I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Monday, April 27, 2015

Hidup Baru


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum wbt...
 
Fuhhh...

Lamanya tinggal sesi bercerita di khalayak ramai. Entah ada yang singgah ke tidak ke blog ini..

Tak apalah, inilah hidup. Kalau tak muhasabah, tergendalalah segala impian... Contohnya macam inilah. Kononnye nak jadik blogger yang sentiasa update blog tercinta. Namun, sayang...
Hampeh!!!

So, apa yang aku nak ceritakan ni?. 
Yup, kisah hidup baru aku pada tahun 2015. APA YANG BARU?

Ok. aku cerita satu-satu. Pada awal tahun ni, aku sambung degree in QS.

Then, aku resign semua jawatan dalam JKR Selangor..termasuklah AJK Buletin JKR Selangor, AJK Laporan Tahunan dan semua tugasan sampingan aku. Walaubagaimanapun, bos restu tindakan aku. Bukan apa, aku dah pasang azam, let say kalau aku dapat bertukar ikut suami aku yang tinggal di Sabah, so peralihan jawatan tu taklah mengejut. Itu bermaksud, pengganti aku haruslah ada kan?.

Nak dijadikan cerita (konon), banyak kali juga aku follow up status pertukaran aku dengan Cik Mira baik hati, dari HQ....
Hari-hari follow up. Macam Ceti mintak hutang gitu. (ngeh, ngeh...)

Then, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari Jumaat, 27.3.2015 aku terima panggilan dari Cik Mira. Katanya aku dapat pindah. Tapi jauh sikit je dari suami. Korang tau, kat LABUAN katanya..(baca cara azwan ali haaa). aku pon gumbira, hati girang tak terkata. pastu tangisan sebak mengiringi kegembiraan. Alhamdulillah. n my bestie friend told me to sujud syukur. Amin..akhirnya..

3 years kami suami isteri hidup jauh. Macam-macam yang we all going through sepanjang 3 tahun ini dan akhirnya Allah memakbulkan doa kami. ALHAMDULILLAH...

So? am i too happy dengan penghijrahan ni? . Of course im happy... aku boleh dah berkepit ngan suami. jaga makan pakai dia. masak utk dia (walaupun tak sedap mana). and no more buang duit sewa hotel tiap kali dia datang menjenguk aku.

n the sad part adalah jauh dengan keluarga, my bff (my gonjeng frens (lily, lin, ajat,hajar, abg man, k.ana, mamy tipah, mama nob,  k.zilah- my beloved kakak, adik ku comel, fariza, my syariah advisor- kak ish, penyelamat keadaan- k.zam), my ofismate, house mate, uni-mate, and everything since 2005 aku masuk JKR Selangor. Banyak tau memories... 10 tahun korang. Ofismate yang baik, bos-bos yang tegas but keibuan, ayahanda yg baik, immediate bos yang open minded.. i will miss them so much... sob, sob...

TQ Allah kerana keindahan kehidupan yang aku perolehi.Dapat berbakti pada mak, adik-adik, pada bos2, pada sahabat2 dan lain-lain. 

TQ Allah, kerana makbulkan doa yang ku kirim kepada sahabat2 yang pergi umrah selama ini. Alhamdulillah.

Kali ini, pergi dengan tangan menggengam tugas baru. Berhijrah ke pangkuan suami, berhijrah di tempat kerja baru dengan bidang tugas yang baru... (Tidak apa berlainan bidang sedikit, itukan pengalaman...)

Alhamdulillah...


Lots Of love,
Suraya Azura










3 comments:

  1. Tahniah! Alhamdulillah...untuk degree dan sbb dpt pindah. Insya Allah hidup pasti tambah manis lepas ni ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dgn ucapan uji... Insya allah.. Datang lah labuan. Sy belanja mkn ketam;)

      Delete
    2. wah..ada org offer nak belanja mkn ni. best3

      Delete