I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Thursday, April 5, 2012

dihati ini hanya tuhan yg tahu, di hati ini aku rindu padamu..(in team ker? atau intim? hahahah)

ayat diatas  adalah ayat dari lagu yg telah dinyanyikan oleh seorang suami kepada isterinya yang terhegeh2 menanya apa yang si suami rasa sekarang? sementelah si isteri tergedik2 + nyengih tunggu jawapan yang dia dah sedia tau...hahhahah

ini yang mampu en. suami luahkan pada aku. ada ni haa kat sebelah aku. menunggu aku dapat idea nak update blog. dalam kepala nie, macam2 nak citer..tapi mood tu bertahan sehingga 30 minit jer lebih kurang. selebihnya, sakit hati sendiri,,,sebab mood nak menaip dah putus. hahahaha...

baru jer tadi, aku tanya kat en. suami, buatlah luahan dia kat dalam blog aku....dia kata, dia tak pandai menulis. aku cakap kat suami, bukan suh tulis pun, taip jer. dia kata, dia tak pandai. hahaha....elok jer nulis kad befday aku. ayat...baik punyerr....

sambil mendengar dengkuran yang sepoi2 bahasa nie, baik aku terus menaip selagi ayat tu datang bertalu-talu. untuk bercerita tentang aku dan suami, ia akan berlarutan ...sehingga bila? sehingga kami tua...(insya allah).

kali ni, aku tak bnyk cerita...just nak upload gambar...gambar itu ada cerita nyer...
sekian, ini cerita nya....(ceh!! ingat nak citer bnyk?) hihi

KHATAM AL QURAN

knp aku tutup mata? sebab aku tengah khusyuk...haha

biasanya karaoke pegang2 mic, ni tibe ngaji pulok...huhuhu

makcik2 marhaban setia menunggu aku yang lambat siap :) tq...

NIKAH 


sayang awak en. suami!

Kaki ku sesemut...nak control punyer pasal...debor uuu....



3.3.12
KESEGANAN PULAK! Aishhh! heheheh

Tuesday, March 27, 2012

Bermula yang baru....SIRI 2

Aku tak tau kenapa bila aku baca balik "sesuatu yang baru ..." (entri sebelum nie , aku jadik sebak...tetibe kak oi, nak sadis2..hihihi)

Baiklah, setelah entri sebelum nie terhenti di situ, aku nak sambung balik lah..

Entri kali ini aku just nak share ngan para pembaca (yang menjengah atau secara tak sengaja terjengah) tentang persediaan kahwin. tadeklah banyak sgt nak share. hehehe...

Baiklah, aku telah meletakkan kepercayaan ku kepada Anggerik Mekar Idaman yang beroperasi di Bandar Tenggara. Knp aku ambil kak ct sebab:

1) dekat sgt dgn rumah aku -So kos transportation tu dah tak payah bayar.
2) Dia tak sombong. boleh try2 baju suka mak ayah aku jer. siap amik gambar..:)
3) Pakej dia murah dari pakej2 berhantu yang pernah aku survey..(padahal, survey 3 kedai jer kak oiiii!)
4) Kak ct boleh lebih kurang..:)
5)Mekap kak ct lawa. heheheh (tgk previous pengantin yang dia mekap..)

Aku perasan butik pengantin ni, masa blogwalking bulan januari dekat sini panduan pengantin.
ermmm, oklah tue...dan hasilnya, tak mengecewakan...:)

masa bercinta kan?




masa dah sahkan? lainkan? hahaha...

ok, itulah makanya, bila yang tak cantik, di mekap betul..cantik anugerah Allah..yang penting, biar cantik di mata suami..bukan mata org lain. sakit kaki, bengkak berkudis pun, kalau betul suami sayang, dia akan terima kita seadanya..(erkk?? jadah hapa mengarut tetibe nie..??? heheheh)

gambar diatas adalah gambar semasa malam berinai. rupanya ada 2 jenis berinai. ber inai dan berinai. ber inai itu, macam lisa tu...dah mandi bunga, dipakaikan inai pulak kak oi...

yang berinai ni pulak yang macam aku nie, haa....pakai comel2, lipstik mekap bagai, duduk atas pelamin, bertepung tawar lah kat atas pelamin. nak dijadikan cerita, air mawar tadek malam tu. haaa, mak andam kata, boh jerlah air paip. lepaskan syarat ber adat!

