Alhamdulillah, ada gak kesempatan 'update' blog nie...
bukan apa, kesibukan yang org tak nampak kita sibuk :)
So, hari ini aku nak kongsi lagi tentang teks pengacaraan yang telah aku buat untuk sebuah ceramah motivasi.
Mesti ada yang tanya, ceramah motivasi pun nak ada teks2 jugak ker?. jawapannya: mestilah ada der.. Kitakan ada penceramah jemputan..kalau yang bagi ceramah tu kaum keluarga kita, tak payah kot. makanya, Bos aku bercadang untuk menjemput nama besar jugaklah dalam industri seni iaitu ida nerina. (Pelakon, pengacara, pengarah n etc lah...)
So knp perlu ada teks lagi? sebabnya, kita kene bagitahu sikit tentang latar belakang. benar, dia orang yang dikenali..tetapi maybe tak semua yang kenal. its ok kalau kita kenalkan dia. then, satu lagi... selidik betul2 personal dia (privacy jgn ganggu ok??) hehehehe..jadi mana yang tak pro mcm aku, perlu ada teks. takut tersilap..:). (nah! walaupun ada teks! aku tersalah sebut nama dia..Ida nerina kata nama i sebutan yang betul bukan i-da nerina but i (ai) da nerina. i lahir kat us..so perasan omputih...(dia gelak...selorohlah tu..)..
quite kelakar jugak IDA NERINA ni. Semangatnyer kuat dan kental...
![]() |
gambar taken from: TQ KAK IRA :) |
KENAPA PERLU ADA TEKS LAGI, LAGI? sebab, ada org kenamaan yang databg. kita mestilah mengalu2kan kedatangan mereka...
ok, dah banyak gak cerita kat atas, so kat sini ada teks. harap dapat membantu kawan2 yer..ada ilmu, kita share..sharing is caring kan?? hihihi.
**ada pantun di dalam nie, yang saya ambil dari internet..tapi saya lupa mana saya ambil..iflah owner ada terperasan, saya mintak maaf...tak silap, saya ada mohon guna pantun nie..TQ Owner pantun :)
** teks tak begitu formal kerana request dari bos saya :). mula2 tu kenelah ada protokol sebab yg bhg dato' pengarah JKR Selangor datang..:)
9.00 pagi /
14 januari 2013
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin.. wassolatu wassalamuala ashrafil anbiya
iwarmursallin.. wa’ala alihi wasohbihi ajmain. rabbish rahli sodri wayassirli
amri wahlul uqdatan min lisani yafqauhu qauli.
|
PEMBUKAAN ACARA
|
Alhamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan masa untuk mendengar
satu ceramah motivasi yang bertajuk (Forced Innovation- A Personal Journey)
yang bakal disampaikan oleh seorang personality terkenal.
Bagi memberkati majlis
ini, marilah kita bersama-sama membaca Ummul Kitab…. Al Fatihah…….
Amin, amin yarobbal
alamin.. semoga majlis kita ini akan mendapat keberkatan Allah hendaknya…
|
KATA-KATA ALUAN
|
Assalamualaikum wbt
dan selamat sejahtera…
Yang Dihormati,
Dato’ Ir Abdullah Bin Abd Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor.
Yang Berbahagia Tuan
Ir. Abd Hamid Bin Md Daud, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor.
Yang Berusaha Sr.
Norshimah Binti Meon, selaku penganjur majlis pada pagi ini, Ketua-ketua
Bahagian JKR Selangor, Puan Penceramah yang dihormati iaitu Pn. Ida Nerina,
tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin
sekalian.
|
UCAPAN
Kalau ada dato’
Pengarah….
|
Bagi memulakan
majlis, majlis dipersilakan Yg Bhg Dato’ Pengarah JKR Selangor untuk
memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan pembukaan majlis kita pada hari
ini. Dipersilakan Yg. Bhg Dato’….
Terima Kasih Kepada
Yg Bhg Dato’ di atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
|
KATA-KATA MULA
|
Para hadirin
sekalian,
Alhamdulillah, kita
masih lagi boleh bernafas dengan tenang, bergembira meraikan kejayaan, merasa
sedih diatas kehilangan, senang kata kita masih mampu menikmati kehidupan
yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Bagi insan kerdil
seperti kita, kita senantiasa mahu melakukan perubahan yang baik dari hari ke
hari..Kita bukanlah sesempurna mana, namun kita berhak menjadi yang terbaik
kepada majikan, keluarga, Negara khususnya.
Perubahan dalam kehidupan
adalah sesuatu lumrah yang tidak dapat dielakkan. Kita perlu sedar bahawa
perubahan ada kalanya datang dengan perancangan rapi, ada ketika terjadi
tanpa diduga. Persoalannya, Apakah
Perubahan itu satu kemestian untuk mengecapi nikmat kehidupan?
Bagaimana pula jika kesempurnaan
berakhir ditengah jalan, adakah kita bersedia untuk menempuhi ujian yang
datang? Mestikah kita melalui satu gelombang perubahan yang mungkin datang
tanpa kita diberi pilihan?
