I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Monday, December 16, 2013

REDHA

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah menyakitkan hati orang lain.
Orang ingat kita segaja, sedangkan tak sengaja. mulut kita bercakap disertai dengan reaksi wajah, kdg2 org salah sangka jugak.
yg penting, bila dah rasa kita mcm buat salah ker..(sdgkan tak berniat), agak2 rasa xsedap hati, mintak maaf jerlah.
kalau orang tu nak maafkan kita, alhamdulillah. kalau tak dimaafkan, kita berserah je pada Allah...
ALLAH MAHA MENGETAHUI :)

Thursday, December 12, 2013

Hampir 'mati'

Dia telah 'membunuh' aku
satu persatu terhiris luka
berkecai-kecai hati aku dipijak

tangisanku tak bermakna lagi
pedih sakit tak terhingga
lemah longlai aku tergantung
ditinggal begitu saja...

Dia hancurkan hidupku
sikapnya memang membunuhku
lepaskanlah aku betul-betul
cukup lelah kali ini
aku tidak mahu..dia membunuhku..

berikan aku kebebasan

Agak sukar untuk ber'karya' kalau2 semua dikaitkan dgn kehidupan kita.
inillah aku yang berimaginasi dan Suka meletakkan diri aku dalam situasi...jadi, aku harap, yang membaca karya aku ni, jgnlah asyik menganggap aku mengalaminya..:)
PEACE NO WAR

Wednesday, December 11, 2013

dimiliki

aku tahu aku cinta
tapi aku tak dapat meluahkan
aku tahu aku sayang
tapi egoku benar-benar memberat

sayang,
kau tunggu hingga kini
hanya untuk menunjuk bukti
bahawa kau berjaya kini

sayang,
kerana aku meninggalkan mu dulu
lantas kau mencipta ruang
menjadi seseorang yang mampu mencelikkan aku
namun sayang,
kini kita mempunyai masa depan sendiri

kau dan aku kini berbeza
sayang, terima kasih...
kau tetap dihati walau aku telah dimiliki...
(Nukilan 11.12.13)


Friday, December 6, 2013

Rentetan dari kekusutan

Sedang aku bersila di atas katil sekarang, aku rasakan semacam dengan perut aku. rasa nak muntah. loya. pening..semua ada.

jam telah menunjukkan 11.38 malam. mata sudah mengantuk. kalau ikutkan, aku mahu saja bertahan melayan Maharaja Lawak 2013. namun, apakan daya setelah nabil membuat kelakar yang kurang menyengat, aku angkat kaki, masuk bilik. menjengah ke tingkap..satu-satu kereta lalu..oh, malam masih muda juga rupanya.

kata2 dalam hati, tidak berhenti disitu. fikiran aku menerawang entah ke mana..aku mengambil selimut terus membaluti diriku.
aku terus bertanya dalam hati "Kalau karaoke malam ni best jugak. tapi sapa nak teman??". "Teringin pula lepak di Pak Li Kopitiam, tapi ada ke kawan??". Oh, akhirnya aku meluahkan rasa bosan. Bosan. bosan. bosan.

Loya masih lagi terasa...minyak angin menjadi peneman aku malam ini.

Tahukah kalian, mahu saja aku menjerit menghilangkan kekusutan yang melanda aku ketika ini??. Rancangnya, mahu saja aku pergi menjengah lautan luas, pantai yang putih esok hari...Tapi. mampukah aku keseorangan??

Apalah yang aku membebel malam2 buta. penulisan itu suatu yang subjektif...aku kesorangan malam ini...

Sunday, November 3, 2013

QS CORNER

OK, bagi semua warga kerja yang ada kaitan dengan Ukur Bahan, bolehlah kita tambah-tambahkan ilmu kita dalam Bidang Ukur Bahan terutamanya dalam Pentadbiran Kontrak.
SELAMAT MEMBACA! http://www.qs-interactive.com/

Friday, November 1, 2013

Hitam Putih Khidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Tuesday, October 22, 2013

Kali ni aku...

Buah cempedak di luar pagar,
Sudahlah besar payah nak capai
konon menaip hati berkobar
apakan daya idea tak sampai

Alamak, sawang, habuk, anai-anai, labah-labah pon ada..
blog..lamanya aku tak menaip...aiyo....