hihihi..aku pong, sebenarnya lepas nikah petang tu, gilah naik kete , pasang sign board kat kulai nuuu....huhu...gorib2 masang sign board. mikirkan rakyat jelata dari shah alam nak datang, kesian kan diorang kang tercari2 mana umah si wawa nie. udahlah jauh,...sampai kakak satu opis (kak b gelarannya) kata, "Tanggal mekap aku wa...dari lipstik merah, pucat lebor nak nyampaikan ke umah ko.." hahahah.. kelakar...jauhkan ?? jauhkan??? hahahah. HAMEK KAW...! heheh..pe2pun tq korang semua :)

AKHIR SEKALI, PAKEJ AKU NIE RM2500+Tol mak andam -RM100= RM2,600.00. Actually, dalam pakej nie ada:

PELAMIN
MEKAP 2 KALI + TAMBAH KOS 150= UNTUK MEKAP NIKAH
BAJU SANDING (Baju baru n design sendiri)+BAJU BERINAI+BAJU OUTDORR
HIASAN BILIK TIDUR
HIASAN MAKAN BERADAB
PINTU GERBANG


IKLAN BESAR!!!! Mak mertua aku marah, tak bagi pakai baju warne ijau!!! katanya tema biru!!!! hamikk kaw!!!

2 ari lagi nak gi bertandang ke Sabah! stop dulu, kengkawan! assalam...


Thursday, March 22, 2012

Bermula yang baru....

masa taip nie, tajuk entri kali nie tak der plak aku nak cipta lagi. jadik..reddahlah..uhuhuhu..

ermmmm
ermmm,
ermm,

NAK START DARI MANA??

oklah, start dari garis mulalah..

baiklah, entri sebelum nie, aku seperti orang yang murung, perasaan merudum jatuh sedih sgt kak oi..tapi kali ni, hari nie, tidak kot? kot???. ahahhaah..
meh mula lagi cerita. dok ngarut dah nie..:)

seminggu sebelum hari nikah : SEDIH
3 Hari lagi nak nikah : SEDIH DAN SAKIT HATI
1 hari lagi nak dinikahkan : BENCI, MELUAT +NYAMPAH.
hari dinikahkan : SEDIH+LEGA+JATUH SAYANG.

Apakah puncanya? itu namanya pembawakan nikah. sekali lagi, pembawakan nikah. kenapa rasa yang negatif? aku tak tahu. sgt tak tahu.
tapi, aku terlupa sekejap untuk bersyukur kepada Allah swt kerana telah meminjamkan seorang lelaki yang akhirnya bergelar suami kepada aku. Seorang yang baik, lembut dan sgt penyabar...bertahan sehingga ke hari ini dengan karenah dan perangai aku.

"Alhamdulillah Ya Allah, dengan limpah dan kurnia mu, telah engkau satukan aku dengan  seorang lelaki yang baik dan boleh menjaga aku "

Tanggal 3.3.2012 aku telah dinikahkan oleh Ustaz Solehuddin di Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara. Berwalikan ayah aku, En. Abd Rahman Sukardi, Bersaksikan Saudara mara kedua belah pihak, dengan sekali lafaz yang perlahan dan sayup2 tu, aku pun sah bergelar isteri kepada Mohd Hafiz Bin Hj. Sarudin.

Boleh ke aku menjadi begitu baik dan sgt baik untuk sang suami?...soalan aku (dalam hati jer), semasa aku membacakan serangkai ayat tanda untuk setia, jujur, amanah, dan sanggup hidup susah atau senang bersama suami, disaat itulah yang paling sayu pernah aku rasakan.

Peralihan hak untuk menjaga aku, bertanggungjawab ke atas aku- sedang ia dibacakan oleh ayah sambil berjabat tangan dengan sang suami, sangat2 meruntun hati. ayah yang telah lama tidak ku jumpa dengan nada sedih melafazkan kata-kata itu. airmata ayah turun laju. usai sudah melafaz, ayah mencium dahi En. Suami.. aduhh...sedih!



CUT!!!!!
en. google nyer baikkan?

KENAPA SEDIH NIE!!!
DAH JANJI, ENTRI KALI NIE NAK YANG SENYUM2 JER. YANG BEST2 JER....!


nantilah sambung...huhuhuuh


Monday, March 19, 2012

sesuatu yang berbeza

semua nampak lain. akibat diri sendiri. tapi tak apa...sebab empunya diri je yang tahu mengapa dan knp.
susah hati tapi tak tunjuk.
sakit hati tapi tak tunjuk.
pening dan bingung tapi tak nampak.
rasa marah tapi tak nampak.
biar nampak mcm aku sendirian. nak bawa diri sendiri.
aku perlu ruang luas utk bersendirian dulu.
terima kasih.

