Assalamualaikum wbt...dah lama aku tak update
blog nie...banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan ..tapi asyiklah bz
dan tak tak tau nak mula mcmna..hihihi
Korang nampakkan gambar kat atas. Sabtu dan ahad
lepas bertempat di parking bas2 Uitm Shah Alam, berlangsunglah POP FEST: SAVE
GAZA dimana festival ini diadakan bagi membantu rakyat Palestin. Ia serupa
dengan Jualan Amal dan bergabung meletop dengan Jualan Bundle Vintage yang mana
Pihak penganjur telah bekerjasama dengan para2 usahawan barangan Bundle...:)
Kedai bos aku pun tak ketinggalan mengambil
tempat untuk membuat jualan amal disitu. Kami hanya menjual Jaket jeans dan
jaket kulit. Alhamdulillah, jualan amat memberansangkan. Walaupun kami, para
peserta diduga dengan ribut dan hujan, akhirnya berjaya jugak Pop Fest : Save
Gaza.
Bukan sekadar Jualan Barangan Bundle, Gerai2 yang
menjual Mafla, Cawan, Tshirt Save Gaza juga terdapat disitu....
Solat berjemaah setiap waktu, Ceramah Agama,
Persembahan Nasyid pun ada. Kemunculan Penyanyi tersohor, Papa Rock iaitu Ramli
Sarip juga membuatkan kami tertunggu. Nyanyian berunsur keagamaan inilah
sebenarnya salah satu ubat hati selain ceramah agama. Forum yang menceritakan
pengalaman berada di bumi Palestin pun tak ketinggalan di selitkan dalam
aturcara Pop Fest: Save Gaza.
Kemudian, aku juga diduga... Masa hari pertama aku menjaga gerai, adalah
seorang makcik nie datang kat kedai. belek2 baju kemeja jeans yang kami
jual...Mula2, dia kata besar2 baju yang kami jual. kemudian, dia tanya plak,
baju perempuan tak ada ke?. Lastly, dia bisik kat aku ,."awak kata nak
tolong Palestin, tapi awak jual barang yahudi nie. Wrangler, Levi's,
Polo...semua barang Yahudi...". respon aku cuma senyum jer. Allah tahu
niat aku dan bos. Bukanlah maksud aku matlamat menghalalkan cara, tapi Aku tak
berniat untuk menyokong Yahudi...Aku ajukan pada bos aku, bos aku pun just
cakap sabar jelah..
Ok, kita lupakan hal ni...
Walaubagaimanapun, aku dan kawan2, kecewa sedikit kerana promosi tentang Pop
Fest sepeti tak meluas. Mungkin, lepas ni pihak penganjur kene giatkan usaha
untuk mempromosi Event seperti ni. bukan apa pun, kita nak membantu Rakyat
Pelestin yang menderita.
Allahu Akhbar!
Ada gambar, tapi aku lupa nak bawak kamera...Insya allah, aku akan update
lagi!