Nipun beli wifi RM2 kat kedai Topup pakcik Exora kat flat sek 7 barulah berpeluang nak update blog.
 kalau tak, ada jugak yang jadik spider woman kang,,(dek kene sengat bisa spider..)
 Tapi adalah jugak masa blogwalkig.

Hamba ni bukanlah blogger peramah. hamba lebih kepada anonymous,,hihihi..suka membaca kurang komen. itu tandanya, hamba masih lagi mengikuti cerita2 tuan2 hamba yang lain..:)

Sekarang ni hamba kurang sihat,,,semakin debab..dan lembap... hihihi..
hamba selalu mkn malam..padahal suami pun jauh....makan tak henti2...adoi..

Muka hamba pon semakin 'cerah',kihkih ...penangan pergi melawat 'defect' di site2 sekolah yang mempunyai Sistem Solar Hybrid di pedalaman sabah.

Actually, aku ni memasang angan untuk bercerita tentang percutian ke Medan, Bandung, Bali...tapi, kekangan masa itu telah membuatkan aku kaku..sebu! langsung takde idea nak mula...
Pastu, terkubur dgn aktiviti2 kerja juga aktiviti sosial (setelah aku menghabiskan pengajian Diploma aku).

Alhamdulillah juga, Hari isnin depan aku akan menghadiri majlis Konvo aku sendiri...Bersama mak dan suami tersayang. tak lupa juga kepada sahabat2 yang mungkin datang meraikannya,...

Alhamdulillah lagi. rezeki datang tanpa diduga. Maka benarlah kata hikmah.."Bantulah sesiapa yang memerlukan tanpa meminta balasan.. nescaya Allah akan membalasnya dengan sejuta kemanisan tanpa engkau duga- Sudah pun aku rasa..

Ok, Aku juga sekarang nie sedang melayan cerita LOVE TOU MR ARROGANT..(aku sudah menjadi poyo kerana boleh menitiskan air mata dan roh pelakon 2 itu kadang kala telah memasuki dalam diri aku.
SEKIAN, cerita pendek dari aku.


Thursday, May 9, 2013

Lebih sangat

Terlalu cakap orang sampai terlupa aib sendrii. Sebelum menghina, nilailah dari sudut mana banyaknya amalan dan kebaikan kamu. Jangan berlebihan bila mana mahu menjadi diri sendiri. Takut tertikam diri, merana hati, maf tak bersambut akhirnya memakan diri.

Wednesday, March 27, 2013

AYAH...

di suatu masa dulu, aku pernah menjual popiah mini buatan tangan mak utk aku jual di sekolah rendah. Tak ketinggalan tempeh sambal juga ada.  kemudin, aku membantu ayah menjaja di tepi jalan di Simpang Renggam hingga malam. kami menjual kuih muih. Aku teringat, ada suatu hari, datang seorang pelanggan, datang membeli karipap. namun tak lama selepas itu, dia memulangkan kembali kuih karipap dan meminta juga duit dari ayah. waktu tu, aku sedang membaca buku. Aku menangis di belakang van sebab sedih, karipap yang kami jual dipulangkan balik. tapi, ayah tenang...senyum jer..

Aku juga dulu sekolah jalan kaki. pergi dan balik jalan kaki. ayah kerja jauh di Simpang Renggam dan ketika itu kami tinggal di Machap. Petang balik sekolah, jarang ayah ambil. kadang, sampai ke senja maghrib ayah tak kunjung tibe. nanti, ada cikgu yang duduk dekat dgn sekolah Seri Machap tu, tumpangkan aku sekejap. aku selalu nangis dan sedih sebab ayah selalu tak amik aku. last2 , jiran aku yang ambil dgn moto vespanya.

pagi2, kalau sabtu ahad, aku tolong mak gulung popiah, buat kuih hantar ke restoran Jaya. masa tu, Restoran jaya menjadi tempat bas2 berhenti rehat. tapi, sekarang..restoran tu dah tak de...
kadang tu, demam2 pun mak buat jugak kuih.

lama2, ayah mak senang sikit. Ayah beli kereta...
Kereta ayah baru, cantik. Aku masih ingat no. plat kereta tue..JN1654.. Aku suka sgt masa tu ayah dah pakai kete baru....aku sentuh kereta..ayah marah betul dgn aku. sebab dia kata kotor nanti.. kecik hati anak...

