Ok, nak start menaip ni kene ada mood. Mood nak mengarang, bercerita, meluah...
Haishh...nak cari mood itulah yang susah. bukan susah mcmana, mood tu yg tak ada.
Tengok! Aku cakap pon dah macam patel... hihihi...
Sekarang ni dah masuk sebulan aku kat Labuan. DEKAT dengan suami. Suami dekat 3 minggu ni asyiklah ulang alik dari Labuan - Kota Kinabalu (KK), kang dari KK-Labuan.. Itulah rutinnya yang tak sudah. Tapi hari ini, start minggu ni 5, beliau dah kurang ulang alik...sebabnya, aku dah bawak sorang adik aku teman aku kat sini. Maka dengan itu, beliau 3 hari jelah balik dalam seminggu tu... Kesian kat suami aku tu...Kesian sungguh...
Aku ni nak ikotkan, tak adalah penakut sangat. Tapi sebab tempat orang, lama dah tak duduk sendiri, kalau sendiri pn (rumah kat shah alam housemate ada), so itu yang janggal sikit kalau nak tinggal sendiri. Sementelah pulak, rumah baru ni, belakangnya hutan. For sure, semua fikir, kalau hutan, sojuk sikit. Tapi lain kat sini. Nah!! Panasnya mak aiii....berdentum! Sampai aku bertukar warna dari sawo matang ke ala-ala beyonce gitu. Kilat, pekat... Amik kau!. Lagi satu, sebab hutan kan mcm2 ado.. Takuttt!!!
So, sekarang ni, bila dah gelap, malap, pekat, kilat-malat, kononnya nak cuba Produk Kolagen2 ni. Salah satu sebab utama nakkan stamina. Sebabnya, setiap jumaat petang, aku akan balik KK. Suami aku kerja mengajar memandu Sabtu-Ahad, so aku kenelah balik sana. Penatnya... tu yang beria nak cari produk kolagen2 ni, dan sambil2 tu nak maintain sawo matangez kulit aku ni...
Siapa boleh suggest produk mana ok untuk digunakan....?
Tentang kerja pulak, setakat ni, Alhamdulillah... Serasi jugak dengan orang sini... Tapi tulah, nak cakap kat sini, orang Sabah dan Labuan ni, memang lembut2... Sungguh bahasanya lembut je. kalau bercakap tu, lembut jgk... High note tu susah nak dengar... hihiih. compared dengan aku, hikhik... Matilanak... hihi
Makanan? MAHAL
Barangan Keperluan? MAHAL
Sewa Rumah? MAHAL
Wawa, apa yang tak mahal kat sini?... KERETA - Duty Free!
Stress mak nak. Soto campur yang ayam, dagingnye tak berapa nak ada tu, RM6
Nasi Putih, Daging sikit (tak sampai sejemput tangan aku ni), dengan sehelai kobis salad tu =RM7.00.
Ayam? RM8.50-9.00/kg...
Sup kaki ayam pon, kaki ayam comel2, 3 ketul kaki tu pun, RM 4.50.
Aku makan kat Shah Alam, Kaki ayam kat 10 ketul, baru RM3.00-RM4.00. Kaki ayam tu banyak daging, gemuk2..
Toksah banyak ceritalah, semuanya MAHAL kat Labuan. Orang luar duduk sini maybe boleh survive, sebab mcm aku dapat Elaun. Orang kerja Petronas, Shell tu, berbelas ribu gaji, bolehlah hidup. Tertanya2 juga aku, camana orang local LABUAN... Haishhh... Kasihan sungguhlah...(Geleng kepala banyak kali ni sambil menaip)hihi..
OK, Tapi diingatkan disini, sini tiada GST. Tiada GST. Tetapi harga barangan, makanan sama standard kalau include GST.. Mmg dari dulu.
Nak sedapkan hati, Labuan ni pulau. So, barang keperluan semua dari Tanah Besar (Sabah) dan Semenanjung. Mahal sebab, kos pengangkutan barang tu je dah berapa, belum lagi kepayahan nak dapatkan kan?.. Oklah, tak mo banyak complain. Syukurlah dekat dengan suami. Insya Allah, Bumi Allah ni luas...Rezeki ada dimana2...
Muah Ciked
WAWA