Monday, February 13, 2012

Airmata

1) Aku dengar lagu "Pada-Mu aku Bersujud"- Afghan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Dalam kesayuan muzik lagu tu..aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu , mengulas tentang semua yang berlaku sepanjang aku berada di kampung.
Berada di samping mak, aku rasakan seperti aku akan jauh dari mak bila aku kawen. aku rasa, kalau aku jauh...siapa teman mak untuk bercerita. . siapa teman mak unutk kesana kemari?. jawapan orang lain "mak ko kan dah kawen, ada suami. biarlah suami dia yang temankan.."

kalau jawab aku "adakah korang percaya suami mak boleh menjaga mak  sebaiknya?. " Dosa aku kan, kalau di benak fikiran aku berkata macam tu?. yup! aku berdosa kerana syak wasangka yang tidak baik. tapi, siapalah aku untuk sentiasa berfikiran positif pada org yang tibe2 datang dalam hidup kami.

Dalam seminggu itu juga, tersentap hati aku bila ada yang memepertikaikan aku. katanya "Boleh ker zura jaga ko, tam?. ko ingat dia boleh jaga ko sampai bila2?. dah ada suami ni, alhamdulillah. nasib baik ko kawen. kalo ko tak kawen, entah dibuang mcmana ko tu..".

Kalau mereka2 yang berkata begitu mampu menghamburkan kata2 tu pada aku, depan aku..aku akan berdiri menjawab. tapi sayangnya, mereka tidak berani langsung bercakap macama tue...**aku sinis**
.

Perlu ker aku menerima kata-kata tu..? . terang dan jujurnya, aku takkan terima sampai bile2. namun, aku cuba bersabar...
Aku anak mak, aku anak mak yang sentiasa sanggup susah kerana mak. aku anak mak yang sanggup mati kerana mak. tapi knp org menilai aku tak mampu jaga mak?. sampai hati...nak menitis airmata aku. kalau korang?. korang boleh terima ker?.

dulu, ada yang cakap dengan aku. Biarkan mak ko kawen, zura. ada org jaga dia. ko tak payah risau." yang cakap nie, tak rasa apa yang kami rasa. kau masih boleh bercakap segala kata2 tue, sebab ko tak rasa apa yang aku hadapi.  akhirnya aku izinkan mak kawen..takperlah, yang penting ada org jaga mak. bodoh sangat ker aku sampai tak boleh nak hormat org tua?.
yang bercakap tu tak rasa mcmna bila dah lama tak ada ayah dalam rumah, tibe2 ayah baru datang... Terus terang, aku tak seperti dulu bila balik kampung. aku tak seperti dulu. dulu...arghhh! buat apa aku mengungkit apa yang dah jadikan?

tapi, satu jer...aku masih marah knp org mempertikaikan aku boleh jaga mak ke tak. AKU ANAK MAK!!!! AKU MASIH ADA MAK!!! BIAR AKU DENGAN MAK AKU!!!!

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

Wednesday, February 1, 2012

Rupa-rupanya...

Aku belum pandai berkata-kata
belum mampu menjawab dengan bijak
Lurus tapi bijaksana aku belum sampai ke situ
Lurus tapi bendol, itu mungkin aku...

Aku mmg belum pandai berkata-kata rupa-rupanya...

KEJADAH HAPE??

Masalah apa kau dengan aku?
Apabila aku berkata-kata dengan senyum, kau kata aku bengis?
Apabila aku berkata-kata dengan tegas, kau kata juga aku bengis?
kau mahu aku seperti apa?
seperti rita rudaini memujuk anak-anaknya?
seperti lenggok suara nora danis menjerit "kita enjoy!"

Masalah apa kau dengan aku?
mengatakan aku memburuk2kan orang disekelilingku?

Tidakkah kau tahu, aku mahu membantu mu selaku Bumiputera?
Aku mahu membantu org melayu..
Tidakkah kau tahu, kau org yang sangat menjengkelkan?
oh, mungkin kau tiada chemistry berurusniaga dengan ku..
Walaubagaimanapun, aku mengucapkan terima kasih
kerana kaulah aku dapat menilai orang seperti engkau.

Namun, masalah itu kejadah hape aku nak amik peduli?