Aku dulu, tak de masa nak berjalan2 dgn kawan. rutin petang sikit, dah kene pg mengaji. Aku suka pg mengaji sebab masa tu aku boleh melaram dengan tudng2 mak. hihihi..ayah kata nak bagi hadiah kalau cepat khatam al quran.

dan yang paling aku ingat, ayah kata nak bagi hadiah jam tangan kalau dapat no. 1 dalam kelas. Aku tak penah dapat no. 1 dalam kelas masa sekolah kebangsaan, tapi bila dalam sekolah agama, aku pernah dapat no,. 1.. Ayah belikan jam..suka sangat masa tue.. tak lama pun jam tu..dah hilang dah..

pernah sekali, aku lihat ayah tidur balik dari kerja. aku nampak ayah tutup mata rapat. aku dengar dengkuran ayah. kuat..siap ada bunyi  ekzos..hiihih..
tapi aku rasa sayu..sebab ayah penat...jujur betul masa tu wajah ayah...

 ayahlah dulu yang membela aku, dan menjadi super hero bila mak nak bantai aku...maka kalau bantai, habis birat badan2 nie..tapi, kerana birat, kerana kene tidur kat luar rumah sebab buat salahlah, aku boleh berdikari mcm sekarang. aku tak merasa bangga..sedikit pun tak..tapi aku bersyukur, ALLAH beri kesusahan kepada aku agar aku dapat menilai kehidupan akan datang...

Sebelum aku masuk sekolah teknik, rumahtangga mak beranatakan dgn ayah. aku selalu berazam nak keluar dari rumah..nak duduk asrama..Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku...aku dapat pg sekolah menengah teknik kluang. Mak je yang selalu tgk aku. ayah, boleh dikira... Kecil hati lagi anak nie...

sebelum aku masuk politeknik, aku pernah kerja di ladang kepala sawit. aku tak menyabit, tak juga memotong buah. kerja aku hanya mengutip buah kelapa sawit yang berderai jatuh atas tanah, membaja pokok dan setrunya menyorong buak2 kelapa sawit. ayah kata, mak kata, takde duit nak hantar aku pg politeknik. aku kumpul duit, dan alhamdulillah...aku berjaya belajar di Polimas, Kedah. ayah mak hantar sampai kedah. hantar, ayah terus nak balik. kesian mak...nak ber dua hari pun tak dapat..yang lain, aku uruskan sendiri...

Sebelum aku lanjutkan pelajaran ke SPACE UTM, aku diduga lagi. ayah berdiam diri aje...takda kata nak bantu cari duit untuk aku masuk universiti..Mak bergadai rantai untuk menyekolahkan aku sampai ke Universiti. aku tak tahu, ayah kenapa macam tu... kecil hati lagi aku...

Masa aku nak kahwin, aku pujuk ayah datang walikan aku...ayah kata, ayah walikan kalau nikah di masjid. kalau kat rumah mak, ayah tak nak. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar..tapi, bukan main sebak lagi, bila ayah sudi pakai baju melayu yang aku belikan walaupun sebelaum tu dia keras2 menolak utk pakai..Kurus ayah...cengkung ayah..dengan misai dan kaca mata hitam nyer...aku tahu, ayah bergenang airmata tatkala mewakilkan wali kepada jurunikah..sebak Ya Allah..
Ketika bersalaman dgn ayah, masa tu aku dapat rasakan, kasar tangan ayah yang banyak menjaga aku walaupun ayah makin banyak berubah sikap...

Ayah cium dahi aku..aku peluk erat ayah..aku menangis sehendak2 hati aku...ayah berbisik "wa anak ayah, jaga diri baik2, jangan melawan suami..."

Ayah, ayah, ayah...dah berapa hari wa asyik mimpikan ayah...


