I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Sunday, August 28, 2011

.....2: sempena raya

http://73khawarizmi.blogspot.com/?expref=next-blog

....

Betul kata Ede, sahabat tu susah nak jumpa. yang ada hanyalah kawan baik. tapi nak menilai seseorang tue sbg sahabat bukan s"GAMPANG" itu...betul, bukan senang.
Yerlah, kadang2 dari segi mana yang boleh dikatakan sebagai sahabat?. kadang2 kita merasakan kawan baik boleh dikatakan sahabat. tapi tidak sebenarnya. sahabat ialah, bak kata ede dan pemahaman aku lah:

aku susah, ko tau aku susah dan semampunya tolong (walaupon nasihat)
kau susah, aku cuba tolong.
kau xda duit, aku tolong.
aku xda duit ko tolong.
aku tersepiT, ko tolong
ko tersepiT, aku tolong
ko sedih, aku sedih dan rasa sama2
aku sedih, ko sama sedih dan kongsi..
aku boleh lebih kurang, Kau boleh lebih kurang
aku tolak ansur, kau pon tolak ansur
kau sokong aku, aku sokong ko
aku jaga ko, ko jaga aku

dan apa2 yang berkenaan sahabat, takkan pernah mencetuskan iri hati, dengki, rasa nak 'up'2 sendiri, rasa selfish, rasa hipokrit.
semua yang berkenaan sahabat, takkan pernah ad yang cela. khianat mengkhianati. everything gonna be alrite. lebih kurang, lebih2..
yang penting,tak mengharapkan balasan. (walaupun memang sebenarnya, give and take tu kene ada. wajib ada..)
TAPI, MEMANG SUSAH...SUSAH NAK CARI SAHABAT....yang ada kawan baik :)



Thursday, August 25, 2011

POKEMON yang berpura2


Memang damn!!!!!!!!! Hari nie aku tak kira aku nak mencarut!!!!! memang Bofo dohfo sapa yang plan iklan, jual tender sampai 29.8.2011. damn!!!!! susah bofodohfo!!!!..
POKEMON tu berpura2 mcm bagusz. Depan kitorang kau kata mcam nie. menuding jari pada org nie. tapi hakikatnye, ko berpura2. kau memang raya, habis aku? dari hari rabu sampai khamis nyambung pulak jumaat aku tak habis lagi marah nie...aku harap, isnin nie aku cool. mungkin ada hikmahnya apa yang jadi. bak kata angah, sod, ba, ro=sabar.
Betul jugak, kadang2 kita boleh tolong orang tapi belum tentu orang nak tolong kita dgn seikhlas2nya...


Wednesday, August 24, 2011

aku sedih sgt arini..

Akibat....
Semalam aku keje. sampai ke malam. terlalu sibuk nak sms HIM. kebetulan pulak aku tak perasan HIM dah topupkan aku. Manalah aku perasan. sangka aku DIGI hantar mesej2 promotion mereka. Seperti biasa, aku rasakan HIM akan paham yang aku keje part time. Memang sibuk giler, sampai aku sakit2 pinggang bongkar barang2 bundle kat kedai. bukan kedai AYAT FASHION jer tapi sekali ngan AYAT BUTIK. adoi..rasa nak call HIM n berbual tu ada, tapi nak wat camana. lagilah pulak bos bundle dah bg ceramah free mengenai Progress Kedai. Sale Kedai. Lagilah aku takut nak tgk hs..heheh

then, sehinggalah jam 12lbh, aku curi2 tgk hs. ada 4 missed call, n 2 msg. Aku dapat balas dua msg jer. pastu tak der kredit msg n aku kol kejap. HIM off hs. alasannya, bateri kong.

So, harini...aku tak dapat sebarang msg ataupun panggilan sehinggalah kol 12.30tgahari tadi, aku rasa tak sedap hati. maybe HIM marah. then, bila HIM pick up call ada rasa lain dari suaranya. Seakan merajuk ataupun marah aku tak tahu. Dan aku rasa tak sedap hati. rasa macam ada orang di sebelahnya...tapi, cepat2 aku positifkan diri aku. aku takut, masa lalu berulang kembali. mintak simpang!

Aku takut...
Tadi dan Sekarang, rasa sedih tu membuatkan aku menitis airmata.
sampailah ke solat tadi, aku berniat..terus lintaskan dalam hati :

"Ya Allah, jika ini dugaan...Terima kasih kerana menduga aku sehingga aku cuba bersabar
Ya Allah, Seandainya dia bukan jodoh aku, bukan teman hidup aku pada masa akan datang, Jauhkanlah dirinya. Seperti mana kau jauhkan hati ku dari Yang lalu...Seandainya dia jodohku, kuatkanlah hatiku, semangat ku seperti yang kau selalu beri pada aku...
Ya Allah, Ampunkan dosa2 ku Ya Allah dengan kealpaan aku ketika ini"~Amin~

Kenapalah airmata nie senang sgt nak keluar. benci betul. tapi kalau tak nangis, hati tak senang sikit. hermmm...Bila jadi macam nie, aku risau dgn kegagalan..aku risau.
maybe sentap nya hati aku nie sampai ke dalam. sampai aku tak mampu nak ingat dia..

hemmm



Tuesday, August 23, 2011

Boleh Mencarut?

