peserta diduga dengan ribut dan hujan, akhirnya berjaya jugak Pop Fest : Save Gaza.

Bukan sekadar Jualan Barangan Bundle, Gerai2 yang menjual Mafla, Cawan, Tshirt Save Gaza juga terdapat disitu....
Solat berjemaah setiap waktu, Ceramah Agama, Persembahan Nasyid pun ada. Kemunculan Penyanyi tersohor, Papa Rock iaitu Ramli Sarip juga membuatkan kami tertunggu. Nyanyian berunsur keagamaan inilah sebenarnya salah satu ubat hati selain ceramah agama. Forum yang menceritakan pengalaman berada di bumi Palestin pun tak ketinggalan di selitkan dalam aturcara Pop Fest: Save Gaza.



Kemudian, aku juga diduga... Masa hari pertama aku menjaga gerai, adalah seorang makcik nie datang kat kedai. belek2 baju kemeja jeans yang kami jual...Mula2, dia kata besar2 baju yang kami jual. kemudian, dia tanya plak, baju perempuan tak ada ke?. Lastly, dia bisik kat aku ,."awak kata nak tolong Palestin, tapi awak jual barang yahudi nie. Wrangler, Levi's, Polo...semua barang Yahudi...". respon aku cuma senyum jer. Allah tahu niat aku dan bos. Bukanlah maksud aku matlamat menghalalkan cara, tapi Aku tak berniat untuk menyokong Yahudi...Aku ajukan pada bos aku, bos aku pun just cakap sabar jelah..
Ok, kita lupakan hal ni...

Walaubagaimanapun, aku dan kawan2, kecewa sedikit kerana promosi tentang Pop Fest sepeti tak meluas. Mungkin, lepas ni pihak penganjur kene giatkan usaha untuk mempromosi Event seperti ni. bukan apa pun, kita nak membantu Rakyat Pelestin yang menderita.

Allahu Akhbar!
Ada gambar, tapi aku lupa nak bawak kamera...Insya allah, aku akan update lagi!




























No comments:

Post a Comment