Bila mak dan ayah berpisah, dah lain...aku dan ayah, dah tak rapat..jauh betul beza dulu dan sekarang. mungkin banyak sgt faktor yang menyebabkan aku dan ayah jauh..jauh sgt...last aku jumpa ayah, sebelum raya tahun lepas. ayah makin kurus, dah ada kencing manis. Ayah pernah cakap, anak2 tak pedulikan dia..tapi ayah yang jauhkan diri...

mungkin ada yang bertanya, kenapa aku cerita semua nie..
sebab aku terlalu sebak dan sedih sekarang. AYAH makin lama makin menjauh dari aku...Telefon tak berjawab, msg tak berbalas...Aku rindu ayah sangat2....AYAH, WA RINDU AYAH...




Tuesday, March 19, 2013

kau tau, aku kecewa!

Aku tak suka, ko jadikan sesuatu masalah untuk ko rasa mcm ok, aku dah gagal..
aku gagal pun kerana kau. kau yang buat aku gagal.

Why not, ko set mind ko, aku takkan gagal kerana ko. ko nie masalah enteng jer bagi aku.
kenapa sesuatu masalah tu boleh menjadi batu asas ko nak jadikan penyebab ko gagal dan menyalahkan orang lain.

Bolehkan berfikiran positif. kenapa Allah bagi aku dugaan mcm nie? (jawapannya: sebab Allah tahu aku larat terima dugaan nie)

Kenapa masalah nie datang? jawapannya: ada hikmah dan aku akan selesaikan.

Ya Allah, bantulah aku untuk selesaikan masalah aku nie. Sembahyang, mintak kat Allah. kenapa tak pernah nak fikir, Allah akan bantu Hamba Nya yang mintak apa2 pun. cepat atau lambat, jgn  beratkan kepala. sambil tu berusahalah..

Dalam hidup nie, adik ku...jangan pernah kau menyalahkan tuhan...
Jangan pernah, kau katakan, gaji dan kesenangan yang kau dapat hari ini atas hasil titik peluh kau sendiri tanpa pertolongan Allah...

TOLONGLAH, BALIK PADA JALAN YANG BETUL..
Aku bukan seorang kakak yang terbaik, namun aku berusaha menjadi yang terbaik.
INGAT, Kau takkan jadik yang terbaik, jika usaha kau bukan yang terbaik...!


 

Tuesday, February 12, 2013

sahabat muslihat

Kau rasa kau hebat
apalah yang hebat
dari membicarakan seorang musibat

Biarlah ia musibat
kerana ia juga seorang sahabat
yang mana mungkin kau cari untuk
kau menjadikan satu tempat untuk kau bermuslihat

Kau biarkan hati kau tenang
kerana akhirnya...
kau boleh membezakan antara kau dan dia

kau boleh juga terus muhasabah adakah kau sepertinya?

Wednesday, February 6, 2013

PENGACARA MAJLIS 2- motivational talk with ida nerina

Alhamdulillah, ada gak kesempatan 'update' blog nie...
bukan apa, kesibukan yang org tak nampak kita sibuk :)

So, hari ini aku nak kongsi lagi tentang teks pengacaraan yang telah aku buat untuk sebuah ceramah motivasi.
Mesti ada yang tanya, ceramah motivasi pun nak ada teks2 jugak ker?. jawapannya: mestilah ada der.. Kitakan ada penceramah jemputan..kalau yang bagi ceramah tu kaum keluarga kita, tak payah kot. makanya, Bos aku bercadang untuk menjemput nama besar jugaklah dalam industri seni iaitu ida nerina. (Pelakon, pengacara, pengarah n etc lah...)
So knp perlu ada teks lagi?  sebabnya, kita kene bagitahu sikit tentang latar belakang. benar, dia orang yang dikenali..tetapi maybe tak semua yang kenal. its ok kalau kita kenalkan dia. then, satu lagi... selidik betul2 personal dia (privacy jgn ganggu ok??) hehehehe..jadi mana yang tak pro mcm aku, perlu ada teks. takut tersilap..:). (nah! walaupun ada teks! aku tersalah sebut nama dia..Ida nerina kata nama i sebutan yang betul bukan i-da nerina but i (ai) da nerina. i lahir kat us..so perasan omputih...(dia gelak...selorohlah tu..)..
quite kelakar jugak IDA NERINA ni. Semangatnyer kuat dan kental...

gambar taken from: TQ KAK IRA :)

KENAPA PERLU ADA TEKS LAGI, LAGI? sebab, ada org kenamaan yang databg. kita mestilah mengalu2kan  kedatangan mereka...

ok, dah banyak gak cerita kat atas, so kat sini ada teks. harap dapat membantu kawan2 yer..ada ilmu, kita share..sharing is caring kan?? hihihi.