aku nie bukan baik sangat dalam kerja..selalu gak tolak ansur. tapi ada masanye, kalo org terlalu berkira dgn aku, aku rasa mcm "kau tu gampang " arr.. ~~sila translate gampang bahasa indON~~ Gerenti ia bukan satu carutan. dan hari ini, aku terlintas dihati yang kawan aku nie berkira sgt..adoi..sakitnya rasa. dahlah tension kenemarah ngan Timbalan. Timbalan ni pun satu. agak mcm lalang tue..belah sini kata, begini "oh, begini kah?". kalo belah sin kata gitu "oh, begitu kah?" piiirrrahhhhh..
bulan pose ni bulan baik. jgn bagi aku hot dahlah...adoi..masalah lah.
then sentap harini ngan Him.. dah nampak dah ego dia. Fine! kalau nak tunjuk ego tue, tunjuklah sebelum apa2 jadi. aku tak der masalah .(ye ke tak der masalah.?). memang sentap sampai ke hati.....arhhhhhhhhh!!!! wth!

Saturday, August 13, 2011

Bersama Selamanya

Hermm, pejam celik, pejam celik dah 4 hari aku di Sabah.Cuba menghargai sambil Merentasi masa yang sangat berharga. Aku juga mencuba jadi yang terbaik bila berada di samping dia. Alhamdulillah, apa yang aku harapkan, semuanya berjalan lancar.
Mak dan kawan2 tak jemu2 menanya kabar aku disini. Alhamdulillah, masih ada yang mengambil berat akan diri ini. Biarlah hari ini, segala kata2 aku seakan2 teratur. (skema). 
Dari dasar hati ini, aku rasakan yang aku cukup bahagia dgn semua yang aku lalui. Adakah ini hadiah dari Allah setelah aku melalui saat2 getir selama 27 tahun aku hidup. Melalui rumahtangga mak dan ayah yang hancur musnah, menghadapi perkahwinan kedua mak, melihat adik2 membesar membawa diri sendiri, mengajar aku n adik2 berdikari mencari sesuap nasi...Adakah semua pengalaman2 ini, telah cukup mendewasakan aku?. Adakah aku dah sedar yang aku cuba menghalang "sesuatu yang Indah" dalam hidup aku. (Biarlah rahsia).
Kegagalan rumahtangga mak n ayah, sedikit sebanyak menggugat rasa yakin aku nak kawen...betul, aku tak tipu. apatah lagi terlalu lama berada dalam kesusahan...(Allah tahu apa yang aku rasa). Alhamdulillah, senyuman aku tak pernah lekang. kehadiran kawan-kawan yang memberi penyeri dalam hidup aku. dan kehadiran seorang insan yang membuatkan aku rasa sgt bahagia...
Entahlah, banyak pula yang nak diceritakan. tapi biarlah ia aku simpan sampai mati. kerana kadang kala penulisan kita tidak dapat menggambarkan rasa hati walaupun hati dan jari takkan menipu...

Tuesday, August 2, 2011

Malam tadi

dah 3 minggu badan aku bisa-bisa. aku dapat detect yang aku dah tak boleh penat sgt. kalau tido aku tahan, kalau rehat aku skip, collapse lah aku.
kemuncaknye, malam tadi lepas sembang ngan abang, aku cuba betulkan posisi baring. badan aku tetibe rasa seram sejuk. sendi2 ni tak payah kiralah. adoiiii, sakitnya!!
lepastu, aku menggigil2...habis keluar peluh jantan, betina dan segalalah. aku dulu pun pnh mcm tu. ubat dia satu jer.., ayah atau mak aku akan peluk aku. pastu diorang jerlum aku ngan asam jawa.(asam jawa yang di bancuh ngan air). pastu, ayah atau mak aku akan picit2 badan aku.
tapi malam tadi, aku sapu2 badan ngan kaki aku ngan minyak panas..(tak lega pun!)
aku pun selubunglah pulak. peluh kuar sikit. kulin balik, dia rasa dahi, badan aku panas. dia picit2 terus aku tertidur. (sian dia..penat2 balik kijer, jaga aku )-thank u. darling!
pagi nie, aku berpeluh2 lagi. muka penat dah kurang nampak. kepala aku masih spinning n dizzy. jalan pun mcm orang mabuk. NAK REHAT!!!

Monday, August 1, 2011

Emilynn: | My Born Day |

Emilynn: | My Born Day |

Suddenly...

Tibe-tibe terfikir, kalau tak jadi mcmana? adoi...cinta mcm nak mati..tp akhirnye, kecundang di tepi jalan. kalo tgh jalan, mati mey...Hemm, mmg tah knp, brp harinie, emosi mcm diganggu gugat. bukan sape pon yang buat onak, diri sendiri jer..huhu
Hari ni aku nak ingatkan diri aku, yang aku tak boleh berharap terlalu tinggi pada hubungan cinta..(tak kisah pun lah dgn sapa). mungkin berharap yang baik ajerlah..skrg nie, perlunya membetulkan diri sendiri dulu..
Agak risau dgn keadaan diri sendiri..Caman nak ajar anak2 jadi baik, kalo aku sndiri tak betul. Upps! (Asal kawen sudah??~~Apakah??~~)
Tindakan menyimpan senidri rasa hati pun, tak betul jugak.sebab ada jgk penyebab mati tu, kerana bnyk menyimpan sakit hati, luahan hati, rasa hati n sgalanya yg berkaitan hati..Langsung "HATI MATI". (amekk ko!!)
What u give, u get back. I know what i did yesterday...:(
Ermm, tanyalah hati sendiri kan? Allah dah bagi akal fikiran, guna jerlah...