Semua ini adalah
antara persoalan persoalan yang seringkali menghantui kita …dan dalam usaha
kita memotivasikan diri , melengkapkan minda dan mempersiapkan diri dengan
arus perubahan ……marilah kita bersama-sama mendengar pengalaman seorang insan
tentang kesediaan beliau melakukan perubahan yang perlu dilalui dalam satu
kehidupan dimana keselesaan dan kesempurnaan seseorang mengalami perubahan
yang tidak terduga dalam persekitaran yang memerlukan perubahan dilakukan.
|
PENGENALAN IDA
NERINA
|
Penceramah kita pada
hari ini adalah seorang personality yang dikenali ramai. Beliau tidak lain,
tidak bukan, Personaliti Pn.Ida Nerina. Sebelum itu, sedikit info tentang
latar belakang beliau..
Pn. Ida nerina
hussain atau lebih dikenali sebagai ida nerina adalah seorang pelakon, penerbit dan pengarah
yang telah memulakan karier pada tahun 1990-an dan telah memenangi beberapa
anugerah di dalam industry seni.
Malahan,
pada tahun 2008, beliau telah terpilih
untuk menyertai Amazing Race Asia musim ketiga bersama rakannya dan telah
mengharumkan nama Malaysia dengan
mendapat tempat ketiga di dalam rancangan realiti tersebut. Syabas
kepada Pn. Ida Nerina.
Saya difahamkan
semalam adalah hari lahir puan ye?. Tidak lewat rasanya untuk kami
mengucapkan Selamat hari lahir kepada puan. Semoga puan sentiasa diberkati
oleh Allah SWT.
Ye Yg Bhg Dato, Tuan-tuan dan puan-puan,
semangat yang kuat serta usaha berlipat ganda untuk pulih dan bangun seperti
itulah yang telah membawa beliau ke sini. Kami bawakan PN. IDA NERINA untuk
menyampaikan ceramah MOTIVASI yang bertajuk Forced
Innovation- A personal Journey.
|
SELESAI CERAMAH:
TERIMA KASIH KEPADA
PN. IDA NERINA
|
Terima kasih kepada
pn ida nerina diatas ceramah yang telah disampaikan itu tadi…
ULASAN
Setelah kita
mendengar kisah hidup puan penceramah, apakah kita masih lagi tidak mahu
berganjak ke hadapan dan bangun untuk berubah kearah yang baik?. Nilaikan
pandangan negative orang lain kepada kita dgn satu pandangan yang positif..
Sedikit panduan
pengukuhan iman bagi pekerja seperti kita yg telah saya ambil dari tulisan
Dr. Sharifah hayati syed ismail, Berita Harian, Sabtu lalu. Pekerja yang baik
haruslah
1) Memperteguhkan
niat kerja untuk mendapt keredhaan Allah supaya kerja tidak sia2.
2) Teguhkan
hati dan akal dengan sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap titik peluh dan
usaha adalah suatu ibadat, sedekah serta penghapus dosa.
3) Kukuhkan
nilai baik dan mengikis nilai buruk dalam diri
4) Menerima
dengan sabar serta redha akan sesuatu yang diperolehi s/ada suka atau tidak
setelah ia diusahakan dalam proses kerja
5) Menganggap
setiap hari adalah hari yang terbaik seprti Jumaat dan setiap bulan adalah
bulan yang paling mulia seperti Ramadhan untuk memotivasikan diri merebut kebaikan
pada setiap masa dan ketika.
6) Membayangkan
seolah2kerja kita hari ini adalah kesempatan usaha yan terakhir kerana dengan
mengingati mati dapat menghidupkan hati.
Justeru,
sebagai pekerja Muslim yang berazam kearah profesionalisme marilah kita
menguatkan hati dan minda dengan pengukuhan iman sepanjang hayat.
|
SOALAN PESERTA
|
Majlis berbesar hati
menjemput para hadirin yang ingin mengajukan soalan-soalan kepada puan
penceramah kita..Dipersilakan
|
HADIAH KEPADA YANG
MENGAJUKAN SOALAN
|
Dipersilakan puan..Sila
puan beritahu nama dan seterusnya soalan puan.
a) Diminta
sahabat saya untuk memberi hadiah kejutan kepada Pn. ............ .
|
CENDERAHATI KEPADA
PENCERAMAH
|
Majlis
berbesar hati menjemput Yg Bhg Dato’ untuk menyampaikan cenderahati kepada
Pn. Ida Nerina.
Terima
Kasih kepada Yg. Bhg Dato Pengarah JKR Selangor.
|
PENUTUP 1
PENUTUP 2
|
Madah diungkap santun biCara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Tari beradat langkah bertingkah
Kalung suasa menghias dada
Tiba saat kita berpisah
Cemerlang ditingkat jemu tiada
Tamatlah sudah sesi
‘2 jam’ kita pada hari ini.
Saya dan juga bagi
pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn penceramah kita,
Pn. Ida nerina dan juga kepada semua yang memberi sokongan untuk hadir pada
hari ini. Semoga liku-liku perjalanan kehidupan yang telah Pn Ida lalui dapat membakar semangat kita semua untuk
menghadapi perubahan di dalam liku liku kehidupan seharian.…
Akhir kata dari saya
‘KEKUATAN TIDAK SEMESTINYA DARI KEMAMPUAN FIZIKAL, TETAPI IANYA DATANG DARI
SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH”
Wabillah…..wslm wbt…
|
assalam..ehem mesti suara suraya sedap sbb tu bolih jadi pengacara majlis.. Tahniah.. :)
ReplyDeletesalam mama..takde sedapnyer..cuber2 jer nie..insyaallah, kalau digilap lg bakat yg ada..:)
Delete