**ada pantun di dalam nie, yang saya ambil dari internet..tapi saya lupa mana saya ambil..iflah owner ada terperasan, saya mintak maaf...tak silap, saya ada mohon guna pantun nie..TQ Owner pantun :)
** teks tak begitu formal kerana request dari bos saya :). mula2 tu kenelah ada protokol sebab yg bhg dato' pengarah JKR Selangor datang..:)


9.00 pagi /
14 januari 2013
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin.. wassolatu wassalamuala ashrafil anbiya iwarmursallin.. wa’ala alihi wasohbihi ajmain. rabbish rahli sodri wayassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqauhu qauli.


PEMBUKAAN ACARA
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan masa untuk mendengar satu ceramah motivasi yang bertajuk (Forced Innovation- A Personal Journey) yang bakal disampaikan oleh seorang personality terkenal.
Bagi memberkati majlis ini, marilah kita bersama-sama membaca Ummul Kitab…. Al Fatihah…….
Amin, amin yarobbal alamin.. semoga majlis kita ini akan mendapat keberkatan Allah hendaknya…
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera…
Yang Dihormati, Dato’ Ir Abdullah Bin Abd Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor.
Yang Berbahagia Tuan Ir. Abd Hamid Bin Md Daud, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor.
Yang Berusaha Sr. Norshimah Binti Meon, selaku penganjur majlis pada pagi ini, Ketua-ketua Bahagian JKR Selangor, Puan Penceramah yang dihormati iaitu Pn. Ida Nerina, tuan-tuan, puan-puan  dan para hadirin sekalian.


UCAPAN
Kalau ada dato’ Pengarah….
Bagi memulakan majlis, majlis dipersilakan Yg Bhg Dato’ Pengarah JKR Selangor untuk memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan pembukaan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan Yg. Bhg Dato’….
Terima Kasih Kepada Yg Bhg Dato’ di atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
KATA-KATA MULA




