I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Wednesday, April 9, 2014

PERUMUSAN Revised

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.

Lamanya aku tak update blog aku. (bukan ada org baca pong..:). tapi tq pada sis vee, aien, ujie yang ada jugak komen kat blog saya:). tq..at least aku tahu ada jugak org jengah blog aku. tq korang..:)
aku pun blogwalking jer.. kdg2 tu dah baca, aku tak tahu nak komen apa...sebab tak pandai nak mengomen sebenarnya..kihkihhi (tutup muka, gelak gedik).

Takde apa nak cerita sangat. cuma nak buat rumusan sikit apa yang berlaku dalam kehidupan aku dari hujung tahun lepas sampai tahun ni.

1) ACCIDENT KERETA: yang harunye, aku langgar kereta orang. depan dengan depan. Tapi, Alhamdulillah selesai dah betulkan kereta orang tu. tinggal aku punyer kereta jugaklah terkontang kanting. ngan bonet terjongek tu. Insya allah, aku percaya. Allah akan membantu aku dan aku akan berusaha membaik pulih keadaan wajah depan kereta yang dah tak berapa sangat tu :)

2) CATUAN AIR YANG BERSAMBUNG LAGI: Allah menghendaki  semua kejadian dan segalanya...dugaan kan?. kdg terlepas jugak tau, ngeleuh sorang2.(susahnya tak der air). tapi...cepat2 juga istighfar. baru ni dugaanNya. belum lagi yang maha dasyat ujian tu..Redha je..Semoga air kat empangan naik cepat. Amin..

3) ASTHMA SEMAKIN TERUK: Start dari Shah Alam kene jerebu tu, asthma dan batuk menjadi2. Kita ni pun bukan lama berpantangnyer, asal baik sikit, ais, makanan berminyak main tarah jer. semua masuk dalam mulut. n satu lagi, stress pun boleh menjadi punca asthma. yup! aku memang stress dalam minggu akhir bulan 3 ke awal bulan 4/2014. banyak keje sampingan yang perlu diselesaikan..Alhamdulillah, selesai jugak. Thank you kat my PPUB, Pn. Ema n KPPKUB sebab sudi tolong aku buat Laporan  Bahagian Ukur Bahan untuk dimuatkan dalam Laporan Tahunan JKR Selangor. Buletin JKR Selangor pun dah selesai...Alhamdulillah...

4) MH370: Kesedihan mengenang MH370 ni, mmg aku tak dapat nak elak. Sedihnye...Ditambah pulak kebetulan Co Pilot tu anak Timb. JKR Selangor. lagi pedih rasanya. SEMOGA BERTABAH DAN SABAR MENGHADAPI DUGAAN ALLAH.

5) IM529: Sebak, sedih, marah bila tgk gambar seramai 529 penyokong ikhwanul muslimin di gantung sampai mati. guna kren jer...zalim betullah tentera mesir ni. Al Fatihah sedekah terbaik untuk kesemua mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh disana.

6) MAK DATANG SHAH ALAM: Mak aku ada datang Shah Alam. nak rehat katanya. gitukan? . aku bawak dia jalan2 pusing KL...Pastu aku pg bentong Sabtu lepas. Bawak dia tgk air terjun Chamang dan bawak makan Ikan Bakar sedap kat situ. Pastu berjimba kat Ekspo Bentong. Giler siput punyer murah barang2 kat situ. Dari hujung rambut sampai hujung sudut rumah. ada jer. aku ngan mak aku memborong. Gitu katanya. kata release kan? hikhik

7)  JOGJAKARTA Cancel: Hah!! Yang ni memang Alhamdulillah. pasal apa tau. Kan haritu ada gunung Kelud memuntahkan debu. fuhh...memanglah Allah sayangkan kami. So aku ngan Lily settle refund tambang kami.

-Ini haa yang nak cerita: Atas sebab Bencana alam yang tak dijangka, maka Airasia menawarkan pulangan duit berupa CREDIT SHELL. Apa kebenda tu?. Credit shell adalah duit tambang kita yag tak jadik tu ditransfer masuk dalam satu tabung. Selepas itu, kita boleh gunakan credit shell untuk book ticket ke mana2 destinasi kita yang kita suka. Kita boleh book dalam masa 4 bulan dari tarikh pengesahan kelulusan permohonan Credit Shell. TAPI ADALAH DIINGATKAN BAHAWA, Credit Shell bukanlah secara automatik. ia perlu melalui E-Form yang boleh didapati di www.airasia.com/ask. Korang Isilah borang tu, (Boarding pass tu korang simpanlah atau scan untuk menjadi bukti bahawa korang punyer flihgt tu dah cancel.) 
Lepas tu, isi tempat description tu kenapa buat refund-Credit Shell.
Setakat tulis, -Bencana Alam di JOGJAKARTA- Haram langsung tak dilayan airasia... Korang explainlah detail...macam aku aku explainlah berlepas ke jogja sepatutnya biler. balik k.lumpur balik biler. 
Bencana alam jadik bile. apa tindakan korang selepas tahu berita tentang bencana tu? ada korang pergi kaunter? apa org kaunter cakap? ada dapat pengumuman tentang berita tu dari pihak air asia..semua tu kene bagi detail kat borang tu...

5 hari bekerja adalah jangka masa kita perlu tunggu respon dari diorang...Korang tgu jelah ok..insya allah akan reply. aku buat ni pon banyak kali. naik hangin rasa...

8.Sekian Terima Kasih...hikhik





7 comments:

  1. mmg byk citer ni . klu buat satu entry satu hari , leh dpt seminggu ...

    ReplyDelete
  2. Itu dia sekali harung semua cerita ye Su..
    Apa pun kena sabarlah bab Credit shell itu. Kalau dibiar rugi tak apa layan ajelah ikut apa dia mahu. Isi borang ke apa janji berbaloi..

    ReplyDelete
  3. hihi..mmg sekali harung kak...
    Alhamdulillah, CREDIT SHELL Setel dah. HO CHI MINH lah kita bulan 8 nie:)

    ReplyDelete
  4. Baru tau psl Credit Shell...
    Wah..best nya suraya..ho chi minh! Cuti2.

    ReplyDelete
  5. semoga segalanya dipermudahkan... Salam Ramadhan.. syukur masih diberi peluang...

    ReplyDelete