I Am

nuffnang

Blog Archive

Aku Follow

Labels

Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Friday, April 20, 2012

sesuatu yang baru...

telah dikatakan aku nie berkawan dengan seseorang kerana duit...tersenyum aku. pastu aku nangis. sebab, aku sedih. sedih sebab? entah.....tapi aku senyum sebab terfikir, apakah agenda disebalik kenyataan itu? . kalau aku nak ambil kesempatan dekat seseorang tu (yang mana mmg dia seorang yang senang dan berduit), aku tak hidup susah sebelum nie. aku tak bekerja part time cari duit siang malam, dari isnin sampai ahad. kalau aku menggunakan seseorang tu untuk hanya memudahkan persediaan kahwin aku, aku takkan menangis sebab aku tak 'cukup' untuk persediaan kawen. aku jugak tak pernah memaksa sesiapa yang menolong aku untuk persediaan kawen. aku anggapkan, Allah mudahkan jalan untuk aku berkawen.
tapi...aku kecewa, cakap2 belakang yg mengatakan aku mengambil kesempatan terhadap seorang kawan yang mmg rapat dengan aku (sedia ada mmg seorang yang senang), aku betul2 kecewa. kecewa sangat....Airmata dan berdiam dirilah ubat kepada  kekecewaan itu...
berapa ramai kawan aku yang senang, dah kaya, duit bertimbun2...tak ada pulak aku senang diatas kesenangan diorang. tak ada pulak...malah, aku semakin berusaha untuk senang. senang kata, kalaulah husband aku bagi keizinan untuk aku bekerja part time, aku mmg akan bekerja. tak kiralah aku dah berkawen atau tak..sebab, aku tak nak terlalu bergantung harap 100% pada husband aku. aku nak jadi seorang yang berdikari...lagipun, aku sentiasa memjuk supaya husband aku izinkan aku keje part time. apalah salah aku sampai ada yang sanggup cuba menyatakan yang aku mempergunakan org. kalau aku ni orang yang take advantage, aku tak susah ...
aku tak tahu samada betul ker tindakan aku untuk meluah. tapi, betullah...penulisan itu suatu yang seni. kata seorang kaunselor, kalau ada masalah, ada yang gembira, ada yang sedih, atau apa2 saja yang dia rasakan, menulislah di dalam diari. aku pong malas nak tulis diari. jadi, blog nie lah diari aku. menaip jerlah keje aku.

inilah dia..realiti kehidupan. kadang2, sampai kabur penglihatan hati, siapa yang boleh dipercayai. aku hiporit, mereka yang diluar sana juga hipokrit. jgn tipu kalau kata takder manusia yang tak hipokrit. :)

betapa aku terganggu bila masuk keje. ditaburkan dengan cerita kurang enak tntg wedding di sabah. sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui. Aku tidak sezalim mana untuk melakukan seperti yang dikata.

Wallahua'lam....

**pesanan suami: mama, mulut mama jahat. mama panas baran, mama tak sabar. (lebih kurang degil, cepat marah, tak sabar, celupar). papa nak, mama cuba berubah. mulut jgn jahat, nanti Allah balas dengan yang lagi teruk dari jahat. jangan panas baran sangat..tak elok. cuba belajar sabar. bukan kurang pun kalau sabar. diam dahlah kalau org nak buat apa. yang penting, kita mmg tak buat,, (Husband pegang tangan aku sambil bercakap dengan aku). aku tanya, kenapa tak tegur masa dalam kereta? ". dia jawab " kenapa papa nak tegur mama depan orang ? knp nak malukan mama?. tak payahlah. cakap bila kita berdua tu lagi elok...", aku nangis, aku peluk dia. Dia banyak mengajar aku erti kehidupan. terima kasih Mohd Hafiz b. Hj Sarudin.
betul kata izzla , suami adalah sahabat yang paling akrab dalam hidup kita :). terima kasih kawan :)