Para hadirin sekalian,
Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bernafas dengan tenang, bergembira meraikan kejayaan, merasa sedih diatas kehilangan, senang kata kita masih mampu menikmati kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Bagi insan kerdil seperti kita, kita senantiasa mahu melakukan perubahan yang baik dari hari ke hari..Kita bukanlah sesempurna mana, namun kita berhak menjadi yang terbaik kepada majikan, keluarga, Negara khususnya.
Perubahan dalam kehidupan adalah sesuatu lumrah yang tidak dapat dielakkan. Kita perlu sedar bahawa perubahan ada kalanya datang dengan perancangan rapi, ada ketika terjadi tanpa diduga. Persoalannya, Apakah  Perubahan itu satu kemestian untuk mengecapi nikmat kehidupan?
Bagaimana pula jika kesempurnaan berakhir ditengah jalan, adakah kita bersedia untuk menempuhi ujian yang datang? Mestikah kita melalui satu gelombang perubahan yang mungkin datang tanpa kita diberi pilihan?
Semua ini adalah antara persoalan persoalan yang seringkali menghantui kita …dan dalam usaha kita memotivasikan diri , melengkapkan minda dan mempersiapkan diri dengan arus perubahan ……marilah kita bersama-sama mendengar pengalaman seorang insan tentang kesediaan beliau melakukan perubahan yang perlu dilalui dalam satu kehidupan dimana keselesaan dan kesempurnaan seseorang mengalami perubahan yang tidak terduga dalam persekitaran yang memerlukan perubahan dilakukan.
PENGENALAN IDA NERINA
Penceramah kita pada hari ini adalah seorang personality yang dikenali ramai. Beliau tidak lain, tidak bukan, Personaliti Pn.Ida Nerina. Sebelum itu, sedikit info tentang latar belakang beliau..
Pn. Ida nerina hussain atau lebih dikenali sebagai ida nerina adalah seorang pelakon, penerbit dan pengarah yang telah memulakan karier pada tahun 1990-an dan telah memenangi beberapa anugerah di dalam industry seni.
Malahan, pada tahun 2008, beliau telah terpilih untuk menyertai Amazing Race Asia musim ketiga bersama rakannya dan telah mengharumkan nama Malaysia dengan  mendapat tempat ketiga di dalam rancangan realiti tersebut. Syabas kepada Pn. Ida Nerina.
Saya difahamkan semalam adalah hari lahir puan ye?. Tidak lewat rasanya untuk kami mengucapkan Selamat hari lahir kepada puan. Semoga puan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Ye Yg Bhg Dato, Tuan-tuan dan puan-puan, semangat yang kuat serta usaha berlipat ganda untuk pulih dan bangun seperti itulah yang telah membawa beliau ke sini. Kami bawakan PN. IDA NERINA untuk menyampaikan ceramah MOTIVASI yang bertajuk Forced Innovation- A personal Journey.
SELESAI CERAMAH:
TERIMA KASIH KEPADA PN. IDA NERINA
Terima kasih kepada pn ida nerina diatas ceramah yang telah disampaikan itu tadi…
ULASAN
Setelah kita mendengar kisah hidup puan penceramah, apakah kita masih lagi tidak mahu berganjak ke hadapan dan bangun untuk berubah kearah yang baik?. Nilaikan pandangan negative orang lain kepada kita dgn satu pandangan yang positif..
Sedikit panduan pengukuhan iman bagi pekerja seperti kita yg telah saya ambil dari tulisan Dr. Sharifah hayati syed ismail, Berita Harian, Sabtu lalu. Pekerja yang baik haruslah
1)   Memperteguhkan niat kerja untuk mendapt keredhaan Allah supaya kerja tidak sia2.
2)   Teguhkan hati dan akal dengan sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap titik peluh dan usaha adalah suatu ibadat, sedekah serta penghapus dosa.
3)   Kukuhkan nilai baik dan mengikis nilai buruk dalam diri
4)   Menerima dengan sabar serta redha akan sesuatu yang diperolehi s/ada suka atau tidak setelah ia diusahakan dalam proses kerja
5)   Menganggap setiap hari adalah hari yang terbaik seprti Jumaat dan setiap bulan adalah bulan yang paling mulia seperti Ramadhan untuk memotivasikan diri merebut kebaikan pada setiap masa dan ketika.
6)   Membayangkan seolah2kerja kita hari ini adalah kesempatan usaha yan terakhir kerana dengan mengingati mati dapat menghidupkan hati.
Justeru, sebagai pekerja Muslim yang berazam kearah profesionalisme marilah kita menguatkan hati dan minda dengan pengukuhan iman sepanjang hayat.
SOALAN PESERTA
Majlis berbesar hati menjemput para hadirin yang ingin mengajukan soalan-soalan kepada puan penceramah kita..Dipersilakan
HADIAH KEPADA YANG MENGAJUKAN SOALAN
Dipersilakan puan..Sila puan beritahu nama dan seterusnya soalan puan.
a)   Diminta sahabat saya untuk memberi hadiah kejutan kepada Pn.  ............      .
CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH
Majlis berbesar hati menjemput Yg Bhg Dato’ untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn. Ida Nerina.
Terima Kasih kepada Yg. Bhg Dato Pengarah JKR Selangor.
PENUTUP 1




PENUTUP 2
Madah diungkap santun biCara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara Pohon diampun seikhlas hati

Tari beradat langkah bertingkah Kalung suasa menghias dada Tiba saat kita berpisah Cemerlang ditingkat jemu tiada

Tamatlah sudah sesi ‘2 jam’ kita pada hari ini.
Saya dan juga bagi pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn penceramah kita, Pn. Ida nerina dan juga kepada semua yang memberi sokongan untuk hadir pada hari ini. Semoga liku-liku perjalanan kehidupan yang telah Pn Ida lalui  dapat membakar semangat kita semua untuk menghadapi perubahan di dalam liku liku kehidupan seharian.…
Akhir kata dari saya ‘KEKUATAN TIDAK SEMESTINYA DARI KEMAMPUAN FIZIKAL, TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH”
Wabillah…..wslm wbt…